Written by AbangNara | November 7th, 2014

Bukan selalu ada situasi penyanyi mengakui kelemahan diri sendiri. Seringkali kalau ‘kantoi’ menyanyi secara ‘live’, perkara lain selain daripada kegagalan vokal sendiri dipersalahkan. Muzik tak dengar, tak cukup persediaan, sakit tekak dan macam-macam lagilah alasan yang klise. Abang Nara tabik respek kepada Nomad yang popular menerusi lagu Tetap Menantimu kerana mengakui kekurangan diri yan gugup apabila menyanyi secara langsung.
nomadBerat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Nomad telah mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia nyanyian untuk memperbaiki kelemahan dirinya ini. Satu langkah yang bijak. Bolehlah Nomad pergi belajar vokal, belajar atasi kegugupan serta belajar interaksi dengan penonton sepanjang tempoh rehatnya ini. Banyak cikgu-cikgu yang ‘power’ di Malaysia ini. Kata Nomad:-

Bukan sebab konflik, bergaduh atau apa-apa masalah, tapi saya terpaksa ambil keputusan untuk berundur seketika daripada kontrak dengan pengurusan kerana masalah dalaman saya sendiri Saya tak ada isu atau masalah apa-apa dengan mana-mana pihak termasuk pengurusan.

Cuma yang menjadi dilema adalah diri saya sendiri yang masih gugup dan tidak boleh menyanyi secara langsung dengan baik setiap kali dipanggil untuk persembahan program TV (televisyen).

Ini bukan perkara baru dan tetap berlaku sampai sekarang. Banyak kali sudah ditegur dan sudah macam-macam usaha saya buat tapi tetap sama. Jadi saya fikir sudah tiba masa saya ambil inisiatif untuk berehat dulu dan perbaiki kekurangan itu daripada terus menyusahkan orang lain

nomad

Semoga Nomad memanfaatkan masa rehatnya ini untuk memperbaiki mutu vokal ketika menyanyi ‘live’. Sambil-sambil itu bolehlah cari idea untuk menulis lagu-lagu baru. Semoga apabila buat kemunculan semula kelak, masalah yang melanda Nomad ini sudah tiada. Good luck and all the best untuk Nomad. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Gugup Menyanyi ‘Live’, Nomad Ambil Keputusan Berehat Seketika

  1. First says:

    yes, aku guna wi-fi.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    aku first yay, kau hado?

    0

    0
  3. ooota says:

    Bagus jg undur, kalau ada pun mnyemak je..

    0

    0
  4. nok gebuzzz says:

    bagus la…at least sedar diri,bukan mcm sesetgh retis..dah taw suara x sedap nak jugak nyanyi

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Nak jadi penyanyi ni kena la boleh nyanyi live. Malaysia ni bukan nya Bollywood. Penyanyi dibelakang tabir. Orang lain nyanyi orang lain dapat nama. Kalau harapkan pada miming je setiap kali nyanyi , sesiapa pun boleh buat. Sebab tu kenapa penyanyi perlu ada pakej yang bagus. Yang penting boleh nyanyi live. Sebab tu kenapa penyanyi talent show macam Hafiz , stacy boleh bertahan lama.

    0

    0
  6. mawar says:

    patutla masa nyanyi kat AF ada terkucil ckit hikhik..

    0

    0
  7. i lap you nomad says:

    bagus la nomad ni sedar diri dan nak perbaiki diri dia. ada jugak yang jenis sedar suara tak sedap tapi buat dont know jee.

    0

    0
  8. minah jambu merah biru says:

    spe nomad ni ? penyanyi popular ke dia ni ? minah jambu tk penah dengar pon dia punye lagu ..ape2 pon dia hensem..muka dia ada macm ala ala jepon n korea gitu..ape kate peminat betol tak ? mesti betol kan hehe..

    0

    0
  9. Hanez Suraya says:

    Taste kat Nomad no. Gojes. Rasa nak ramas2 je buahnya.

    0

    0
    • MFBO says:

      Ni lagi satu..ko ingat Nomad takde perasaan ke ko nak ramas2 buahnya..kalau org ramas buah ko pulak mcmane?ko ingt org senang2 ke nk bg buah die kena ramas..silap2 makan penumbuk..ko tgk nomad mcmne tu..badan sasa mcm tu ingt senang2 ke nk bg org ramas buah die?mencicit ko lari kalau die mengamuk

      0

      0
  10. Tina turner says:

    Nomad ni patut blakon citer KAMEN RIDER ICHIGO! Sebab muke dia mcm hero TAKESHI HONGO, Kamen Rider yg pertama pada era tahun 70an

    0

    0