Written by serenity | August 24th, 2015

Pasangan kekasih ini bukanlah pasangan terkenal kerana si perempuan, walaupun seorang pelakon, tidak mencapai taraf popular. Kalau sebut namanya, ada segelintir individu yang mungkin menonton setiap drama melayu di televisyen, yang mengenalinya. Tetapi selalunya, ramai mengatakan tidak pernah dengar namanya atau tidak pernah lihat wajahnya di kaca televisyen.

Dalam erti kata lain, pelakon ini masih dalam kategori ‘pelakon sendu’.

Namun begitu, ini tidak menghalang teman lelaki pelakon ini menumpang popularitinya yang agak tidak seberapa. Lelaki ini bukan dari bidang seni tetapi kerja sebenarnya ada-ada juga, sebab itu pelakon tadi begitu bangga dengan teman lelakinya itu. Khabarnya, lelaki ini curang dengan teman wanita lama semata-mata kerana ingin bersama pelakon wanita ini tadi.

Dan khabarnya juga, dia telah mengambil peluang tersebut untuk menjadi pelakon tambahan dalam satu produk yang dilakonkan oleh teman wanitanya. Di samping itu, dia juga bakal menjalankan perniagaan bersama seorang selebriti dan tidak merahsiakan keinginan dan keterujaan untuk bergambar dengan seorang penerbit filem terkenal.

Mungkinkah teman lelaki beliau itu sebenarnya berminat untuk menyertai bidang seni dan menjadi pelakon dikenali ramai?

Mungkin seseorang patut mengambilnya berlakon. Mana tahu jadi lebih popular dari teman wanitanya itu, ya tak?

SERENITY: tak pandai ambil peluang.

Perghhh..seteLah berehat selama hampir 2 bulan (Ramadan & Syawal)..kini Panggung Seni Tradisional 2015 kembaLi…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 23 August 2015

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to (GOSIP)Teman Lelaki Tumpang Populariti Pelakon Suam Kuku

  1. El says:

    Who????

    0

    0
    • lois says:

      Aku pun peliklah. Ada yg jaki ke dgn minah ni(Atikah Suhaime). Peminat ex gf bf dia kot. Mcm desperate nak menjatuhkan org. Baru lg, lebih baik ianya dinilai secara natural mengikut peredaran masa, biar bakat dan perangai akan tertunjuk dgn sendiri, ni klu psl dia je mesti asyik2 hal yg sama, dah mcm cerita budak failed spm bergossip kekdahnya. Entah hape2 macam ni.

      0

      0
    • Anonymous says:

      yg tulis entry neh yg sendu sbnrnye. gossip laen beriye selonggar sampai seluar dlm berkerak pn die xcover..alih2 yg neh nk suh org teka2? SENDU lah..

      0

      0
  2. Lovelyvic says:

    Aku malas tul main teka2 ni..
    Adakah wanita yang sama?
    Atikah Suhaimee?
    Yg bf dia pilot tu?

    1

    0
  3. Anonymous says:

    macam takde benda nak gosip je.
    ini mesti yang buat entry ni ex-gf lelaki tu lah kot. dengki semacam je..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    atikah suhaime org 1st yg mncl dlm kepala aku. andai salah maaflah yer. hanya main teka teki dgn blogger ni.

    0

    0
  5. zaza says:

    reen rahim kee…kan dok bangga dgn bf dia tuuu

    0

    0
  6. TijahJazzBiru says:

    Sape?Kalau taraf pelakon sendu ni setahu aku Putri Mardiana jerk?wakakakaka! Aik?Takkan “project engineer” fefeeling nak jadik pelakon kot?PMR pown takdak!

    0

    0
  7. irritatinggiler says:

    if it is that AS girl, kenape eh? die punya pasal ah. yang blogger ni macam nak jatuhkan nama dia je, macam kisah sangat gitu die sendu la suam la.. die popular ke tak i doubt she cares. yang penting she bekerja cari rezeki. merepz.

    0

    0
  8. repitzz says:

    nabilah dally dan nazim othman ke? cam baru je tgok IG yg nazim di akn blakon dgn dia..

    0

    0
    • Anonymous says:

      rasa bukan sebab dua2 dalam industri yg sama. yg ni si lelaki bukan dari industri seni, rasanya artis sebelum ni la kot

      0

      0
  9. Ttytttt says:

    Kenapa kalau serenity ni yang post mesti nak kena main teka teka? Taknak sebar aib, kalau tak disclose nama kurang berdosa bila jaja gosip ke mcm mana?

    0

    0
  10. Lemang satu alam says:

    Lagi lagi nak jatuh kan orang baru…lagi lagi nak jatuh kan orang baru…ini mesti agaknya ex boyfren si Atikah suhaimie yang frust gila sampai sampai mcm dah takade lain kerja. Sudah lah tu…..tak kan frust sampai tertonggeng tonggeng nak pancing pancing orang benci si Atikah ini… dia cuma cari rezki ajer kan. Biarlah dia cari rezki cara dia … dia tak kacau orang pun aku tengok. Dia pun tak melatah pun bila si Nara ni berulang kali nak cari cari masaalah dgn si Atikah ni…jadi kesian pulak aku tengok si atikah ini. Hey beautiful nara…. hati mesti mahu baik mahhhh ….lu apasal dengki sangat… nanti kena laknat Tuhan baru tahu….

    0

    0
  11. Anonymous says:

    kah kah kah…dh x layak jd pilot jd artis pulak ke kau afham..pilot sendu…

    0

    0
    • Anonymous says:

      tulah. pergilah balik kat ex kau doktor yang kena tendang kolej sebab gagal exam tu si tiara fazlin tu

      0

      0