Gosip Laporan Polis Terhadap Jejai : Fasha Sandha Serahkan Kepada Peguam

Hiburan

Gosip Laporan Polis Terhadap Jejai : Fasha Sandha Serahkan Kepada Peguam

Semalam kami menerima satu berita dimana ada sumber yang mengatakan Fasha Sandha telah membuat satu laporan polis terhadap bekas suaminya Jejai di Balai Polis Ampang kira-kira jam 1 tengah hari.

Advertisement

Difahamkan, Fasha bertindak sedemikian kerana Jejai sering masuk ke rumah mereka tanpa izin dan mengugut kawan-kawan yang sering keluar bersama Fasha. Malah, setiap pergerakkan Fasha masih lagi dipantau oleh Jejai.

Walaubagaimanapun, menerusi portal Harian Metro, Fasha tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut dan memberitahu beliau sudah menyerahkan segala hal berkenaan kes ini kepada peguamnya dan pihak polis.

Saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada pihak peguam dan polis.

Apa sebenarnya yang sudah berlaku? Mungkinkah tindakan Jejai itu kerana beliau masih lagi belum dapat menerima hakikat sudah bercerai dengan Fasha? Hmmph..Apa pun masalah mereka kami masih lagi berharap ia boleh dibawa berbincang dan diselesaikan dengan cara baik.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...