Written by AbangNara | December 24th, 2014

Abang Nara pun sebenarnya pelik, misteri dan curious apabila Kamal Adli didakwa sebagai kekasih baru Emma Maembong setelah ‘putusnya’ cinta si jelita itu dengan Zizan Razak. Kenapa Kamal Adli? Kenapa bukan Abang Nara? Mementanglah Kamal Adli baru putus cinta dengan Intan Ladyana. Terus je dikaitkan dengan Emma Maembong. Nasib baiklah gosip tersebut tidak betul.  Zizan dan Emma masih bahagia bercinta, Kamal Adli masih mencari pengganti.

kamal adli

Menurut Kamal Adli, gosip kali ini adalah amat kelakar dan cukup gempak buat dirinya. Kata Kamal:-

Ini merupakan gosip paling gempak kerana secara tiba-tiba nama saya naik. Saya tahu pun setelah diberitahu oleh pihak produksi berhubung kontroversi ini. Namun saya enggan terlalu memikirkan kerana menganggap ianya sebagai gosip comel untuk penutup tahun 2014.

Mungkin saya tengah single dan kebetulan saya menjalani penggambaran bersama mereka membuatkan nama saya dikaitkan. Di mata saya mereka kelihatan seperti tiada sebarang masalah dan saya tidak tahu menahu jika mereka berpisah atau sebagainya.

Banyak lagi kerja saya nak buat daripada mengambil Emma di lapangan terbang serta lari dari lokasi penggambaran. Malah Emma juga merupakan teman wanita orang. Jadi gosip ini bagi saya cukup kelakar

emma maembong

Entahnya daripada habiskan masa pergi airport ambil Emma Maembong lebih baiklah Kamal Adli tumpukan perhatian pada lakonan. Tak pun pergi try ngorat awek lain. Bersabar Kamal Adli. Biasalah gosip-gosip sebegini. Sekali sekala dicuit membawa makna anda masih diingati dan relevan dengan industri tanah air. Tak gitu? Sumber portal GUA.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 responses to Gosip Bercinta Dengan Emma Maembong Cukup Kelakar – Kamal Adli

  1. EMMA TEPEK CONTACT LENS 24JAM says:

    BANYAK NYA GOSIP SAMPAH !!!
    OPPSS , LUPA DAH NAK BUKA UNDI FOR
    ABPBH , PATUTLA SUME ARTIS BERJIMBA BUAT GOSIP SAMPAH !!!
    HAHHHHHHH !!!

    0

    0
    • minah jambu bru balek dari desaru says:

      ape pulak kelakar ! kalau u dh suka ok pe ! tk salah kalau u suka n bercinta ngan emma embong ni…lagi pon dia belom lagi kawin or tunang ngan si zizan pendek tu so teroskn la perhubungan u ngan emma ape salah nye…kalau u dh suka tu mengaku aje sudaaaaaa..macmana tk kena tngal ngan pompan asek asek tknk mengakuuuuuuuuuuuuuuu aje kalau bercinta ngan se2orang huh !

      0

      0
      • Mrs. Anon says:

        Kapal kecik yang didayung dah pun karam… yg dapat skrg ni cuma pelampung yang tak lagi lama akan tenggelam… sekarang ni, last sebagai ikhtiar untuk hidup… apa yg melintas… itulah yang akan dicapainya… sementara menunggu kapal mewah yang besar datang untuk menyelamatkan…

        Dah dapat kapal mewah nanti… janganlah asyik nak belayar sampai tanah pun tak nak mengaku awak tu asalnya orang darat pulak… kihkihkih. BRAVO!!

        0

        0
  2. Joker Jipang says:

    ada2 je diorg ni buat gosip

    0

    0
  3. Anonymous says:

    emma ni kelebihannya cume pada kulit putih melepak die aje, tapi wajah dan bakat lakonan saye lebih minat nellydia senrose

    0

    0
    • Anonymous says:

      Muka pun lawa la, aku x minat pun x leh nafikan. Ko imagine kulit dia hitam pun dia mmg lawa. NTah kulit putih je nak kata harap putih, klu dah lawa tu kulit warna apa pun still lawa.

      0

      0
  4. anon says:

    Ape salahnya bercinta dgn si emma ni, dahlah kulit puteh gebu, cantek pulak tu. Jaun lbh cantek dari si intan tu….

    0

    0
  5. abang pada jebat says:

    emma kena photobomb haihh !!

    0

    0
  6. Orbit says:

    Kamal bnyk duit mcm Zizan ke???

    0

    0
  7. Sepat ronggeng says:

    Gosip sampah! Kamal Adli ni x habis2 ceritanya.. Next!

    0

    0
  8. […] Desas-desus bertiup kencang yang Emma dan Kamal sedang mengenali antara satu sama lain. Malah ada khabar angin Kamal Adli pergi mengambil Emma di lapangan terbang, namun ia telah pun dinafikan oleh Kamal Adli. Ingatkan sudah tamat di situ, rupa-rupanya ada lagi […]

    0

    0