Written by AbangNara | June 12th, 2013

Selaku pengguna smartphone Android, Abang Nara sering melayari Google Play untuk melihat applikasi-applikasi terbaru yang menarik untuk di”download”. Selalu Abang Nara akan “download” game untuk dimainkan ketika kebosanan. Baru-baru ini, Abang Nara terjumpa satu applikasi yang sangat menarik iaitu Rexona Move.

rexona move

Rexona Move ialah satu applikasi yang mengesan aktiviti fizikal serta pergerakan yang dilakukan oleh Abang Nara dan menukarnya ke bentuk kiraan kilometer. Contohnya apabila Abang Nara bermain badminton setiap hari Jumaat, pergerakan ketika bermain badminton akan dikesan oleh applikasi ini. Lagi lama main, lagi banyak “jumping smash” yang Abang Nara lakukan, lagi tinggilah kilometer yang dipaparkan oleh Rexona Move.
rexona move

Bagi Abang Nara, apa yang membezakan applikasi Rexona Move ini ialah kesemua aktiviti yang kita lakukan boleh dikesan olehnya. Ada applikasi lain sekadar mengira bilangan langkah yang diambil. Dengan Rexona Move, pergerakan ketika main badminton, berbasikal, lari atas threadmill, menari dan macam-macam lagi kesemuanya akan direkodkan. Cool kan?

rexona move

Perkara yang paling best mengenai applikasi Rexona Move ini ialah setiap kilometer yang direkodkan akan ditukarkan kepada bentuk derma. Derma ini pula akan disalurkan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh Malaysia. Orang kata, sambil berpeluh sambil menderma. Lebih banyak kilometer yang direkodkan menerusi Rexona Move, lebih banyak derma yang akan dikeluarkan oleh pihak Rexona. Best kan?

rexona move

Menerusi apa yang Abang Nara baca di laman web www.rexonamove.com.my, sasaran kilometer yang ingin dicapai ialah sebanyak 10,695 kilometer. Menakjubkan sangat apabila hanya selepas 3 minggu applikasi ini dilancarkan, jumlah kilometer yang dikumpulkan oleh  rakyat Malaysia telah pun mencapai negeri Sabah.  Kagum Abang Nara melihat semangat yang ditunjukkan. Namun teruskan pergerakan anda menggunakan Rexona Move kerana lebih banyak kanak-kanak yang dapat dibantu sekiranya sasaran dicapai.
rexona moveSetakat ke hari ini, Abang Nara sudah pun menyumbang lebih kurang 10 kilometer menerusi applikasi Rexona Move ini. Korang pun segeralah mencuba. Boleh download applikasi ini di Google Play atau AppStore. Kalau jadi penyumbang tertinggi, boleh menang iPad mini. Mana tahu ada rezeki kan?

Untuk info lanjut, layari www.rexonamove.com.my sekarang jugak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 responses to Gerakkan Badan Anda & Bantu Kanak-Kanak Dengan Rexona Move

  1. Zara says:

    konfem xde yg komen sgt klu part2 mcm ne.. =_=

    0

    0
    • kak timah says:

      KALAU SELIT NAMA NEELOPA KAT TAJUK ENTRI MESTI RAMAI ORG KOMEN KOT?????WAKAKAKAKA

      0

      0
  2. minah jambu tukar kaler merah biru says:

    memang betol cakap kau tu….mesti tkde orang komen punye lah! temasok kite2 ni..

    0

    0
  3. salah tempat says:

    nara…..paste utube..student.us nyanyi lagu sahabat najwa latif…peace !!!

    0

    0