Malah, Hanez juga sebenarnya tidak berkecil hati apabila perkara itu menjadi viral di laman sosial.
Saya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh kawan baik saya iaitu Farina. Apabila membaca paparan skrin yang dihantar, saya terus tergelak. Saya pun tak tahu nak cakap apa.
Cuma satu perkara yang jelas di sini adalah mereka masih memerhatikan gaya hidup saya biarpun sudah dua tahun tidak berlakon. Saya menganggap ia perkara remeh, jadi tak perlu nak melatah atau marah.
Hanez berpendapat segala kritikan tidak perlu dilayan kerana ia sekadar membuang masa dan lebih baik untuk beliau fokus kepada kehidupannya.
Saya pelik kenapa gaya itu diberi perhatian sehingga dibangkitkan di laman sosial, sedangkan artis lain pun ada bergaya sama. Saya hanya berfikiran positif kerana banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan.
Kalau nak melayan kerenah mereka satu persatu di laman sosial, boleh jadi gila dibuatnya. Jadi biarkan saja mereka dengan dunia mereka.
Bagus Hanez Suraya tidak cepat melatah dengan komen netizen. Iyalah, tidak semua benda harus dipandang serius sehingga mencetuskan pergaduhan ye dak?