Nak gelak pun tak sanggup mendengar penerangan Gambit Saifullah tentang tindakannya bermain daun terup (poker) di Australia baru-baru ini. Untuk makluman, Gambit sendiri meminta pengikutnya di Twitter untuk mendoakan kejayaannya di dalam poker tournament yang disertainya itu.
Menurut Gambit, dia turut serta di dalam pertandingan poker tersebut hanya untuk mengasah minda psikologi dan bukannya ingin mencari duit.
Saya menyertai permainan itu sebenarnya secara kebetulan sahaja dan menganggap ia satu permainan psikologi. Biarlah orang nak buat macam-macam tuduhan terhadap saya kerana saya bermain daun terup bukan kerana mahu mendapatkan duit, tetapi sekadar ingin menguji pengetahuan. Cakap pun tak guna, kerana orang akan tetap mengkritik. Asalkan saya dan Tuhan tahu niat sebenar, itu sudah cukup.
Abang Nara pun tiba-tiba terasa nak naik Genting nak try masuk kasino kat atas sana. Kalau kena tangkap, bolehlah cakap “Saya tengah asah minda psikologi saya nie, tolong jangan kacau saya“. Rasa-rasa boleh lepas tak daripada kena tangkap? Kredit info Mstar Online.