Paula Malai Ali, komentator untuk Star Sports F1 rangkaian ESPN berkata kepada DailyChilly yang dia sangat seronok menjadi ibu kepada anak lelakinya yang akan berusia setahun pada 23 Februari ini yang diberi nama Zane. Dia berkongsi pengalaman menguruskan Zane dengan suaminya, seorang penerbit televisyen iaitu Sam dan kembarnya, Jenny Malai Ali.
Menjadi ibu pada usia 37, Paula berkata dia tertanya-tanya apa yang menyebabkan dia mengambil masa lama untuk melakukan ‘tugas yang menakjubkan sebagai ibu seseorang’.
Menurutnya, tugasnya sebagai seorang ibu turut memainkan peranan melembutkan personaliti televisyennya yang agak lantang seperti resolusinya untuk tahun 2012:
Saya ingin lebih sabar dan tidak dipandu oleh ego, dan saya ingin memasak dengan lebih kerap.
Menurut Paula lagi, Zane bagaimana pun tidak berminat dengan F1, walaupun bapanya mahu Zane menjadi seorang pemandu F1 suatu hari nanti.