(GAMBAR)Press Conference Manchester United Di Malaysia

(GAMBAR)Press Conference Manchester United Di Malaysia

manchester united at malaysia

Sebelum kami berkongsi gambar press conference pemain-pemain Manchester United di Malaysia, kami nak ucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana memberi saingan yang sengit dalam perlawanan menentang ManUtd hari Sabtu lepas. Sekalung pujian terutamanya buat Amri Yahya. Harap-harap malam nie nanti boleh tunjukkan prestasi yang lebih bagus. Buat yang tak tahu, Manchester United sudah batalkan trip diorang ke Indonesia dan gantikannya dengan perlawanan kedua menentang Malaysia IX.

Advertisement

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada NIKE Football Malaysia kerana sudi menjemput kami dan penulis dari blog bola sepak Malaysia – BorakBola.Net untuk menghadiri press conference di KLCC hari Jumaat yang lepas. Walaupun kami nie blog hiburan, tak sangka pulak dapat jemputan dari diorang. Mungkin NIKE tahu kot kami nie die hard fans Manchester United.

Macam tak percaya pulak bila kami dapat jumpa face to face dengan Rio Ferdinand, Darren Fletcher, Darren Gibson dan Nani. Rasa macam dalam mimpi plak. Terkejut jugak tengok ketinggian diorang nie. Nampak dalam TV macam kecik jer. Rupanya besar-besar dan tinggi-tinggi betul. Nani jer yang tinggi lebih kurang macam rakyat Malaysia.

Kami nak amik kesempatan ucapkan ribuan terima kasih atas layanan mesra NIKE kepada kami di press conference tersebut. Makanan sedap, air sedap dan yang paling penting siap bagi kitorang ticket pergi tengok training Manchester United petang tue. Memang best betul event manager diorang nie (Mr. Kristian and Miss. Kelly).

Kalau korang peminat Manchester United, boleh layan gambar-gambar pemain Manchester United di press conference dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kami berani janji yang gambar ini takkan dapat ditengok di blog-blog lain. Penat kitorang bawak kamera berat dekat 5 kilogram untuk pastikan dapat gambar yang terbaik dan jelas buat tatapan anda.

manchester united at malaysia

manchester united at malaysia

manchester united at malaysia

manchester united at malaysia

manchester united at malaysia

manchester united at malaysia

manchester united at malaysia

manchester united at malaysia

manchester united at malaysia

manchester united at malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...