Written by serenity | March 16th, 2012

Aktres kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh telah dianugerahkan Legion of Honour secara rasmi, penghargaan tertinggi dari negara Perancis. Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy di kediaman rasminya di Elysee Palace, di Paris Rabu lepas, menurut kenyataan kedutaan Malaysia di Paris hari ini.

Turut berada semasa upacara tersebut ialah isteri presiden, Carla Bruni, Bernadette Chirac, isteri bekas presiden  Jacques Chirac serta Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Semasa upacara, presiden Sarkozy telah menyampaikan anugerah kepada 11 personaliti dari bidang seni dan hiburan dengan anugerah Legion of Honour atau The Order of Merit.

Di samping Michelle, komposer Jean-Michel Barre dan pereka Jean-Claude Jitrois juga menerima anugerah Legion of Honour.

Kenyataan itu menyebut, Legion of Honour adalah penghargaan tertinggi di Perancis, manakala order, yang melibatkan pangkat yang berbeza, diberikan kepada lelaki atau wanita, rakyat Perancis atau rakyat asing kerana berkhidmat untuk negara Perancis  atau berusaha untuk mencapai objektif yang mendapat sokongan negara Perancis.

Laporan asal BERNAMA, Kredit gambar Kedutaan Malaysia.

17 responses to (GAMBAR)Michelle Yeoh Terima Penghargaan Tertinggi Dari Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy

  1. jade says:

    fuyohhh…syabasss

    0

    0
  2. anak malaysia pertama ni…
    penah berlakon di hollywood dulu…

    0

    0
    • Kipas Susah Mati Neelofa says:

      KLIK… remove jer la gambar tu… ko tu huduh, tak sehensem Fahrin..
      By the way… tolong guna google yer untuk mencari maklumat siapakah sebenarnya anak Malaysia yang pertama berlakon Hollywood..

      Bukan Datuk Michelle Yeoh okay….. but Ibrahim Pendek…!!!

      :P

      0

      0
  3. stella says:

    CONGRATZ datuk . . U berhak dptkan itu . . Bt kan Malaysia bangga . . Lurf u much . .

    0

    0
  4. peminat datuk michelle yeoh says:

    firts:serius mmg saya suka sgt datuk michelle yeoh berlakon i love datuk

    0

    0
  5. Adibah says:

    congrats datuk michelle yeoh!
    u deserve it ;)

    0

    0
  6. sham says:

    fuiyoo.. dia buat idong..

    0

    0
  7. DATUKs says:

    tu yg pendek sebelah tuh laki die kan?

    0

    0
  8. waahh..tahniah..:D

    0

    0
  9. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    tk minat…!! satu macam punye malas pulak nk komen huh !! bwek !!

    0

    0
    • sakit mata tengok computer 24 jam says:

      tak minat jangan komen. buang masa aje… si minah jambu ni patut lah suka pasah..kaki cari publisiti murahan…

      back to the topic… aku pun suka michelle ni..terutama dalam filem aksi.. best giler… tahniah michelle.. :)

      0

      0
  10. Madan says:

    satu-satunya pelakon aksi wanita tersohor di dunia…mmg minat dgn lakonan Michlee dlm filem2 aksi..sgt menonjol..

    0

    0
  11. Stretch n pull says:

    uhuuu… dia buat mata !!! takes 15 yrs off

    0

    0
  12. Naziman says:

    Datuk Michelle Yeoh terbaik..

    0

    0
  13. syabas!!!!bangga ada anak malaysia yang berjaya di luar

    0

    0