Anda semua memang bijak apabila berjaya meneka dengan tepat siapakah gambar artis perempuan yang bertudung ayu dalam artikel kami sebelum ini. Kagum kami dengan kecekapan mata anda mengecam identiti sebenar si Fasha Sandha.
Tapi ramai yang tak percaya yang si Fasha Sandha memakai baju penuh sopan dan tudung semasa sambutan hari jadinya ke 25. Kami pun tak percaya jugak sebenarnya. Pelik jugak sebab gambar semasa sambutan hari ke 24 Fasha Sandha, dia pakai baju macam style Punjabi pulak.
Selidik punya selidik, memang benar Nur Fasha Sandha memakai tudung dan telah membuat kenduri doa selamat sempena sambutan hari jadinya yang ke 25. Bagus betul si Fasha Sandha ini. Mungkinkah ini satu permulaan untuk dia berubah? Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Layan lagi gambar sambutan hari jadi ke 25 Fasha Sandha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.