Written by Bella | July 3rd, 2015

Setelah memuat naik beberapa foto beliau bertudung ke akaun Instagram,  timbul spekulasi yang mengatakan aktres yang terkenal dengan watak antagonis, Raja Ilya kini sudah berhijab. Namun, menerusi portal Harian Metro hari ini, beliau mengakui sudah bersedia untuk berhijrah tetapi buat masa ini beliau masih lagi terikat dengan beberapa kontrak lakonan.

Gambar saya berhijab itu diambil daripada dua babak telefilem. Namun saya tidak sangka ia akan mengelirukan peminat pula. Ramai peminat dan pengikut saya di Instagram ingin tahu kebenaran sama ada sudah pun berhijab atau pun sebaliknya.

Justeru saya berharap semuanya sudah pun jelas menerusi kenyataan ini. Sebenarnya saya memang sudah bersedia untuk bertudung sekarang, tetapi buat masa ini saya masih terikat dengan kontrak berlakon filem Tamil dan projek di luar negara.

Raja Ilya turut menaruh harapan agar peminat beliau di luar sana berdoa agar beliau segera berhijrah dan mengenakan hijab.

InshaAllah, niat yang baik pasti akan dipermudahkan sama-sama kita doakan agar Raja Ilya diberkati oleh Allah SWT dan menjadi muslimah yang sejati satu hari nanti.

Sumber Berita: Harian Metro

 

 

12 responses to Gambar Saya Berhijab Diambil Daripada Babak Telefilem – Raja Ilya

  1. Che Tah says:

    Lately ni nampak bibir Ilya ni dh montok semacam…..adakah?

    0

    0
  2. Lovelyvic says:

    Dia ni antara artis perempuan yang gila berani pakai seksi..
    Daring sehhh…

    0

    0
  3. lili says:

    halle berry malaysia…tetapi selalu dpt watak antagonis…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Belakon kat ceta TV1 yg pkl 8.30 tu. Ia menjadi bawa watak jahat mcm dlm ceta Cinta Ibadah.

    0

    0
  5. che tipah says:

    raja ilya ni cantik. cantik sgt even dari citer ape tah dulu yg 1st 1st dia berlakon. pandai lak tu berlakon. kalau jadi jahat tu (biasa mmg dia jd jahat je la kan) menjadi sgt smpai geram2 aku tgk. tp canteqq tetap canteqq.

    0

    0