(GAMBAR)Kekasih Hati Sharifah Amani

(GAMBAR)Kekasih Hati Sharifah Amani

kekasih sharifah amani

Adoi. Pening kepala kami bila tengok gambar kekasih/boyfriend/pakwe/ Sharifah Amani nie. Mat Saleh lagi. Memang dah pupus ke lelaki Melayu kat dunia nie? Sampai banyak sangat artis-artis pompuan nie nak berpakwekan Mat Saleh? Apa memang hensem sangat ke diorang nie? Romantis sangat ke? Ayat manis sangat ke?

Advertisement

Bukanlah nak kata kami jeles ke apa. Kalau dah memang jodoh si Sharifah Amani nie dengan Mat Saleh yang bernama Gavin Stenhouse nie, kami cuma nak ucapkan tahniah jerlah. Lagipun si Amani nie tak reti sangat cakap Melayu. Elok benarlah kot bercinta ngan omputih. Bolehlah speaking memanjang jer. Tak gitu?

Kisah percintaan antara Sharifah Amani dengan si Gavin nie katanya adalah cinta lokasi. Diorang berdua bercinta masa shooting filem terbitan KRU, The Chronicles of Merong Mahawangsa. Kenapa yek dalam ramai-ramai artis Melayu lelaki masa shooting nie sorang pun tak ada pergi ngorat Sharifah Amani? Last-last si Gavin nie jugak yang dapat. Ke semua artis Melayu lelaki Malaysia tak reti nak speaking ngan Amani?

Apa-apa pun kalau betul lah Amani tengah bercinta dengan si Gavin nie, tahniah la kami ucapkan. Yang bagusnya kami dengar si Gavin nie sampai sekarang tak tinggal puasa lagi. Pandai si Sharifah Amani nie mengajar dia. Besar pahalanya nanti kalau dapat tarik si Gavin masuk Islam. Selamat berbahagia buat Sharifah Amani walaupun Mat Saleh jua yang anda pilih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...