Gabungan Tauke, Yus & Zizan Sebagai Virus Bakal Bawa Pulang Trofi Juara MLM2014?

Hiburan

Gabungan Tauke, Yus & Zizan Sebagai Virus Bakal Bawa Pulang Trofi Juara MLM2014?

14 November ini, Maharaja Lawak Mega 2014 akan kembali untuk tatapan para peminat lawak seluruh Malaysia. Untuk MLM kali ini, yang paling mengejutkan sudah tentu ketiadaan Johan dan gabungan kumpulan Jambu bersama Zizan. Tauke, Yus dan Zizan akan membentuk satu kumpulan yang bernama ‘Virus’. Menariknya banyak pihak di luar sana awal-awal lagi sudah menyatakan yang kumpulan Virus bakal bergelar juara walaupun MLM2014 belum lagi bermula.
kumpulan virus mlm2014Untuk makluman, sistem pemarkahan untuk peserta MLM2014 masih dikekalan seperti musim-musim yang terdahulu iaitu 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus daripada undian para peminat. Buat masa ini, 4 juri yang bakal mengadili MLM2014 masih belum diketahui dan hanya akan diumumkan pada episod pertama program ini. Berikut adalah senarai 10 peserta ‘Fast Lane’ yang sudah pasti akan bertarung dalam MLM2014.

1. Sepahtu – Jep, Shuib & Ilya
2. Shiro – Ajak & Shahrol
3. Bocey – Acey, Abam & Fad
4. Virus – Tauke, Yus & Zizan
5. Nabil
6. Comey – Suhaimi & Rophie
7. SYJ – Jihan Muse, Yassin & Yassin
8. Jalor – Along, Rahim & Joey
9. Sayot – Zam Jr (Skool Of Lawak), Filzah (Skool Of Lawak), One (Skool Of Lawak)
10. Kepoh – Izu, Pian & Kamal

Advertisement

zizan

Berdasarkan musim-musim sebelum ini, akan ada kumpulan baru yang membuat kejutan dengan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan berbanding kumpulan-kumpulan otai. Contoh tahun lalu ialah Bocey yang mendapat tempat ketiga. Rasanya tahun ini Bocey pasti akan memberikan saingan sengit sekali lagi. Tak sabar rasanya nak menunggu MLM2014. Semoga para peserta dah bersedia untuk memberikan yang terbaik buat para pengikut setia program ini.

[flowplayer id=”30008″]

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...