Nona adalah satu rancangan TV yang amat berprestij. Bukan senang untuk selebriti-selebriti wanita dipilih mengacarakan program ini. Menariknya setiap tahun pasti ada desas-desus mengenai pengacara baru Nona yang akan menggantikan pengacara sedia ada. Untuk makluman, pengacara Nona sekarang ialah Neelofa dan juga Fara Fauzana.
Salah satu nama yang dikatakan akan menjadi pengacara Nona sekaligus menggantikan Neelofa ialah Fouziah Gous. Ramai juga yang terkejut kerana sepanjang mengendalikan Nona, Neelofa dilihat amat selesa dan mantap sekali. Namun menurut Fouziah Gous, dia hanya dijemput mengacarakan Nona untuk satu episod sahaja. Kata Fouziah Gous menerusi portal GUA:-
Saya harap peminat tak bangkitkan isu ini kerana saya hanya dijemput menjadi pengacara untuk satu episod. Tiada apa yang perlu diperbesarkan kerana fokus utama saya adalah berlakon. Saya terima tawaran daripada pihak produksi Nona semata-mata untuk timba pengalaman.
Saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang pengacaraan. Lebih-lebih lagi program Nona merupakan satu rancangan berinformasi. Apabila ditawarkan, saya agak ragu-ragu tapi saya cuba juga. Saya harap peminat tidak menjangka sesuatu yang lebih daripada saya kerana ini merupakan percubaan pertama saya sebagai pengacara
Diharap semua pihak berpuas hati dengan penerangan ini. Untuk pengetahuan anda juga, Neelofa telah menandatangani kontrak baru untuk memanjangkan lagi khidmatnya bersama Nona. Jadi kepada para peminat Neelofa, anda masih boleh menatap wajah pengacara kegemaran anda pada setiap hari Ahad. Sila tarik nafas lega!!!
P.S: Toyota Innova facelift dilancarkan pada harga RM97,749.90