Bakal bernikah pada 31 Mac ini, pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila nampaknya sedang rancak membuat persiapan terakhir menjelang hari bahagia mereka.
Menerusi akaun Instagram Nabila, beliau menarik perhatian ramai apabila memuat naik video kad jemputan perkahwinannya yang tampak eksklusif serta mewah dengan bertatahkan batu Swarovski. Rata-rata peminat memuji betapa cantiknya kad jemputan perkahwinan mereka dan ada yang memberikan komen agar segala persiapan pasangan ini untuk berkahwin berjalan dengan lancar.
Sharnaaz dan Nabila sudah bercinta hampir dua tahun lamanya. Mereka mula berkenalan sekitar tahun 2015. Kemudian Sharnaaz telah menghantar rombongan merisik pada 18 Disember tahun lalu.
Amboi, boleh tahan mewah kad jemputan Sharnaaz dan Nabila. Kalau kad jemputan sahaja dan eksklusif, pasti majlis perkahwinan mereka juga lebih gah. Apa-apa pun, semoga majlis raja sehari mereka berjalan dengan lancar dan kami mendoakan perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.