Fizz Fairuz & Almy Nadia Nikah 30 Mei Ini

Hiburan

Fizz Fairuz & Almy Nadia Nikah 30 Mei Ini

Akhirnya setelah berteka-teki dan berdiam diri, Fizz Fairuz telah mengumumkan akan menikahi Almy Nadia pada 30 Mei ini. Majlis pernikahan akan diadakan di kampung halaman Almy di Pulau Pinang. Wang hantaran sebanyak RM20,000 akan dihantar oleh Fizz kepada Almy.

fizz fairuz

Advertisement

Sehari selepas pernikahan, majlis resepsi akan terus diadakan. Kata Fizz Fairuz kepada Mstar Online:-

Saya akan bernikah pada 30 Mei yang jatuh pada hari Jumaat di Pulau Pinang, sementara majlis resepsi akan berlangsung pada keesokannya di Hotel Vistana, Pulau Pinang.

Persiapan sudah dilakukan sebanyak 70 peratus dan ia akan berlangsung dalam keadaan sederhana. Kami memilih tarikh 30 Mei kerana cuti sekolah dan mudah untuk saudara-mara datang ke Pulau Pinang nanti.

Majlis resepsi di Raub Pahang akan dilakukan pada Jun, sementara majlis di Kuala Lumpur masih dalam perancangan

fizz almy

Alhamdulillah. Akhirnya terjawab segala persoalan yang bermain di minda semua orang. Tahniah Abang Nara ucapkan buat Fizz dan Almy atas berita gembira ini. Tak sabar hendak melihat anda berdua di atas pelamin. Pasti cantik berseri-seri. Semoga segala perancangan berjalan lancar. Tahniah!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...