Written by AbangNara | June 4th, 2013

Setelah pelbagai kontroversi melanda, akhirnya filem Tanda Putera bakal ditayangkan pada 29 Ogos 2013 ini. Berita gembira ini telah dimaklumkan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Untuk makluman, tarikh asal tayangan filem ini ialah pada 13 September 2012.

filem tanda putera

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba ini mengisahkan perjuangan mantan Perdana Menteri Kedua Malaysia, Tun Abadul Razak bersama timbalannnya, Tun Dr Ismail memimpin negara selepas rusahan kaum pada 13 Mei 1969. Penangguhan filem ini telah diputuskan oleh Kabinet setelah mendapati ada adegan yang tidak sesuai yang boleh menimbulkan rasa kurang senang masyarakat.

filem tanda putera

Abang Nara dah tengok filem Tanda Putera ini ketika tayangan khas tahun lepas. Bagi Abang Nara, ia adalah sebuah filem yang sangat bagus. Sangat menarik apabila fakta-fakta yang kita baca di dalam buku Sejarah diterjemahkan ke dalam bentuk filem. Memang lain daripada yang lain. Abang Nara tidak berganjak seinci pun daripada tempat duduk sepanjang tayangan tersebut.

filem tanda putera

Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri pengorbanan Perdana Menteri Kedua Malaysia yang telah diterjemahkan dengan begitu baik sekali di dalam filem Tanda Putera ini. Abang Nara pasti ramai yang tak sabar menanti kehadiran 29 Ogos. Semoga filem ini akan berjaya di pawagam kelak.
ronaronaP.S: Serikan lagi Aidilfitri yang bakal menjelma dengan memakai baju sedondon seisi keluarga anda. Pasti lebih meriah, lebih cantik dan lebih comel apabila si anak berpakaian sama seperti ibu dan ayahnya. Dapatkan koleksi istimewa baju melayu, baju kurung, jubah dan pelbagai lagi hanya di RonaRonaCollection. Layari laman blog RonaRonaCollection untuk melihat lebih banyak pilihan yang ada.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to Filem Tanda Putera Bakal Ditayangkan Pada 29 Ogos Ini

  1. axx says:

    da tgk da cite ni..hihi

    0

    0
    • Ke Bulan says:

      …seakan menarik. nasib baik bukan cerita mat rempit yg ke laut dan longkang. harus kita menyokong filem2 seperti ini yg tidak merosakkan generasi & minda anak2 bangsa.

      0

      0
      • Marina Mahatma Gandhi says:

        Adegan ROSMAH ka yg dipotong tu ?

        0

        0
        • jadore says:

          apa la bingai sgt ko nih! apa kena mengena Rosmah dgn citer sejarah dan trajedi 13 Mei 1969! klu mentaliti cai nih mmg la mcm nih… tengok dulu baru komen ya….!! bodoh piang!!

          0

          0
        • NARA CUTI KER HARI NI ????? says:

          bang nara mana gosip baru ? hari ni satu pun tak update

          0

          0
    • Ubah Mentaliti says:

      harap filem spt ini dpt memberi inspirasi baru kpd MIG & David Teoh serta Skop Production yg masih berada ditakuk SPM dan PMR……… !!!

      ;)

      0

      0
      • kay99 says:

        cerita melayu di Msia byk yg takde kualiti..dan mmg comp2 yg kamu sebut tu la yg mencacatkan selama ni..sebab mereka adalah business man..

        0

        0
      • Mengelupor says:

        David Teoh mengelupor filem ni keluo

        0

        0
      • jadore says:

        well said bro/sis!! sekalung tahniah buat pengarah filem TANDA PUTERA, Datin Paduka Shuhaimi Baba yg sanggup menongkah arus utk mengarah filem yg hebat ini!!

        0

        0
    • minah jambu says:

      akhirnya filem yang xde aksi rempit, hantu bodoh yang x seram langsung dan lawak yang bodoh. filem macam ni yang aku nak tengok..

      0

      0
    • minah jambu tukar kaler merah biru says:

      ape makna Nye tanda putra? eh malas la nk komen pasal ni ..

      0

      0
  2. Yaya says:

    Harus tonton..sebab bukan keluaran David Teoh. :)

    0

    0
  3. yan says:

    hmm….bangunan kat background nampak terlalu moden utk zaman tu…awek tu rambut siap kaler lagi….

    0

    0
  4. FK says:

    dah tengok cerita ni…A+++.xde pun isu perkauman sngt. cuma bagaimana Tun Razak mengatasi masalah tersebut.tu jer..ending sangat menyedihkan sampai mengalir air mata..

    0

    0
  5. minah jambu tukar kaler merah biru says:

    minah jambu tk minat lah cite2 macm ni malas minah jambu nk tengok ….pelakon pompan Elai Elai ni minah jambu tk minat sangat lah ..kire2 minah jambu tk payah lah komen pasal ni2 semua buang masa aje . kalau pelakon dia fasha sandha ke nlofa ke izara aishah nk jugak minah jambu tengok…jadi malas lah nk komen terima khaseh aje lah ye thank u.. bwekkk ! helo peminat2 minah jambu tknk komen lah jangan marah lah ye…

    0

    0
  6. zuanzuan says:

    lebih kurang sama dengan filem 1957: Hati Malaya, sangat patriotik, penuh dengan semangat nasionalisme serta mempunyai maksud yang sangat-sangat tersembunyi.

    0

    0
  7. thumpthump says:

    seriyes cerite ni mmg tersgt bagos tok di tgk… sile la tgk cite ni dari asyek cerite cinta yg tah ape2 tu… dpt la sikit tambah ilmu ni ha

    0

    0
  8. Mak jemah pemalu says:

    Semua pihak haruslah memberikan sokongan kepada pembuatan filem sebegini terutamanya penonton..tapi filemnya haruslah telus dan memaparkan keadaan sebenar supaya generasi terbaru boleh belajar daripada filem..pahit memang susah untuk ditelan tetapi pahit juga mungkin menjadi ubat yang paling mujarab…

    0

    0
  9. yeop says:

    klau nama citer mlayu …… mesti hampeh ….!!!

    0

    0
  10. suka.hati says:

    filem Shuhaimi Baba, bukan selalu dia buat filem. setiap filem dia ada mesti ada nilai tersendiri(layar lara, selubung, waris jari hantu, hati malaya, phsm etc) insyaAllah takde halangan memang nak tonton filem ni :)

    0

    0
  11. mak jah says:

    Filem syok sendiri

    0

    0
  12. izriqa says:

    sy da tgk filem tnda putera..mmg sgr best dan mengalisr air mata tgk filem ni…

    0

    0
  13. maya meira leyana says:

    smlm sy tgk filem kil…sgt menarik dn unik sbb sy bknlah pnggemar filem malay lg2 david teo pye filem last sy tgk pon kl songlap 2 thn lps…filem kil unik n sy rse kil ni ala2 songlap jgk watak yg mnjadi je sume msg2 taw peranan nk idupkn wtk msg2..syabas redza gn cris suzane n suporting actor….x rugi kua duit rm12

    0

    0
  14. me says:

    Dah tgok cerita ni :D bessttt ! menangis bile tgok ending die… bnyk pengajaran yg disntuhkan dlm cerita ni :D

    0

    0
  15. kak non says:

    series dh lame tgu cter ni kuar kt panggung….xsabar nak tgk..minat sgt dgn cter berunsur patriotik..sejak tgk hati malaya tertggu2 cter yg cmtu ditayangkan lg..pembikin filem harus melebihkn lg pengeluaran cter2 seperti ini..jgn asik kisah cinta,komedi ringan..maybe ade yg suke style cter cmtu, tp ade jgk golongan yg seperti saya yg minat cter patriotik cm Datin paduka suhaimi baba buat ni..salute!!

    0

    0