Written by Bella | March 11th, 2016

Walaupun menerima persaingan kuat daripada filem lain seperti BoBoiBoy : The Movie dan Ola Bola, filem Munafik arahan Syamsul Yusof masih lagi mendapat perhatian ramai dan sudah berjaya mencatat kutipan RM 11 juta selepas dua minggu ditayangkan.

Jumlah tersebut termasuk kutipan di Singapura dan Brunei, dengan masing-masing meraih RM800,000 dan RM200,000.

Menurut penerbit Datuk Yusof Haslam, Munafik mempunyai potensi yang cukup besar dan yakin mampu bertahan di pawagam untuk tempoh yang lebih lama lagi.

Malah, mereka menerima maklum balas yang cukup positif mengenainya daripada mereka yang sudah menonton.

Lazimnya, filem yang ditayangkan menerusi Skim Wajib Tayang berdepan kemungkinan jumlah panggung dikurangkan selepas dua minggu tayangan. Pihak pawagam berhak untuk berbuat begitu bagi memberi laluan kepada filem baharu. Namun, ia tidak berlaku kepada Munafik yang dilihat mempunyai potensi besar untuk bertahan lebih lama lagi.

Dari segi sambutan pula, kami mendapat maklum balas yang baik, daripada segala aspek. Hampir 99 peratus maklum balas diterima adalah baik. Saya juga dikhabarkan, ramai penonton daripada kalangan alim ulama, selain golongan wanita berpurdah, turut menonton filem yang menyuntik banyak elemen kerohanian ini. Sekali gus, ia memberikan nafas baharu kepada pembikinan filem genre seram kerana ia juga mula diterima kelompok penonton baharu.

Kalau bab cerita seram yang tidak merapu dan menyampaikan mesej yang berguna, karya Syamsul Yusof adalah yang terbaik setakat ini. Memang wajib tonton filem Munafik ni, memang tidak menyesal.

Sumber Berita : BH ONLINE

21 responses to Filem Munafik Berjaya Catat Kutipan RM 11 Juta Selepas Dua Minggu Di Pawagam

  1. Hamba Allah says:

    Best2…banyak pengajaran filem ni..

    0

    0
  2. melati says:

    iiiiiiissssss…dihari Jumaat ,hari penghulu hari pun nk menipu….!!!!!!..MUNAFIK..lah kutipan 11 juta tayangan…11 juta Rupiah saya percaya lah…

    0

    0
  3. TABUAN says:

    MEMANG CERITER NI BEST..
    KISAH NI JADIKAN TAULADAN DAN PENGAJARAN KESEDARAN BUAT KITA SEMUA.

    THE BEST CERITER MELAYU SERAM!
    TAK MERAPU2 MCM CERITER LAIN..
    NI CERITE MELAYU DARI ZAMAN TAHUN 2000 YG 1ST KU TONTON DI PAWAGAM..
    BERBALOI BELI TICKET!

    AKAN KU TUNGGU UNTUK BELI DVD YG ORI!

    SYABAS BUAT SAMSUL DAN SEMUA PELAKON2 YG MENJAYAKAN WATAK NI DGN BAIK DAN JUGAK PADA MEREKA2 YG TERLIBAT DLM PEMBIKINAN FILEM INI.

    BUAT NABILA.. KU TABIK SPRING PADA MU!
    SETIAP LAKONAN MU TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN..
    KAMU MEMANG ADA BAKAT LAKONAN YG SEMULA JADI…
    YOUR DAD PENYANYI LEGEND YG BERBAKAT DALAM NYANYIAN TAPI TIDAK LAKONAN..
    U CANT BE A GD SINGER NABILA..BUT DEFINITELY A VERY GD ACTRESS!
    DI MASA HADAPAN PUN AKAN MENJADI LEGEND MCM UR DAD SUHAIMI..
    PELAKON WANITA LAGENDA YG DI HORMATI.

    0

    0
  4. nana___ko says:

    Aku dh bape kali nak tgk citer ni sejak byk tahun x masuk panggung. Asik sold out je. Betul la kot kutipan byk tu. Kau kenapa melati. Senggugut ke… sakit hati.

    0

    0
    • melati says:

      Bukan sakit hati, tapi tk sanggup nk percaya…logik kew???? MUNAFIK kalo percaya kutipan 2 minggu RM11 juta…..aper org2 melayu kt Malaysia ni byk tk keje keww gi tonton Flim …MUNAFIK tk…??? kikiki

      0

      0
  5. Nurul says:

    syabas Syamsul..i yg preggy n p tgk alhamdulillah puas hati :)

    0

    0
  6. Melati MUnafik says:

    hahaha… melati mara sebab dia yg setan dlm cerita munafik tu

    0

    0
  7. kakcik x katik says:

    abaikan je melati tu .. dia kan pengikut setan gak.. mulut longkang

    0

    0
  8. kkkkkkkkkkkkkkkkk says:

    masa dekat bilik mayat tu seram ke tak ????? rasa nak tengok je

    0

    0
    • TABUAN says:

      SERAAAAAMMMMM….
      HANTU KLUAR DARI PINTU..
      NAK2 BAB JIN NOTTY MANTRA2 BERDIALOG DGN USTAZ…. SAMPAI PANJAT2 TEMBOK… TERBANG2..

      GI TENGOK… YG TAK KUAT SEMANGAT PERBANYAK ZIKIR DAN SELAWAT DLM HATI… YG LEMAH JANTUNG ADA BAIK JGN LER TGK PAT WAYANG.. SOUND SYSTEM KUAT…
      NANTI TERKEJUT2 KEJONG!

      0

      0
      • kkkkkkkkkkkkkkkkk says:

        aku baca komen kau jam satu setengah pagi….. seramm weh.

        0

        0
        • cakcibo says:

          BAGI AKU PART BILIK MAYAT TAK SERAM SANGAT. sorry tercapslock malas delete. ha wei bagi aku kan part dia berdialog masa awal2 tu fuuuu seram gak. nakal jin

          0

          0
  9. julie hana says:

    Syabas to Syamsul..n d rest of pelakon yg menjayakan esp Nabila Huda..jalan cerita yg baik dan byk pengajaran dlm penceritaan..d best part is..towards d end baru la tau who is d real culprit..mmg sesuatu yg tk disangkakn..bravo..5 bintang

    0

    0
  10. yes says:

    harap-harap nabila huda menang award di festival filem malaysia. memang berbakat sungguh. juri jangan nak pilih bulu sangat.

    0

    0
  11. fan of nabila says:

    Spt cite khurafat,cite ni mmg best..scene plg sy suka tgk bila wtk syamsul gali kbur wife dia bawa balk umah. Mmpi upanya..& 96% cite ni mnjadi kerana watak nabila..sy mmg fan nabila kerana talent dia dlm lakonan..mengingatkn sy dgn wan maimunah. Aktres vtran kt mlysia yg lakonanyer sy suka tgk..well done anyway..

    0

    0
  12. Taro says:

    Power gile samsul semua filem dia juta juta. kalah bapak sendiri.

    0

    0