Written by AbangNara | March 17th, 2012

Selama lebih kurang 6 tahun belajar di Korea, antara perkara yang mengkagumkan Abang Nara ialah industri perfileman mereka. Karya-karya yang dihasilkan jika mahu dibandingkan dengan Malaysia, sememangnya bagai langit dan bumi. Abang Nara pasti ramai yang sudah menonton filem Tae Guk Gi: The Brotherhood of War, kali ini pengarah yang sama muncul dengan filem My Way.

filem korea my way

Masih mengekalkan latar belakang peperangan, filem My Way ini mengisahkan tentang dua sahabat daripada Korea dan Jepun yang terperangkap di dalam perang dunia kedua. Cerita yang berdasarkan kisah benar ini juga telah mempertaruhkan tiga bintang terkenal dari tiga negara, Jang Dong-Sun (Korea), Joe Odagiri (Jepun) dan Fan Bing Bing (China). Abang Nara tengok trailer pun dah sangat teruja dibuatnya.

Kalau anda peminat filem Korea, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan filem My Way yang akan mula ditayangkan bermula 19 April ini. Untuk info lanjut tentang filem ini, boleh LIKE Facebook Filem My Way.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Filem Korea My Way Bakal Gegarkan Panggung Malaysia 19 April Ini

  1. minami says:

    bahasa malaysia yang betul mengagumkan ye abang nara.wink wink!^_^

    0

    0
  2. Ako says:

    poyo je Nara neh…

    0

    0
  3. love says:

    kalau cter korea cerita cinta lar yang best..romantik..
    perang2 xtau lar plak..

    0

    0
  4. azie says:

    jang dong gun! hero lama!…last aku tgk cite die mase form 4 (tahun 2000) dlm drama all about eve….mesti tgk ni…

    0

    0
  5. meluat says:

    abg nara ni asal cite pasal korea je mesti nk ckp penah duk korea.meluat aku duk baca

    0

    0
  6. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    BWEK !! nyampah cerita2 korea ni minah jambu cuma tengok drama full house je tu pn pasal izwan pilus ada nyanyi kn lagu dia kembali senyum……

    0

    0
  7. Adibah says:

    best cite korea ni…romantik..tp cite perang ni tak tatau la camne..

    0

    0
  8. Cik YoonA says:

    Apalah Abg Nara nie,,,nama ajer bertahun study kat Korea..JANG DONG-GUN lah BUKAN “Jang Dong-Sun”..itu pon salah eja…

    0

    0
  9. fira says:

    mcm best je.. (^-^)

    0

    0
  10. […] Selama lebih kurang 6 tahun belajar di Korea, antara perkara yang mengkagumkan Abang Nara ialah industri perfileman mereka. Karya-karya yang dihasilkan jika mahu dibandingkan dengan Malaysia, sememangnya bagai langit dan bumi. Abang Nara pasti ramai yang sudah menonton filem Tae … Continue reading → […]

    0

    0
    • Malaysian Gen Y says:

      Salam Abang Nara,

      ‘ Bagai langit dengan bumi’..sedih betul baca line tu..baru 6 tahun belajar di Korae dah buat statement macam tu kat industri perfileman kita..Cuba tengok cerita-cerita Melayu dulu dan juga sekarang. Kita ikut acuan budaya dan konsep negara kita. Sepatutnya berbangga dengan pencapaian kita. Contohnya filem Tan Sri P. Ramlee sampai sekarang kita tak jemu tengok. Filem Korea ada? Pengarah, penerbit, pelakon, penulis skrip dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dah menampakkkan kematangan..Janganla sebab pernah belajar di luar negeri..kita menidakkan apa yang ada di depan mata. sepatutnya bersyukur dan terus menyokong..Well Abang Nara..ramai lagi students macam kami ni di oversea tapi Malaysia is the best! As blog yang dibaca oleh ramai orang yang tahu membaca dalam Bahasa Malaysia,walau dimana mereka berada. Bahasa Jiwa Bangsa…

      0

      0
      • wanz says:

        Sampai bila nak harap P Ramlee?? Yang tak jemu menengok cerita P Ramlee pun orang kita je. Itu saja ke pencapaian yang nak di banggakan? Dah ada P Ramlee so dah tak payah fikir nak maju lagi dah? Cukup dengan P Ramlee saja? Supaya generasi baru ni just boleh buat cerita bodoh mcm azura part 2? Komen nara tu bernas pasal belum ada cerita melayu generasi baru ni yg kita boleh betul2 salute . Ni dah kali kedua korea buat movie stail saving private ryan. Nak tunggu malaysia buat cerita yg sama…jangan haraplah. Kalau adapun…lakonan,dialog robot,aksi hambar dan so far TAK ADA cerita melayu yg betul2 boleh menyentuh perasaan. Filem melayu bab emosi mmg fail. Mmg pahit nak terima tp salah ke betul apa yg disebutkan?

        0

        0
  11. stella says:

    waaahhh , daebak ! ! Msti movie ne best . . Kalah movie bunohan tu . . Cte bunohan tu hnya golongan micheo saram sja yg suka tgk . . Hahaha . .

    0

    0
  12. nak tngok jugak lerr kalau berkesempatan

    0

    0
  13. zara says:

    balik2 dok citer yg dia penah duk korea. bangga sgt la konon. baru 6 taun dok nak banding2kan filem sana dgn sini. heiii, saye duduk US 12 taun okeh.. but still, i love malaysian’s film.

    p/s: lps ni klu ada citer pasal korea, konfirm dia akn cakap lagi, ”masa abg nara duduk korea dulu……”

    0

    0
  14. Naziman says:

    filem perang2 begini yang saya suka ni..dengar bnyi letup2 lagi..bez giler..

    0

    0
    • Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

      bunyi letop2 bes? hahahahahahahhahahaiiiiii ! kire2 kau ni mat letop2 lah ek !

      0

      0
  15. hiro says:

    bahasa jepon kot..
    oh saya suka otagiri joe..
    mesti nk tgk nih tp lambat lg deh

    0

    0
  16. Ntahhapa2 says:

    “Karya-karya yang dihasilkan jika mahu dibandingkan dengan Malaysia, sememangnya bagai langit dan bumi. ”

    Sombong and lupa daratan. Sia2 la kalau study 6 yrs di oversea, tapi tulis entry tak gunakan otak. Bukan awak sorang study tinggi.

    0

    0
  17. Best jugak tngok nih/…:D

    0

    0
  18. wanz says:

    Eh background cerita ni masa time D-Day kat Normandy, France 1944. Mcm mana si jepun and si korea bole sesat sampai situ? Curious….tapi Jepun mmg ada alliance dengan Jerman time tu. Tunggu lah 19hb April nanti.

    0

    0
  19. zy says:

    tp cte tae guk gie mmg best even cte die pnjg…..xbosan…

    0

    0
  20. zarith says:

    bukan citer ni dah lama kuar kan?

    0

    0
  21. Anne says:

    cite ni sam gak ngan cite Dongmangkol :) best

    0

    0