Written by AbangNara | November 22nd, 2010

kutipan filem estet

Terbayang kami muka Mamat Khalid selepas melihat kutipan filem Estet yang dicanang-canang sepatutnya menjadi filem terbaik FFM baru-baru ini. Hanya mampu mengutip RM500,000 sahaja selepas 2 minggu. Kalah tue dengan filem Magika yang dikatakannya tidak layak memegang title filem terbaik. Rasanya Magika lepas 2 minggu kutipannya dekat tiga empat juta jugak.

Maka timbullah persoalannya. Adakah filem Estet sememangnya indah khabar dari rupa? Atau sebenarnya filem Estet memang bagus tetapi rakyat Malaysia (terutamanya Melayu) tak minat menonton filem sebagus ini? Atau promosi yang dilakukan untuk filem 2 Alam tidak mencukupi?

Kami masih tidak sempat menonton filem Estet jadi kami tak dapat simpulkan sama ada best atau tidak filem ini. Kami baca review pun banyak yang berbelah bahagi. Ada yang kata best. Ada yang kata filem ini hancur. Ada yang kata filem ini lebih layak menang filem terbaik FFM. Dan ada yang kata memang patut pun filem ini tak menang. Kesimpulannya, banyak pendapat yang berbelah bahagi.

Apa pun selaku pembuat filem, semestinya kutipan yang amat rendah ini sangat mengecewakan Mamat Khalid. Kalau hari itu merajuk taknak masuk pertandingan FFM lagi, harap-harap tak lah merajuk sampai tak nak buat filem lagi. Kalau orang tak nak tonton filem kita, maknanya ada sesuatu yang tak ken. Kena fikirkan balik.

Apa yang kami perhatikan, penonton filem Melayu ini suka tengok filem yang ada unsur kekeluargaan dan ringan. Diorang taknak filem yang kena fikir-fikir sangat. Sebab itulah kot filem macam Magika, Adnan Sempit dan Papadom berjaya. Filem diorang boleh relate dengan kehidupan seharian penonton filem dan tak pening kepala memikirkan. Tak gitu?

63 responses to Filem Estet Sekadar Kutip RM500,000 Selepas 2 Minggu Tayangan

  1. Azim Norazmi says:

    Org cakap lawak estet ni

    0
    0
  2. umie says:

    1st

    0
    0
  3. umie says:

    ntah la..kt wayang sbrang perai xde pown cita nih..n kurang promosi…huhu

    0
    0
    • kurus says:

      kat sini..tk der pun wayang ni..hader ker..??
      tapi aku bila tengok muker fk sengih2 kening naik..kt depan tu aku tros rasa semacam…mcm ada -ve atom lak..sian gak dier ni kan..

      0
      0
  4. MuJE says:

    hah? TIBA keluar filem 2 Alam. haha.. pening kejap aku bace…hehe

    0
    0
  5. anti-estet says:

    biase la tu.. wat filem SS.

    0
    0
  6. amina says:

    Kenapa tak boleh like comment ni?

    0
    0
  7. pari-pari says:

    Da tgk filem nih,best la lawak sangat2..tp sayang,aku msuk panggung lebih krg ada 8 org aje tgk,padahal ari sabtu tuh..aku cadangkan tajuk yg x bape best nih jgn letak sbg tajuk filem,eheheh..

    0
    0
    • kurus says:

      haa… selain dari muka depan fk tersengih2 tu..tajuk pun org mcm tros tbayang ladang getah…sian gak kan..
      tkper lah abang mamat..ini satu keberanian…
      suatu masa..kt tk tau filem ini lah yg akan ditayangkan berulang2 kt tv..sebab kualiti akan bertahan..percayalah..kualiti rules..

      0
      0
  8. neyo says:

    selalunya filem mamat khalid boleh tahan,
    rasanya promosi kot
    xpe la. klu filem best kita nak bangga xpe
    jgnfilem hampeh cam hampas kelapa kita takbur sana sini
    kan?

    0
    0
    • tiz zaqyah says:

      kat jj bukit raja takde pun..
      kalau ade konpem aku tgk seyh

      0
      0
      • pikir2 says:

        tol2. kalo kt bukit rj ada cnfrm da tgk. ni 2alam ada la. da la poster gmbr DrR. cian aaron aziz tpkse blakon dlm cte ni. dia wtk utama tp mke xde dlm poster. huhu

        0
        0
  9. pizza says:

    aku rasa promosi kureng tu yang orang xtau pasal filem nie..

    0
    0
  10. aries says:

    honestly, tak best pun estet. so, tak pelik pun kalau x menang. aku pegi tgk sbb nak compare ngan magika.nak kata unsur 1 msia tu, mmg ade. semua kaum ada. tapi, cite tu tak cukup kuat utk menang pun. letak pelakon bgs mcm FK and Rosyam Nor pun, tak semestinye itu yg terbaik. so, kena la terima kenyataan sbb ape kalah. bkn cr kelemahan org lain. ptt cr kelemahan sendiri. x perlu nak emo pun. kena igt, kalo kite rasa kite hebat, ade lg org yg lebih hebat dr kite.

    0
    0
    • Tiffany says:

      Setuju dgn aries! sepatutnya muhasabah diri sendiri, bukannya canang sana sini, tunding jari ke merata tempat, pusing2 sindri juga yg malu. memang betul la, kita tunding jari kat org, 3 jari lagi tunding kat diri sindri.

      0
      0
      • Tiffany says:

        one more thing, WHAT GOES AROUND COME AROUND.

        0
        0
        • roseate says:

          rasenye sume org kena tgk magika n estet dulu. baru blh compare mane yg terbaik.
          agknye mamat khalid x tgk magika, sbb tu die rs estet tersangat bagus. huhuhu…

          0
          0
  11. kakisalon says:

    xlaku myb sbb ada harry poter sama kot

    0
    0
  12. nenek kebayan says:

    ESTET dpt rm500,000 ja utk 2 minggu tayangan…but 2 ALAM dpt 2 juta utk sehari tayangan….nak tgk filem 2 ALAM lah kot….

    0
    0
  13. aku pun nak komen says:

    500000 jer…citer ini bes la..meriah..tapi imaginasi nya..melampau lampau sgt kut..dengan rosyam noor yg perasan rajnikan…apapun aku terhibur dengan jalan citer dia..

    0
    0
  14. Piston Pecah says:

    belum tengok lagi cita nih

    0
    0
  15. new gen says:

    xpe m. khalid…. x sume owg mesia minat cite ringann2 jewr… keep it up !

    0
    0
  16. walaupun jalan cerita semua bagus, tapi rakyat malaysia blom dpt terima cite2 mcm ni..pengarah kene ikut selera penonton gak..huhu

    0
    0
  17. AMN says:

    Aku dah tgk cerita ni..bagi aku cerita ni OK lah.(lawak style Mamat Khalid)..tapi kalau nk dikategorikan sebagai layak menang FFM tk kot ;-)

    0
    0
  18. cik hijau says:

    saya rasa orang malaysia memang support filem malaysia.
    cuma tak support director yang melebih-lebih.

    0
    0
  19. Reena says:

    Kala Malam Bulan Mengambang pun kalo tak silap kutipan dia tak berapa memberangsangkan tapi aku tgk ok gak..lawak..i guess estet ni tak berapa laku pasal lawak dia tak lawak sengal cam ahmad idham kot..

    0
    0
  20. comelnya says:

    aku yakin citer ni best tp peminat citer2 mcm ni bukan di kalangan org2 yg suka g cinema. kalo nk buat citer cenggini kena amik hero n heroin yg glamer

    0
    0
  21. org kite mmg susah nk menonton filem melayu…senang cite!

    0
    0
  22. non says:

    bestlaa…xdelah hancur pun, not bad per..aku suke

    0
    0
  23. aku tau malu says:

    ramai orang kita malas berfikir, sebab tu x suka tgk filem2 mamat khalid. filem2 dia jenaka orang seni, bukan jenaka bangang yang biasanya kutip juta2…

    0
    0
  24. amy lara says:

    abg nara xnk review filem 2 alam ker? hehehe dgr cite 1st day 80 ribu jer kutipan…

    0
    0
  25. mya83 says:

    filem ni btol2 mengecewakan aku,sbb aku harapkan cita ni setanding man laksa n zombie kg.pisang,yg 88 kali aku tgk pon masih bole gelak terbahak2…tp hampess…dgn pelakonnya pon org xkenal,dh laa tu b`lakon mcm buat2….cita magika aku sggup pg tgk 2 kali,magika mmg layak menang,jgn laa sesapa nk nafikan…

    0
    0
  26. iffah says:

    1st time aku rase nk komen….act..bg aku la…citer tu best…sbb wat aku fikir out of da box…aku xske citer2x mlayu ni..tp honestly aku suke..

    tp biasa la manusia kan, dorg rase filem dorg terlalu perfect..dats y la…

    0
    0
  27. MRS. SHA says:

    saya tengok cerita ni lagi syok….1 show 1 panggong 1 penuntun…bayangkan betapa tak bestnya cerita ni…pada hal saya ada lah peminat fanatik mamat khalid.sebelum tu semangat saya berkobar kobar nak tengok cerita ni..tapi bila dah tengok , betapa kecewanya saya.

    0
    0
  28. rora says:

    kualiti sesuatu filem tidak terletak pada kutipan…contohnya filem twilight new moon…kutipan bukan main…cerita hampeh!

    0
    0
  29. rora says:

    sepet…one of my favorites..

    0
    0
  30. is says:

    pndpt last tu mmg btol sgt2..life org skng dah berserabut kan..so nk hlgkn tension, byk yg ske tgk cite berunsur fmly, komedi ringn..so ble gelak2 tu mmg release tension..puas pun puas sbb dpt gelak2 besar dlm panggung..hehehe pape pun, magika mmg worth la byr tiket wayang..xrase pun dah sejam lebih kt panggung tu..jln cite yg xbelit2..jenaka yg xover, n senang cite..PUAS! hahahah

    0
    0
    • akuxstatik says:

      yekew…aku xrase camtu pown bile tgk magika..rase cam nak mintak balik wet tiket..bengang gile,rimas tgk watak diana yang ala2 alice in the wonderland 2…beriye2…jalan citer pown terabur…2 alam pown same…hampeh..senang citer,due2 xbest….bile tgk citer luar katenye x patriotik….bile tengok….

      0
      0
      • is says:

        ntah ler…sbb aku pompuan mmg ske cite2 dongeng kot..lgpun rimas la tgk cite2 berat ni..kurang2, terhibur gak ht dgn watak2 lain..rimas gak tgk 2org hero-in tu..nasib watak2 smpgn xmerimaskan..pape pun, ni pndpt jer..member aku ade g tgk estet ni..tp mmg mengecewakan..bek tgu astro tygkan..tu pun klu dorang nk tyg.. hahahha

        0
        0
  31. wanakin says:

    kat malaysia ni, lagu ke filem ke drama ke kalo buat ikut SS, susah nk dpt pulangan lumayan….
    yg berkenaan kene amik priority lebih kat selera pendengar & penonton…
    kalo nk sgt dpt AWARD sana sini, kat luar malaysia blh la.

    0
    0
  32. jenglot says:

    dh tgk movie ni..last 2weeks.bagi saya terlalu ringan cite ni..xmcm layak utk menang anugerah flem terbaik..time tgk..saya ngn kawan saya 3org je dlm panggung…
    spoiler:kenapa dalam cite ni cakap bahsa baku…adakah mamat khalid xnotice or saja ckp bahsa baku dlm cite ni…satu lg..penggunaan cgi yg agak xreal..mmg cita ni agak lawak jugak ar..n nak kata filem ni xbest..x jugak..layan le jugak

    0
    0
  33. chuliya says:

    aku x tgk pn cite estet ni,promosi citer ni mmg kurang n aku x taw pn ada citer ni,citer megika pn bknye best pn mengarut jgk….tp citer yg aku suka ADNAN SEMPIT mmg btl2 best….Nape la Adnan Sempit yg x menang..

    0
    0
  34. kate says:

    Dah tengok filem ni.. Memang kelakar sangat2!! Sampai sambung gelak kat rumah.. hehe..Citer ni kelakar. Cuma rasanya sebab promosi la.. kurang promosi..

    And maybe tajuk filem ‘estet’ tu tak sesuai.. Sebab mula2 ingatkan citer pasal penoreh getah, percintaan terhalang sebab lain agama ke apake.. Tiba2 tengok, citer lawak ala2 shaolin soccer..

    0
    0
  35. ida4141 says:

    KAN HERO DIA PERASAN BAGUS… KNP FILEM NI TAK LAKU PULAK???
    SURUH LA HERO DIA BERLAKUN DGN GF DIA, KOT2 FILEM TU LAKU RM15JUTA…MENGALAHKAN HOLLYWOOD LAAA

    0
    0
  36. Jamal Ismail says:

    Filem Estet memang BEST giler….rugi sapa yg tak tengok lg.Sy tengok smpai guling2 atas lantai..

    0
    0
  37. Zahid says:

    Cite ni memang best…rugi la korang x tengok.Syabas wat Brother Mamat Kalid wa caya sama lu…..

    0
    0
  38. MatGelap says:

    Aku belum tengok citer ni pun aku dah gelak…Mamat Khalid punya penangan memang best giler.

    0
    0
  39. mi segera says:

    aku tak suka cite ni sbb ada fk.. hoho.. bosan neok muka dia..

    0
    0
  40. Karim says:

    orang malaysia suke tengok citer2 bangang je macam 4 madu, kecoh betul, kl drift dan yang seangkatan dengannya.

    sekian terima kasih.

    0
    0
  41. krazix says:

    ak rasa sbb kurang promosi. mcm magika promosi byk, jadi org tahu. cite ni ak pun xtau psl kewujudan die

    0
    0
  42. carni says:

    orang malaysia x ramai menghargai seni.. sebab tu cerita yg ada msg diorang susah nk terima….

    0
    0
  43. Intriguing post. I have been searching for some good resources for solar panels and discovered your blog. Planning to bookmark this one!

    0
    0