Written by Bella | August 20th, 2015

Pelakon Fezrul Khan mengesahkan beliau sudah bercerai  talak satu dengan isterinya Noorhafizah Zulkafli di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada hari Rabu.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Fezrul masih belum selesa membicarakan soal tersebut dengan lebih lagi kepada umum. Buat masa ini beliau masih sibuk menjalani penggambaran sebuah drama  yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Hmmm… Ya. Sejak semalam (bercerai) di Mahkamah Hulu Langat. Selebihnya saya tidak boleh bercakap sekarang. Saya belum bersedia.

Fezrul Khan dan Noorhafizah telah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki Farrel Khan yang kini sudah berusia dua tahun.

Sedih juga kami mendengar berita ini,mungkin jodoh mereka sudah sampai di sini sahaja. Apa yang penting jangan pernah lupa tanggungjawab kepada anak dan buatkan dia rasa dikasihi oleh kedua ibu bapanya meskipun kalian sudah berpisah.

Sumber Berita: mStar Online

8 responses to Fezrul Khan Dan Isteri Sah Bercerai Talak Satu Selepas Tiga Tahun Berkahwin

  1. Jadoo says:

    muka wife dia ada iras2 macam wife tomok la…

    0

    0
  2. Anonymous says:

    sygnya… harap2 bkn sbb org ke 3.. dan masih ada rase syg dan kmbali rujuk semula..

    0

    0
  3. Jadoo says:

    3 tahun..baru sangat lg usia perkahwinan tu. harap2 rujuk semula..x kesian kat anak ke? huhu

    0

    0
  4. pink says:

    tgk muka anak jdi kesian..
    comel plk tu

    0

    0
  5. minah jambu says:

    lawa jugak bini dia kenape cerai ? mungkin si fezrul ni ganas sangat tak kt atas katil ..ape kate korang2 semua ?

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Wife die iras pelakon yg berlakon cite Mak Cun jd kakak nora danish tu..wife die bkn pelakonkan..

    0

    0