Abang Nara tidaklah pandai sangat bab-bab fesyen ini. Malah Neelofa adalah salah seorang selebriti kegemaran Abang Nara. Namun pandangan mata tidak dapat membohong. Memang fesyen yang dikenakan Neelofa ketika Anugerah MeleTOP Era sangat pelik, tidak sesuai dan mendapat kritikan daripada banyak pihak.
Agak pelik juga kerana selama ini “fashion taste” Neelofa biasanya betul. Dengan pakaian ala-ala “swimsuit” berwarna pink, Neelofa kelihatan seperti salah seorang anggota Power Rangers. Memang tidak sesuai kerana pakaian tersebut melekap pada badan. Kalau Neelofa tinggi sedikit, mungkin lebih sesuai.
Fesyen baju hijau yang dikenakan oleh Neelofa ini pula disamakan dengan “Picollo” daripada komik Mutiara Naga. Tergelak juga Abang Nara dibuatnya. Membaca kritikan-kritikan di Twitter dan Facebook oleh para pengikut Anugerah MeleTOP Era, Abang Nara akui kekreatifan anda semua. Siap ada yang buat gambar perbandingan sebelah menyebelah.
Diharap pada masa akan datang Neelofa akan lebih berhati-hati memilih pakaian dan fesyen yang sesuai dengannya. Apa pula pendapat anda? Adakah memang pelik fesyen Neelofa atau itu hanya sekadar pandangan minoriti? Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Hanya 10 hari untuk hidup, bayi ini ditatang oleh ibu bapanya