Written by Bella | July 30th, 2015

Sebut sahaja nama Fauziah Nawi tentu sahaja anda mengenali aktres yang cukup lama pengalamannya dalam industri lakonan dan mampu membuat sesiapa sahaja terkesan dengan lakonan beliau. Antara drama yang masih kami ingat kemantapan lakonan Fauziah adalah siri Pondok Buruk. Memang feel habislah orang kata.

Menempuhi pelbagai ranjau dan dugaan untuk terus kekal dalam industri, baru-baru ini, Fauziah telah meluahkan pendapat berhubung idustri kini pada masa kini yang cukup berbeza daripada sebelumnya. Buat beliau, pelakon sekarang terlalu diberi muka sehingga boleh memilih siapa sahaja yang mereka mahu untuk bergandingan dalam sesuatu drama ataupun filem.

Sejujurnya, ibu bingung dengan apa yang berlaku dalam industri seni lakon tanah air kita pada hari ini. Contohnya, pemilihan pelakon juga berbeza berbanding dahulu. Kalau dahulu, tidak pernah berlaku situasi di mana, pelakon utama diberi hak untuk memilih siapa pelakon yang akan digandingkan dengan mereka.

Fauziah juga tidak boleh menerima skrip dan jalan cerita drama-drama moden yang ada pada hari ini.

Kebanyakan jalan ceritanya, lebih kurang sama. Kalau diadaptasi daripada novel, maaflah kerana ibu hanya membaca novel-novel daripada sasterawan negara.

Apa yang dikatakan oleh ibu Fauziah Nawi itu ada betulnya. Tajuk drama dan filem pada masa kini semuanya sama sahaja dan hanya berdasarkan sebuah novel. Sampai bila penonton hendak disajikan dengan drama sebegitu? Bila penonton tidak sokong filem tempatan pandai pula mereka salahkan pihak itu dan pihak ini, sedangkan mereka pun tidak mempunyai idea lain.

Sumber Berita: Media Hiburan

31 responses to Fauziah Nawi Tidak Boleh Terima Skrip Dan Jalan Cerita Drama Sekarang

  1. jingle_jick says:

    ibu fauziah nie bagi aku macam pelakon meryl streep….versatile…tp penerbit/pengarah skrg bodoh sgt asyik bagi watak air mata je kat dia nie…balik2 watak sedih…bosan aku tgk…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Dulu lain skrg lain……………. Terkenang aku lagu yg ada lirik camni…..

      0

      0
      • Anonymous says:

        yup drama skrg dah boleh agak jln cerita, tajuk lebih kurang same je, cuma tukar suami, isteri, sotong ke, arnab ke, ayam ke, bla3..

        skrip drama dulu2 best, suspen ade, sedih ade, benci ade. tgk byk kali pn tak jemu.
        yg sekrg asik nk fefeling sweet je..oh! so sawittt!!

        pengarah pn tak kreatif..cer contohi rashid sibir tu haa (salah satu nama).

        0

        0
        • Lembu Gemok says:

          dalam banyak2 drama yg sy tengok…(kena paksa tgk sbb wife tgk….puiii alasan)….sy rasa drama Syurga Nur sgt2 berbeza dan penuh dgn pengisian..disamping pelakon2nya yang berkualiti dan cun….hhihiihh….kipidap Sheila Rusly……kim salam Janna Nick!!!!!!!

          0

          0
        • Anonymous says:

          lawak2. siap sotong arnab lagi. buat sambal ke kari ke…phuhhh!!!!

          0

          0
      • Anonymous says:

        untuk budak2 yg baru nak up, yg acah2 tau sume menda, dan yg tak tau..
        ibu fauziah pernah dapat award, pelakon pembantu wanita terbaik ffm12, most versatile broadcaster, palon pembantu terbaik drama, dan beberape penghargaan laen.

        btw bagi aku tak perlu award pn kalau lakonan die mantop, superb melekat di hati.

        0

        0
        • Shhh says:

          betul tu…lakonan dia pasti menyentuh hati..lgi2 gadingan dia dgn rosyam noor..mesti buat kita rasa sebak kan..skrg ni semua drama tak buat aku nak nangis pun langsung..dulu selalu tgk drama kt tv3 mlam minggu..skrg dh ntah apa2..pelakon skrg tak da feel langsung nak berlakon..

          0

          0
    • Anonymous says:

      Saya setuju 100% dgn kata2 puan Fauziah Nawawi…pada saya da tak bermutu dan tajuk cerita lebih kurang sama…macam cerita sambil lalu asal dpt penuh kan slot.

      0

      0
    • Anonymous says:

      aku pernah tengok die ditemuramah..die lagi suke bwak watak sedih, ibu terbiar, sebab die ckp tak perlu nak pakai pakaian cantik2 vogue2 klu blakon.
      pakai baju kurung biasa je..mekap pn tak perlu over.

      tapi ibu fauziah neh mmg blakon superb..cite ape tah yg die pukul rosyam noor ke sape..mmg pukul bebetol..huhu..
      bab sedih memang meleleh air mata tengok..pondok buruk mmg the best drama die..

      0

      0
  2. Ayla says:

    Kalau la lebih ramai artis veteren bersuara tentang tenatnya mutu tekefilem/drama/filem yg disogok kepada rakyat Malaysia. Crap to the max! Saya berpeluang menonton M.A.I.D Raya tempohari, dan seakan tidak percaya betapa bodohnya saya kerana sanggup buang masa tengok cerita bangang takde arah tuju tangkap muat macam tu. Seriously, it was such a lousy, crappy telefilm. Plotnya sama , di ulangi, lebih kurang sama dengan drama hariannya. What the la kan. Senang la kerja. Takde depth langsung samada dari segi pembentukan cerita mahupun penghayatan watak. Tu tak payah cakap tentang betapa watak watak wanita didalam drama drama kita diperendahkan tarafnya sebegitu sekali. Kalau wanita kaya – Datin/Puan Seri, kerjanya tak ada lain tapi nak hancurkan rumahtangga anak sendiri untuk digantikan dengan perempuan tak semenggah yang hadap sangat dengan laki orang. Ramai Datin/Puan Seri yang saya kenal baik luhur hatinya, dan tak semua perempuan seksi adalah bimbo yang hidupnya tiada arah tuju and asyik nak perangkap lelaki aja kerjanya. Yang hairannya, penulis kebanyakan novel ini adalah wanita, yet, you brought your own gender to such a low level. Anda (penulis2 wanita ini) anda sendiri yang memberi gambaran negative tentang wanita2 ini. Dahla heroine2 kebanyakan ceritanya lemah, asyik kena buli dan dera dengan lelaki, seriously man!!!!! Kesian tengok pelakon veteran yang dihormati pun kadang2 berlakon drama drama picisan tahap longkang ni.

    0

    0
    • Klise, streotype says:

      Congrats … Love yr cmmnt … sngt bernas. Cuma jk beri komentar gunakn perenggan jd pmbaca lbh selesa bila membaca.

      Klise datin2 adlh MIL frm hell pdhal ramainya dr kalangan org biasa. Tolak bab akhlak sbb seksi tu … ramai ppuan cantk dikalangn bijak pandai ini sngt seksi seksa mata memandang. x habis2 cantik seksi mesti bimbo.

      Think outsd the box langsung tdk di gunakn. Sngt stuju dgn komentar @Ayla.

      0

      0
  3. Lovelyvic says:

    Pengajaran tak berapa Nan Hado dalam setiap drama.

    Suamiku Encik Sotong = pengajaran… jangan buat laki anda mcm Rosmah buat Jibby…

    Dia Isteri Luar Biasa = Mmg rosmah isteri yang luar biasa… Kedua tercantik di dunia. Ka hado?

    Rindu awak 200% = Beratmu hampir 200kg (termasuk rambut dan jambul)

    M.A.I.D = Mama Ada Itu(1MDB) Duit.

    0

    0
  4. tasya says:

    ibu fauziah, mmg berbakat, watak sedih ka jahat ka smua jd… mmg aku minat sngt dng ibu!!!

    0

    0
  5. yat says:

    betul..betul…tu sbb skarg dah x layan cite melayu …semuanya kish yg hmpir sama…membosankan…layan cite tamil lagi best…

    0

    0
  6. aku says:

    aku tak suka ibu (yg bukan ibu aku ni) few years back di pesta buku antarabangsa dia pernah gelarkan novel popular yg banyak di pasaran ni sbg novel ayam. sorrylah ibu aku pun tak suka lakonan kau yg over. lakonan kau kategori cap ayam je.

    0

    0
    • aku says:

      mmg ayam pun novel2 tu…kalau aku la..aku x kata ayam..aku kata sampah…

      0

      0
    • Rosiah says:

      aku : mmg betul pun apa yg ibu fauziah sampaikan. kebanyakan novel popular yang ada dalam market tak berkualiti dari segi penceritaan & bahasa yang digunakan. ibu fauziah seorang pelakon yg sangat berbakat, bagi lah apa jua watak.

      0

      0
    • ANon says:

      Ayam tu kire ok la..kalau aku panggil novel2 cap ayam tu novel sampah yg kalau dibagi anjing kurap pon tak ingin die makan!! hahahha… aku ni mesti one of the penulis novel yg asyek kemaruk celah kangkang je kann??

      0

      0
  7. aku says:

    lagi nak tambah kepada yg ‘ibu’ ni kurang2nya penulis novel ayam yg kau cakap tu ada novel 5-6 buah malah lebih. kau apa ada? award pun tak ada!!

    0

    0
  8. saya says:

    lemahnya mereka yg fikir, makin banyak kuantiti yg terhasil…maknanya bagus. macam dulu razak mohaideen/ david teo punye cerita…punyelah byk. tp cerita pasal kehidupan kat kolej punyelah x logik+over. movie/ drama yg terhasil byk ni….tp berkualiti ke? award tu bonus…yg xdpt award x bermakna x hebat. faizal hussein..pelakon hebat dah berpuluh taun. tp lps 20 taun br dpt award. Tan sri P Ramlee…Saloma…dah takde br org nak bagi award. sdgkan nama diorg disebut2 smpai skrg…even dulu2 org Barat pn kenal P Ramlee. adakah sebab masa hidup P Ramlee tu xdpt award, maka karya P Ramlee tu x berkualiti? Bg aku, org yg berpandangan mcm ni sama ada budak sekolah atau baru nak masuk kolej…yg suka berangan. baca novel2 bergenre cinta monyet ala2 sweet ni.

    0

    0
  9. aku says:

    aku setuju banyak novel ayam malah porno yg ditulis oleh penulis perempuan/ lelaki melayu. tetapi jangan kita lupa ada banyak lagi novel berkualiti dari penerbit berkualiti seperti jemari seni, creative enterprise (penerbit majalah gila2), PTS. kalau kau pergi novel fixi memanglah genre ayam melambak. kalau korang sendiri tak pernah cuba nak baca novel melayu baik korang diam. jgn suka nak hentam je tp takpernah baca pun.

    nak tulis novel pun (kalau menulis di publisher berkualiti) pembaca tak disajikan dengan keberangan semata-mata. pembaca disajikan dengan fakta yang betul. tak percaya baik korang pergi cari novel jemari seni. aku bukan nak pihak pada sesiapa. aku ni cuma pembaca novel melayu yang selective

    0

    0
  10. dotdot says:

    agree 200%!typcal drama nvel,kolej,rempit..bile bg pndpt pengarah ckp kite xtau psl filem..adesss..citer2 camni mmg mellaikn,xde moral lgsg..bosan da drma melayy yg adptasi..ibu Fauziah mmg betol

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Tahu takpe. Pelakon sekarang byk tak bagus drpd yg bagus. Mereka mementingkan populariti dan buat kerja untuk wang sahaja. Mereka tak all out semasa menyampaikan cerita untuk penonton faham dan menyelami watak tu. Kita sangat support mereka dan menonton drama mereka, tapi adakah mereka mempersembahkan kualiti lakonan mereka kepada kita?

    0

    0
  12. molly says:

    dah lama dah sy menyampah 100% tgk drama melayu versi baru..now Fauziah Nawi dah nyatakan antara sebab2nya, hehe..tapi sy juga menyampah 60% tgk drama melayu versi kak Fauziah dan rakan2..u r one talented lady, erlakon is really yr ‘thing’..tapi kalau kisahya kisah sedih, namun disedihkan melampau2 sampaikan tak logic plot2nya dan jalan ceritanya, penonton akan meluat juga..contoh, kisah kekeluargaan dan keagamaan, ada scene nak bolot harta oleh kaki judi dan menuduh seorg imam gila..MAKE SENSE KE IMAM TU DIKURUNG DALAM KANDANG BULUH BUATAN SENDIRI DI KAWASAN KAMPUNG SIAP ADA GUARD?? PENGARAH BANGANG KE APA? INGAT NI ZIMBABWE KE TAKDE UNDANG2 ?? ORG GILA KENA KURUNG?? APA FUNGSI HOSPITAL?? APA FUNGSI ORG KG?? APA FUNGSI PENGHULU, JKK, ETC?? jg bodohkan penonton melampau2 la semata2 nak create mode sedih..scene kenalah logic..jd tgk drama mcm ni rasa menyampah itu kompom!

    0

    0
  13. lurah dendam says:

    ala pelakon skang setakat flawless,makeup tebal, pakai contact lense beria benar, lurah tetek ada, gedik berlakon. —-.Boring!!!
    Pastu kalau watak gadis melayu yg baik tu kadang2 baik melampau cm pijak kepala tak marah…what the hell is that?!!!
    EEEiiiiiii takde quality langsung drama melayu nowdays! sebab tu la aku tgk citer omputih..walaupon derang seksi ada kissing ke apa..but at least citer depa ada mesej yg nk disampaikan.

    0

    0
  14. anon says:

    Mmg dulu lain, skrg lain. Bukan dari segi filem or drama je, tapi dari segala segi. errmmm….konon2 baca novel dari sasterawan negara saje?? Sape lah yg labelkan sasterawan negara….kdg2 tulisan dia org biasa2 saje esp si samad said, tak layak pun di iktiraf sebagai sasterawan negara esp kerana sebuah novel, salina? mutu tulisan entah ape2… Kalau usman awang mmglah berbakat…
    semua org blh tulis novel. Sb tu aku cume baca biografi or educational je. tak main novel2 ni. Mintak maaflah ye, jgn sape2 nak sentap, masing2 blh keluarkan pendapat masing2. Kalau org tak sependapat dgn kita, jgnlah nak melenting tak tentu pasal pulak..

    0

    0
  15. Miss I says:

    As a girl, aku amat malu dengan novel-novel cinta melayu zaman sekarang. Digambarkan wanita sebagai makhluk yang lemah dan haruslah kekal pasrah walaupun didera atau dikasari tidak kiralah siapa sahaja. Bagai tiada langsung inisiatif untuk menyelamatkan diri. Dan tidakkah penulis tahu yang kahwin paksa itu boleh masuk kategori haram? Paling tak boleh blah penulisnya wanita. Aku tertanya kenapa wanita sendiri yang downgradingkan wanita. Penerbit pun satu. Malangnya novel sebeginilah yang dijadikan drama. Maaflah aku memang tak patriotik dalam bab ini, baiklah aku tengok kisah cinta drama Korea atau drama Amerika tapi pada masa yang sama banyak menyerapkan unsur-unsur ilmiah, relevant, relatable to public dan logik.

    0

    0