Written by Bella | January 28th, 2017

Muncul dengan single keduanya, Wanita Terakhir, ada antara pengguna media sosial yang mengkritik percubaan Fattah Amin untuk aktif dalam bidang nyanyian. Mereka rasa suara Fattah tidak begitu menyerlah sebagai penyanyi. Fattah bagaimanapun tidak terasa hati dengan mereka yang mempertikaikan vokalnya.

Jika saya seorang yang jenis mudah terasa hati jika dikritik mungkin dari dahulu lagi saya sudah tinggalkan bidang seni.

Pada saya orang boleh kata apa sahaja mereka mahukan kerana bukan semua suka dengan apa yang saya lakukan. Ini tentang citarasa masing-masing dan sebagai penyanyi saya akan terus cuba memberikan terbaik.

Fattah tidak mahu mengalah dengan kritikan dan kini sedang memantapkan lagi mutu nyanyiannya dengan menyertai kelas vokal dan sering berlatih jika ada masa lapang. Fattah bersungguh-sungguh memperbaiki dirinya kerana tidak mahu dipandang hanya kepada populariti sebaliknya bakat yang beliau ada.

Tahun ini saya berazam untuk lebih menguatkan jenama yang ada pada diri saya kerana tidak mahu dipandang kerana populariti semata-mata. Atas dasar itu juga saya masuk kelas vokal dan cari peluang untuk berlatih kerana ingin memperbaiki diri.

Peluang yang ada dihadapan mata tidak akan saya sia-siakan dan mahu buktikan diri tentang kekuatan yang ada pada saya.

Semangat yang ada didalam diri Fattah itu bagus sebenarnya. Pada awalnya mungkin ada yang tidak suka dengan vokalnya, tetapi siapa tahu satu hari nanti beliau boleh jadi penyanyi yang baik?

Sumber Berita : mStar Online

[jetpack-related-posts]

14 responses to Fattah Tidak Ambil Hati Vokalnya Dikritik Netizen

  1. Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

    Ko cube mnyanyi wlopn suara cmtu. Xde masalah sbb tu hal kerja ko nk cbe…janji melodi lagu ok kena dgn suara & ko lh nyanyi live(x thula aku x pnh dgr lagu ko bto2…x thu ko lh nyanyi live ke x). Tp ble ko mnyanyi pastu ko bgedik bubuh sajak dlm lgu kc nyanyi dpn2 skandal ko dgn rncangan live dihandle oleh dye mmg ssuatu MMALUKN KELUAGA & ORG SKELILING KO..pela prasaan dyeorg ble ko wt cmni?ko igt rmi yg suke?…Klu ko adik aku mmg kena maki kaw2 la.

    Ble ko gedik bdua rmila sgt org cm suke. Ble dh janji cmtu bloger/web/srat khabar akn kejar2 collect duit dgn cte murahan ko ni. Ko igt bloger x dpt duit ke dgn stiap klik ko msk blog dye??? FOKUS PD KERJALA BRO (Hrp ko bce komen ni)

    7

    0
    • mak jemah tepi tingkap says:

      bkn mslh x reti mnyanyi. makcik rasa tone kamu x sesuai je jd penyanyi. tapi byk je penyanyi modify suara guna mesin .yg penting x pyh la tumpang glamer lopa saja. skrg pun ko dh famous. byk kanak2 dan makcik2 minat kat ko.

      1

      0
    • Anonymous says:

      setuju 100%….kalau niat tu ikhlas tak payah show off depan publik live lagi tu….cam sengaja nak create kontroversi. buatlah something yang boleh mbanggakan bukan mloyakan. k bye…

      2

      0
  2. minah jambu - safety first says:

    ape2 pon try smthing new..fatah cuba nyanyi tapi ntzen cakap suara tak bagos tkpe asalkn u hepi dengan u punye nyanyi n u confident menyanyikn lagu tu kire ok laaaa…ape yg u nak kesahkn dengan komen orang2 di sekeliling u ? u kena percaya dengan diri sendiri ok fatah…semoga sakses…

    0

    9
  3. Nok gebuzzz says:

    Membazir duit,air liur…baik ko mantapkan lakonan jer..okby

    9

    0
  4. Parah says:

    Ni bukan soal citarasa masing2. dh mmg xsedap xyhla mnyanyi. Msk kelas vokal pun kalo xda talent xleh gak.

    7

    0
  5. KiahPropa says:

    Patah,menyanyi ni besanya bakat semulajadi yg ada dlm diri seseorang. Yg mmg sekali nyanyi.Wow.pastu digilap dengan kelas nyanyian ke ap ke.mmg lg gempak. Ak tak paham knp pelakon skrg,dh la tk de bakat.ada ati nk menyanyi.ckp2 la industri muzik skrg bersepah ngn penyanyi celup.please fokus kat lakonan ko dik.mantapkan lakonan ko dulu dik.kcian akk tgk ko ni.pulun ngat.sadis.

    3

    0
  6. Aku Menyampah says:

    TAK PAYAH NYANYI LA FATTAHHH…

    2

    1
  7. jahanam says:

    Ko dgn lopak boleh jalan daa..!

    2

    1
  8. cik j says:

    Lepas dia dah nyanyi tu dia tak dgr balik ke suara dia ..?? Erm ke patah amin ni pekak…
    Sedap sngat ke suara dia..Ermmmm

    0

    0
  9. Sam says:

    Memang hauk sangat nyanyian ko patah oiiii. Gi la belaja belakon tu. Sah sah la ko takde bakat nak jadi penyanyi. Nyampah plak aku tengok budak gedik dua ekor ni. X habis habis nak gossip murah. Ko gi rumah dia ko serenade jelah pattah oii, nobody cares. Just dont do it on live tv coz orang dah muakkk dengan gosip murahan ko ni.

    0

    1
  10. Anonymous says:

    Respek kat Fattah & Lofa..wlu kena kritik tetap cool tak pernah nk melenting…berbalas2

    2

    0
  11. Anonymous says:

    YANG KOMEN SUARA DIA MESIN TU, SUARA HANG SEDAP SANGAT KA ???

    1

    0
  12. dian says:

    Hahaha…patah patah. Dah bertahun berlakon but still kayu. Ni jadi penyanyi la pulokkk.haihhh…sumpah patah suara kau mmg boleh cmpak tengah laut.dulu xdk la menyampah sngt tengok.ni makin menyampah tngk. Buka ig semua manusia kt malaysia ni sebok dok create akaun untk ko ng lopak.ap yang special sngt ko ni? Nk ckp hensem mmg x la.nk ckp lakonan best mmg out,nk ckp suara buluh perindu, rasa rindu dngr sore ko pun x. Haihh…itu lah malaysia kalau da pames ap2x pun bule jadi walaupun SADEHHH!
    .tah la ye..lps ni mkin ramai la retis lelaki berebut watak pilot. ????????

    1

    0

Leave a Comment

Optional