Fattah Amin menafikan gosip yang mendakwa kekasihnya Sherry Ibrahim merasa cemburu apabila mendapat tahu aktres baharu Ruhaines bakal menyertai Fattah dalam percutian bersama peminat di Bali, Indonesia.
Lebih teruk lagi, Sherry dikatakan sebagai punca nama Ruhainies dibatalkan pada saat akhir oleh pihak penganjur.
Ini kerana Fattah dari awal lagi tidak tahu siapakah artis yang bakal bersamanya dalam percutian berkenaan kerana tidak mendapat sebarang makluman daripada pihak penganjur.
Isu kononnya Sherry cemburu dengan percutian saya kerana turut disertai Ruhainies langsung tidak wujud kerana saya sendiri tidak tahu aktres itu akan menyertai rombongan berkenaan. Malah pihak penganjur tidak pernah memaklumkan apa-apa kepada saya mengenainya.
Di pihak Ruhainies pula, aktres itu agak terkejut dengan pembatalan namanya yang dibuat pihak penganjur tanpa mengetahui sebab sebenarnya.
Walaubagaimanapun, Ruhainies juga yakin ia bukan berpunca daripada isu cemburu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Saya tidak pasti apa sebab sebenar nama saya dibatalkan kerana saya tidak diberitahu mengenainya tetapi yang pasti bukan kerana ada pihak cemburu seperti didakwa.
Saya tidak lihat ada sebarang sebab mengapa Sherry ingin cemburu kerana kami tiada masalah malah hubungan saya dengan Fattah pun professional. Saya tahu batasan saya sebagai seorang wanita.
Mungkin ada timbul sedikit salah faham antara pihak penganjur dan artis dan bukan kerana perasaan cemburu Sherry Ibrahim. Lagipun, kalau bercuti bersama peminat buat apa hendak cemburu? Lain lah kalau bercuti berdua sahaja. Hehe.. Apa yang penting dalam percintaan adalah memberikan kepercayaan kepada pasangan anda, kalau meraka sayang anda tentu tidak akan buat hal.