Written by Bella | September 28th, 2016

Sejak mula berhijrah, pelakon Fathia Latiff sering menerima teguran dan kritikan oleh netizen di laman sosial beliau. Mereka selalu mencari kesalahan Fathia dalam berpakaian dan imejnya sebagai seorang wanita bertudung.

Namun, Fathia menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka. Buat Fathia, jika ada yang menegurnya ia bermakna mereka masih pedulikannya. Malah, segala teguran membuatkan Fathia lebih bersemangat untuk memperbaiki kelemahan dirinya.

Saya sudah meminta maaf dan memaafkan mereka di atas kesilapan diri. Saya tidak pernah menganggap diri ini sudah sempurna.  Selain itu, saya sentiasa ambil peduli kritikan dan komen yang diberikan oleh masyarakat. Apa yang saya rasa betul dan percaya ia tidak bertentangan dengan akidah diri sebagai orang Islam, saya akan ambil pendekatan berdiam diri.

Selagi ada komen dan kritikan yang diberi, ia bermakna orang ramai masih pedulikan kita. Saya pula tentu saja akan terus memperbaiki kelemahan diri.

Pernah menerima kritikan yang tidak logik dan agak kasar bahasanya, Fathia bagaimanapun tidak mahu cepat melatah dan enggan mengambil pusing dengan kata-kata negatif.

Saya takkan ambil pusing teguran yang dirasakan tidak membantu, terutama ketika saya berasakan saya di pihak yang betul.

Bak kata Fathia, manusia ini tidak sempurna dan kita tidak boleh menjangkakan untuk mereka terus berubah secara mendadak. Perubahan ini ada peringkatnya tersendiri, banyak perkara yang perlu dipelajari untuk betul-betul menjadi seorang muslimah sejati.

Sumber Berita : BH ONLINE

7 responses to Fathia Latiff Terima Teguran Orang Ramai Dengan Hati Terbuka

  1. nok gebuzzz says:

    Alhamdulillah….makin cantik fathia,semoga terus berhijab dan istiqamah

    0

    0
  2. Ella says:

    mcm minah kampung dressing. serabut…

    0

    0
  3. Anonymous says:

    boring la dia ni…

    0

    0
  4. sepaun says:

    Alhamdulillah.. indah ciptaan tuhan :D she’s beautiful..

    0

    0
  5. Kkpl says:

    Fathia ni jembu orgnya.
    Mana la VIP VIP and org org kaya raya mcm drama tv ???
    Takde ke yg nk tackle Fathia ni?

    0

    0