Written by Bella | June 3rd, 2015

Hubungan cinta yang dibina antara Fathia Latiff bersama kekasih, Aiman Hakim Redza pernah dilanda badai sebelum ini dan membuatkan mereka untuk mengambil jalan perpisahan. Namun,  rasa cinta dan kasih sayang yang masih kuat dalam hati mereka menyatukan mereka kembali.  Berbicara soal percintaan Fathia dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia mengakui beliau pernah menangis kerana cinta.

Sudah tentu. Memang pernah. Saya tidak mahu berbohong dan hipokrit. Saya juga jenis yang senang menangis. Tapi tidak mahulah kerana lelaki saya lupa akan kerja yang sepatutnya dibuat. Cinta dan kerjaya, saya perlu seimbangkan.

Berkenaan dengan hasrat Aiman untuk bernikah dengannya, Fathia  bagaimanapun merasakan ia terlalu awal untuk  bercakap perihal perkahwinan dan harus memikirkan perkara tersebut secara masak-masak agar kedua-dua pihak bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar dalam berumah tangga.

Pada masa yang sama Fathia menyatakan beliau  sudah bersedia dengan pelbagai dugaan yang bakal dialaminya jika timbul spekulasi berkaitan dengan Aiman.

Sudah bersedia. Selama bercinta dengan Aiman belum ada lagi soal wujudnya orang ketiga. Aiman sangat ambil berat dan dia memang baik sangat. Penyayang. Dari situ ada potensi untuk masa depan. Jadi kita letakkan harapanlah.

Jika ingin berkahwin pastikan kita sudah benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab selain ingin hidup bersama seseorang yang kita cinta. Adalah lebih baik untuk tidak terburu-buru dalam soal perkahwinan kerana tentu sekali kita ingin ia kekal selamanya.

Sumber Berita: Utusan Malaysia

 

 

20 responses to Fathia Latiff Akui Pernah Menangis Kerana Cinta

  1. aku says:

    la..citer ni pun nak up kat blog ke?? kemon ahh nara….

    0

    0
  2. kay says:

    #lelako…. LOL

    0

    0
  3. anon says:

    smlm aku tgk drama DILB…awat hang terok nya mcm gelupur nak mati time guruh/kilat??? gila wehhh. geli lak tgk hang…dah tua bangka takut kilat???

    0

    0
    • Anonymous says:

      GEDIX..

      0

      0
    • noknokgorgeous says:

      kau mesti tak tengok episod awal sebelum ni kan , gggrrr, watak dia tu trauma dengan kilat, sebab masa dia kecik mak dia kena pukul time kilat tu, gitulah yer ..

      0

      0
    • Anonymous says:

      dh pengarah dia ckp lagu tu dia buat la.. bkn lari smbil bogel pun.. adoii ko ni kta pun drama…

      0

      0
    • Anonymous says:

      Kalau ikut buku cerita, bukan emak dia je yang kena pukul. Dengan dia, dia sekali kena pukul hingga separuh mati oleh bapak dia yang kejam tu. Sebab itulah dia sangat trauma dengan hujan, kilat dan guruh.

      0

      0
  4. hpmurah2u says:

    tajuk artikel yang menggemparkannnnnnnnn

    0

    0
  5. cik tata says:

    Yer la dik non..kalau tak nangis bukan manusia namanyer….

    0

    0
  6. Motte says:

    When there’s nothing to write, lame story mcm ni pun bang nara sanggup tulis. Hence, when there’s nothing to criticize, cerita mcm ni pun i sanggup tinggalkan komen lah.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    menangis kerana allah

    0

    0
  8. dikcik says:

    tp dia ni lawa…..hmmmmmm

    0

    0
  9. zabedah zabit says:

    adoi la…

    mcm ni pun nak up.

    aku tak minat fathia dulu ,kini dan selamanya

    0

    0
  10. abg_gentle says:

    jgn menangis syg fathia…abg kan ade…hehe

    0

    0
  11. OTAK NARA says:

    KEBODOHAN SEORG BLOG BERNAMA NARA….STATEMENT SAMPAH NI PUN DIA NAK UPDATE…TOLOL

    0

    0
    • Skip jerlah tak yah kate org bodo says:

      KEBODOHAN PENGOMEN BERNAMA OTAK NARA .. DAH YG KO BACE KENAPE … KO SKIP JERLAH ENTRY SENDU NIII …. buduuuuuu …..

      P.s: aku pon nyampah gak …

      0

      0
  12. manisa korola says:

    dia ne lawa tp sayang nape nk gigih seksi….

    0

    0