Fasha Sandha Dan Jejai Sah Cerai Talak Satu

Hiburan

Fasha Sandha Dan Jejai Sah Cerai Talak Satu

Pelakon Fasha Sandha, sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 39, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi. Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, tiba di mahkamah pada jam 2.15 petang, sambil ditemani peguam serta beberapa rakan.
fasha sandha jejai berceraiFasha dan Rizal berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1. Jejai pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dianugerahkan anak lelaki, Putra Rayqal, 7.
fashaPengesahan lafaz cerai itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab, ketika prosiding tertutup dalam kamar. Jejai enggan memberikan sebarang komen ketika dihampiri media. Bagaimanapun, dia yang hadir bersama adik iparnya dilihat menangis teresak-esak sebaik meninggalkan mahkamah. Sumber Berita Harian.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...