Kronologi luahan perasaan Fasha Sandha di Twitter semalam (entri di bawah), Harian Metro hari ini mengeluarkan kisah sebenarnya daripada Fasha Sandha. Rupanya Fasha Sandha menujukan emosinya semalam kepada Nora Danish. Ini kerana Nora Danish menyatakan yang Fasha dan Jejai sudah putus 2 bulan sebelum Nora dan Jejai bercuti ke Jepun.
Kerana bengang dengan apa yang dikatakan oleh Nora, Fasha hari ini berkata:-
[note]Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami. “Cukuplah Nora sekadar memberikan kenyataan dia lega kerana bekas suaminya itu cuba mempertahankan yang bukan dia punca perpisahan kami. Nora mengambil langkah tidak betul kerana memberikan kenyataan tanpa mendapat fakta yang benar. “Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,†katanya[/note]
Dan sebenarnya semasa Jejai berada di Jepun, Fasha selalu bergayut lebih sejam bersama Jejai:-
[note]Selalunya, kami bercakap selama hampir sejam. Ini jelas, kenyataan Nora bahawa dua bulan kami berpisah dan Jejai menghubungi saya hanya untuk bertanyakan khabar adalah salah. [/note]
Dan Fasha katanya tak segan silu untuk menunjukkan bukti SMS, BBM dan apa apa lagi bahan untuk menunjukkan kenyataan Nora Danish adalah salah.
[note]Sekiranya, keadaan memaksa saya tidak keberatan melampirkan bukti. Kenyataan Nora semalam memaksa saya untuk memberikan penjelasan berserta bukti yang kukuh. “Saya masih menyimpan semua SMS, BB Messenger dan semua senarai panggilan telefon. Ini saya jadikan bukti untuk menegakkan perkara yang benar. Malah ibu saya juga ada menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun. Pengurus saya dan pembantu peribadi saya juga masih menyimpan semua SMS Jejai pada mereka. Saya harap ini jelas dan tiada lagi spekulasi selepas ini mengenai perpisahan saya dengan jejai. “Cukuplah pengakuan kami sudah berpisah pada 18 Januari lalu. Biar hanya kami berdua tahu puncanya. Saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Ingin juga saya jelaskan di sini saya tidak akan melayan sebarang tuduhan atau fitnah tanpa bukti pada masa akan datang. Sebelum ini diri saya sering difinah dan ditindas oleh sesetengah pihak tanpa bukti. Jadi kali ini adalah masa untuk saya menegakkan kebenaran diri saya fakta Nora adalah salah. [/note]
Hmmm. Bagi Abang Nara, cukup-cukuplah bergaduh kerana lelaki seorang. Agak memalukan kaum wanita. Tapi apa yang dilakukan oleh Fasha pun betul jugak. Abang Nara agak tak faham kenapa Nora Danish nak bagitau yang Fasha dan Jejai dah clash 2 bulan yang lalu. Bak kata Fasha, tak perlu kot masuk campur tentang hal itu.
Yang penting sekarang, semua orang dah jelas dengan apa yang berlaku dan Jejai dan Fasha sudah tiada hubungan apa-apa lagi. Jangan gaduh-gaduh dah. Teruskan hidup masing-masing. Kalau ada jodoh, adalah. Tak gitu? Kredit berita Harian Metro.