Fasha Sandha Akui Tidak Serik Dengan Perkahwinan

Hiburan

Fasha Sandha Akui Tidak Serik Dengan Perkahwinan

Menghadapi pelbagai dugaan dalam berumah tangga dan akhirnya bercerai, Fasha Sandha bagaimanapun tidak serik dengan perkahwinan. Malah, Fasha menjadikan penceraian itu sebagai langkah untuk beliau terus tabah dan meneruskan kehidupan baharu bersama dua orang anaknya.

Advertisement

Serik tu tak, sebab saya bersyukur kerana dapat anak dua orang. Itulah harta yang saya cari 10 tahun dulu. Saya selalu impikan untuk jadi mak, jadi saya tidak serik dengan perkahwinan tersebut.

Selepas mendirikan rumah tangga, Fasha dalam satu program temubual ada membicarakan bahawa perkahwinan itu harus mendapat restu kedua ibu bapa.

Ditanya mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas berkahwin, ini jawapan Fasha :-

Oleh kerana saya tidak pernah ada pengalaman berkahwin, jadi sebelum berkahwin saya fikir sebagai suami isteri, kita boleh meneruskan kelangsungan hidup, tetapi sebenarnya, tidak.

Selepas melalui alam rumah tangga barulah saya sedar bahawa perlu restu, sebab tanpa restu akan berlakulah pelbagai dugaan di tengah jalan apabila melibatkan keluarga.

Apabila diajukan soalan jika beliau masih berhubung baik dengan bekas keluarga mertua, Fasha mengakui tidak ambil tahu lagi mengenai mereka dan biarlah beliau sorang sahaja tahu sebabnya kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Jadikan pengalaman pahit di masa lalu sebagai pengajaran di masa hadapan. Lagipun kami lihat Fasha Sandha kini dilimpahi dengan rezeki yang agak banyak  untuk beliau teruskan kehidupan bersama anak-anak. Kata orang pasti akan ada pelangi selepas hujan bukan?

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...