Wow. Serius Abang Nara tak tahu rupa-rupanya menjadi satu kesalahan untuk memakai uniform tentera dan polis jika tidak mendapat kebenaran daripada Kementerian Pertahanan. Selama ini Abang Nara ingatkan boleh pakai sesuka hati andainya berkemampuan daripada segi wang.
Selepas membaca Kosmo Ahad semalam barulah Abang Nara mendapat tahu mengenai info ini. Maafkan diri ini kerana tersilap sebelum ini. Seram juga apabila membaca yang Farid Kamil mungkin berdepan dengan penjara 2 tahun kerana pemakaian uniform tersebut. Sedikit petikan daripada artikel Kosmo Ahad untuk anda:-
Dengarnya orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid Kamil ke mahkamah atas kesalahan jenayah kerana memakai pakaian tentera. Kata sumber Diva, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama 2 tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Sumber Diva bagi tau, abang askar naik angin sebab Farid pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil.
Abang Nara rasa Farid Kamil pasti ada memohon kebenaran daripada pihak yang terbabit untuk mengenakan uniform tersebut di majlis perkahwinannya. Lagipun sebelum ini Farid Kamil ada memohon untuk memasuki PDRM, jadi semestinya Farid kenal dengan pihak yang terlibat. Kalau tidak masakan ada pasukan pedang yang mengiringi kemasukan Farid dan Diana ketika majlis perkahwinannya. Tak ke gitu? Apa pula kata anda?
P.S: Murah gila harga jualan akhir tahun daripada Gudang.My nie. Jangan lepaskan peluang ini. Klik di sini untuk membuat pembelian anda sekarang jugak. More info boleh layari Facebook Gudang.My.