Written by serenity | July 25th, 2013

Dalam minggu ini, tersebar di Internet dan juga media cetak mengenai kisah seorang pengacara bertudung di sebuah stesen televisyen swasta telah ditangkap kerana mencuri di tempat kerja. Khabarnya, rakan sekerja pengacara itu sendiri yang memerangkapnya, disebabkan selalu berlaku kes kehilangan pakaian yang kemudiannya terpaksa dibayar harganya oleh staf yang tidak bersalah.

Staf tersebut kemudiannya cuba memerangkap pengacara tadi dengan sejumlah wang yang sengaja diletakkan dalam bilik pakaian. Pengacara tersebut telah ditangkap dengan wang tersebut. Pengacara tadi juga dikatakan telah digantung dari mengacara dalam rancangan bual bicara pagi yang melibatkan dirinya.
Semalam akhbar Kosmo! telah menemu bicara pengacara yang dimaksudkan iaitu Farah Diana yang mula dikenali melalui program Akademi Fantasia. Farah bagaimanapun menafikan yang dia pengacara tangan panjang yang dimaksudkan, dan semuanya berlaku kerana salah faham akibat dirinya yang terlalu baik hati.

Sebenarnya, kejadian tersebut berlaku pada hari ketiga Ramadan. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju. Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju. Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya.

Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya. Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa.

Sejujurnya, saya langsung tidak diberi langsung peluang untuk memperbetulkan keadaan tetapi saya dicerca dengan pelbagai tohmahan sehingga saya digelar pencuri, penjenayah dan pendatang. Tiada seorang pun yang bersama dengan (menyokong) saya. Saya cuba untuk hubungi ayah dan suami saya, namun telefon saya habis bateri ketika itu. Jika saya berkata yang benar pun, tidak akan ada yang percaya. Saya hampir pengsan apabila semua orang menyalahkan saya.

Farah juga turut menjawab beberapa persoalan tentang dirinya yang juga pernah dikatakan tidak memulangkan busana yang dipakai semasa mengacara:-

Sepanjang karier saya, tidak pernah terjadi perkara sebegitu. Semua baju yang saya pakai, saya pulangkan semula. Jadi mana isu yang mengatakan saya tidak pulangkan semula baju tersebut. Selama saya bekerja sebagai duta Power Root dan pengacara, tidak pernah sesekali timbul isu ini, dan jika benar saya lakukannya, sudah lama saya diberhentikan atas tindakan tersebut.

Sebenarnya, isu duit tersebut sudah selesai. Tuan empunya duit tersebut sangat bersahaja. Hanya orang di sekeliling yang melebih-lebih. Kita tidak boleh lari daripada ketidakpuasan hati orang lain. Saya amat terkilan apabila saya dituduh atas perkara yang saya tidak lakukan itu. Ini merupakan sesuatu yang dirancang untuk menjatuhkan saya!

Sememangnya ini merupakan satu dugaan pada bulan puasa, dan saya reda dengan segala yang terjadi. Saya serik untuk lakukan kebaikan, apabila apa yang kita buat telah disalahertikan. Sepatutnya, pada bulan baik ini, buatlah benda yang baik dan jangan hanya menuduh benda yang tidak berasas kerana saya mahu berada lama dalam dunia seni ini.

Bagi kami, mungkin lebih baik jika pada masa itu Farah bertemu dengan orang atasan stesen televisyen tersebut atau penerbit rancangan untuk memulangkan wang tersebut bagi mencari siapakah tuannya. Mungkin disebabkan beliau tidak berbuat demikian, salah faham itu telah menjadi menjadi semakin serius.

Untuk makluman anda, Farah akan muncul sebagai penyanyi untuk runut bunyi bagi sebuah drama berjudul Cinderella yang menampilkan Fizo Omar dan Nelydia Senrose tidak lama lagi,

129 responses to Farah AF Nafi Mencuri, Dakwa Salah Faham Kerana Terlalu Baik Hati

  1. sengal.. says:

    mulut orang ni mmg puaka……..

    0

    0
    • ayo says:

      aku pun tak percaya dia mencuri

      0

      0
      • ddd says:

        tak logik langsung..laki die kaya raya… “sengaja memerangkap” nampak sgt org yg buat tu busuk hati… plus… tuan punya duit bersahaja org lain lebih2… sbenarnya mereka saje nk jatuhkan farah..

        0

        0
        • penang mali says:

          kaya raya ke? lol. kalau bisnesman je org anggap kaya raya ya.

          sbb yg aku tengok biasa2 je. bukan orang susah, tapi kaya raya jauh sekali.

          0

          0
        • jenab zen says:

          aku rase farah ni x glemer mana pun org nak jatuhkan dia. klu anuar zen lojik jg org nak jatuhkan.

          0

          0
        • miss ynwa says:

          haiiiiihhh bulan2 puasa pon nak busuk hati lg dengan orang…ak MELAYU yang malu dengan orang melayu sndiri..melayu sama melayu sendiri nk jatuhkan sesama melayu..macam mana nak maju..please lahh kalau sape2 xpuas hati dgn farah ni sebab bonus dia masyukk ke hape jumpe face to face la berani..jgn nak buat perangkap2 mcm ni…esok farah x maapkn ko dunia akhirat sebab 1 malaysia dah gelar dia pencuri..waktu tu mmg layak la muke ko! tak terampun..tuhan mungkin leh ampun..tapi manusia?? tu la..sebelum wat sesuatu pk panjang dulu..bodoh!

          0

          0
        • Anonymous says:

          kalau tak kaya takkan hantaran kawen dulu dekat 30ribu, honeymoon kt maldives… ko ingat peniaga/BUSINESMAN uptown(contoh) yg majoriti nye tak kaya n tak miskin mcm ko kate tu mampu ke? tak semua org kaya kena buktikan dengan tayang ferrari lamborghini or banglo 5tingkat.

          0

          0
        • miss ynwa says:

          YANG DISLIKE komen ak tadi tu sume adalah konco2 yang duk perangkap farah ye?? hati busuk!

          0

          0
        • Mi Casa says:

          dulu kan farah dikatakan tak bayar hutang majlis kawen dia. hrmmmm

          0

          0
        • Fakka says:

          Buat laporan polis la. Tak payah nak membazir merembes air mata, hidung dan telinga. Biar mahkamah tentukan dan membersihkan nama ngko. Biar satu dunia tahu bahawa ngko ni baik hati seperti tajuk gossip ni. Kalau masih ada yang bermulut longkang persis penyalur kumbahan masih mengata dan menghina selepas keputusan mahkamah …
          ngko S A M A N…

          0

          0
        • miss ynwa says:

          bace keseluruhan komen rakyat malaysia….dan membuat 1 kesimpulan :

          a) pengomen yg asyik kondem farah salah = rakyat malaysia suke melebih2
          b) pengomen dislike komen siapa yg tegakkan farah = rakyat ske melebih2
          c) penegak kebenaran terbyk = hati x busuk..cool dlm tiap keadaan
          d) pengkondem terbyk = rakyat msia yg gemar melebih2 dlm keadaan,hatinye busuk, ske over n melebih2!! nyampah

          0

          0
        • K.A.A says:

          macam x percaya je dia buat cmtu.. dia ni kan nampak baik.. sape la pengacara yg menganiaya dia tu…

          0

          0
      • Sasha Disingkir Dari MissWorld2013 says:

        Cantik kulit Farah . Pakai ape ye ? TATE by Dea dari Nora Danish muka penyet tu kew ?

        0

        0
        • win says:

          Aku bekerja di Media Prima & aku tau apa yg berlaku sebenarnya. dan mangsa kehilangan duit adalah kawan aku.
          Hanya org2 yg berada ditempat kejadian tahu siapa yg betul & salah. dan kalau korang baca artikel dlm Kosmo tu 80% adalah tidak benar! Fakta telah diputar belit. padahal dilur ruangan bilik persalinan tu ada ramai krew bertugas. kenapa dia perlu ambil duit tu utk serahkan pada bapa dia yg terang2 BEKAS pengawal keselamatan TV3? kenapa tidak sahaj dia bertanya terus pada krew2 yg berada di situ? dan kenapa ketika ditanya tentang duit tersebut dia perlu ckp duit tu dia keluarkan di airport?
          lg 1 kebanyakan komen2 di sini kesian kpd artis di atas, sedangkan ada kamu semua kesian kpd kawan saya yg terpaksa menggantikan wardrobe yg hilang dgn duit sendiri padahal harga wardrobe bukan murah ye..
          Usah tertipu dgn luaran seseorang. Looks can be deceiving.. Terpulang kpd anda mahu percaya atau tidak!

          0

          0
        • Anonymous says:

          kpd win..
          yee aku tahu..mmg xleh pndang org luaran..ko rase hebat n bangga ke ko buka aib org??xpasal2 org cemuh die..aib org lbh baik jgn buke..aku tahu ko kesiankn mmbr ko..tp sbg umat islam ko xyah la cerita 1 m’sia smua ni..ko tutup aib org,Allah S.W.T akan tutup aib ko dunia akhirat tu yg penting…kalau farah mmg salah ni mmg pgjran terbaik la buat die..Allah dah bls perbuatan die..br die tahu langit tggi ke rndah..kite sape nk buke aib org…ko taw 1 cite x zaman nabi..ade org ni b’juma nabi kita S.A.W utk mgaku yg die berzina..tp nabi palingkan mukanya drp tgk muka org yg mgaku tu..nabi xnk tahu siapa die..dalam islam xsuruh kita ngaku dosa kita pd org ramai.cuma kita bertaubat pd Allah yg maha Esa je..dlm blog ni ade yg aggap farah baik..tp bile ko canang prgai die xke aib??bg aku mmg cara farah nak beri wang pd ayah die mmg xlogik d akal la..mmg btol pe ko ckap..nape xberi pd krew kt lua kn..xpelah die xngaku kt dunia ni n perbuatan buruk die xterbalas kt dunia ni jk die xtaubat nasuha pembalasan d akhirat sane die xleh nk lari..cni die tipu org..hati die xkn tenang pun law wt jht..same2 la kita doakan sahabat 1 agama ngn kita berubah..aku pun bkn baik sgt..tp nk jd lbh baik.xde mnusia yg sempurna kecuali Rasulullah S.A.W….kita smua akn mati..akhrat kekal abadi..jauhkanlah kira dr aib dunia akhrat..Salam Ramadhan ya smua..

          0

          0
        • alia says:

          Win, belum tentu lagi kalau bagi duit kat krew tu, krew tu boleh jumpa pemilik duit tu. Mana tau krew tu yang akhirnya ambik duit tu? Apa pun semuanya bergantung pada niat. Kalau orang dah salah faham nak buat camner? Allah saje yang tahu. Tapi kalau betul Farah niat dia baik, dan korang ni fitnah dia, hm.. fikir sendiri lah.

          0

          0
      • minah jambu tukar kaler merah biru says:

        terambek gak Nye takkkkk bukan Nye dia ambekkkkk ape kate u ustaz don betol tk ape yg minah jambu cakap kn ni …..

        0

        0
    • maria says:

      aku cuba untuk percaya cerita nih.tapi tak boleh. dah lama kot farah dlm industri. xde gossip ape2 pun.mungkin dia dianiaya.

      0

      0
    • ayam jepun says:

      EH !!! SUDAH LAH FARAH ! BAPAK HANG X GUARD YE ! BUKAN MASIH LAGI GUARD ! SO , ???? LU PIKIR LA SENDIRI WAHAI KAKAK YG TERLALU BAIK HATI LAH KONON ! THIS PENYAKIT ” HABIT ” ! MEMANG DAH JADI TABIAT SUKA TAKE N GO ! WALAUPON U MAMPU !

      0

      0
      • minah jambu tukar kaler merah biru says:

        helo ayam jepun…kenape u marah sangat kt farah ni? u pecaya ke yg dia ni mencuri? tengok muka macm minah baik baik aje..kalau minah jambu Nampak duit pon minah jambu soak ! duit oi sape tknk ! bukan Nye mencuri tapi jumpa hehehe selamat berbuka puasa ayam jepunnnn…minah jambu buka jempot jempot bawang aje ini hari ..

        0

        0
        • minah jambu tukar kaler merah biru says:

          sori salah speling…saokkkkkkkkkkkkk !!

          0

          0
        • win says:

          jangan ingat semua org berpikiran sempit mcm awak. anggap semua bend yg awak jumpa terus menjadi harta awak.. cuba tanya ustaz apa hukum mengambil barang yg bukan terang2 milik kita.. waima duit itu 1 sen sekalipun ianya tetap bukan hak kita..

          0

          0
        • minah jambu tukar kaler merah biru says:

          ye lah ! tk ambek pon kene tudoh yg dia curi duit tu lebih baik ambek betol2 kena tudoh pon puas hati !!! dapat jugak buat tmbah2 beli baju raya….jangan nk eksen baik la !! sekarang si farah ni nk kena terangkn kt 1malaysia yg dia tk ambek duit tu leceh kan !!! helo farah buat bodoh sudahhhhhh kalau bukan u yg ambek duit tuuuu tk payah lah u nk terangkn ngan orang2 semua buang masa aje !

          0

          0
      • ayam malaysia says:

        hoooii ayam jepun, ke engko yang sengaja jatuhkan fara tu..
        ko marah sangat dia ni.. haaaaa… Allah nampak.. hahahah

        0

        0
    • Yatie says:

      ermmmm…aku langsung x caya dia mencuri.. agak2 la menuduh org pon… byk sgt ke duit tu yg dia nk curi??? biasa la org kita ni mmg suka judge org dgn mata kasar… x nmpak @ tau citer sebenar trus nk hukum org… x baik la..klu kena kt kita cmne?? dosa fitnah tu lg besar dr membunuh… kesian dia…

      0

      0
    • kiki says:

      Alaaaaa, kalau pkai tudung, seme org ingat suci murni…
      Farah ooiii, kalau tak mencuri, buat PC and laporan polis utk clear name.. Bukan g jaja airmata and cerita kat paper.. duhhhhh

      0

      0
  2. a says:

    macam macam dugaan

    0

    0
  3. mama jelita says:

    semoga mendapat pengajaran baru di bulan puasa ini…

    0

    0
  4. paparazzzoo....no more stranger!!! says:

    org berdengki mmg suka bt fitnah…

    0

    0
  5. macammacam says:

    Dunia sekarang memang celaru. Fitnah sana sini. Tak habis dgn isu artis, isu fitnah sekolah, isu politik, isu sentimen agama dan sebagainya. Berhentilah kita daripada bermusuh sesama Islam.

    0

    0
  6. Lady Red says:

    Lain orang lain dugaan dan cabarannya.. sabarlah Farah… yang benar pasti akan menang…

    0

    0
  7. Lelaki Sejati says:

    “Bagi kami, mungkin lebih baik jika pada masa itu Farah bertemu dengan orang atasan stesen televisyen tersebut atau penerbit rancangan untuk memulangkan wang tersebut bagi mencari siapakah tuannya. Mungkin disebabkan beliau tidak berbuat demikian, salah faham itu telah menjadi menjadi semakin serius.”

    Lu xtau der..jgn memandai,kdg2 kita pun ade hal kene rushing..abg pn penah jumpa hp org tpaksa simpan dulu sbb ade hal nak rushing, 2 jam pastu baru ke pak guard.

    Org kalau hati hitam,otak jadi hitam,semua pk hitam.

    0

    0
    • serenity says:

      Ditulis disitu MUNGKIN. Baca dan bertenang.

      0

      0
    • cha says:

      saya pun tak setuju ngan pandangan ni…

      0

      0
    • minah jambu tukar kaler merah biru says:

      leceh kan nk jumpa orang atas orang bawah ! kalau farah dh kate yg dia tk ambek tu tk ambek lahhhhhhhhh !!! itu terpulang la orang yg nk tudoh dia yg ambek duit tuuuuuuuuuuuuuuuuuu ! eeeeeeeeeee bingai betol orang2 ni lah ! kasi komen semua macm bagos !! kasi pendapat yg meleceh kn diri nk buat happe !!! buat bodoh sudahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! tk lama lagi nk hari raya tkan nk stress ! hepening happening kn diri huh !! asek asek cakap curi duitttttttttttttttttttttttttttttttttttttt sampai mam…….s pon tk habis huh bwekk !!

      0

      0
  8. endon says:

    jangan serik lakukan kebaikkan

    0

    0
  9. nonoi says:

    eh nape simpan duit dalam baju pinjam dipakai untuk shoot?? nak beli ape? da la bulan pose… kekekeke

    0

    0
  10. hoi says:

    betul la tindakan farah tu.kat ofis aku pun,kalau jumpa brg bawak pegi ke pejabat pegawai keselamatan sbb diorg yg akan handle brg2 hilang ni.yg aku sakit hati tu, org lain lak lebih2.sama mcm aku accident haritu.org sekeliling marah2 aku sebab terlanggar moto budak ni.bukannya aku sengaja and bukannya aku langgar lari.aku tunggu situ,siap hantar budak tu pegi hospital.siap byr ganti rugi lg.kdg2 org malaysia terlebih emosi atau sengaja nak buat drama.takde keje lain agaknya.aku boleh sgt faham perasaan farah time org tuduh2 dia tu.bulan puasa pun nak buat onar kt orang.puiiiiii

    0

    0
    • hikari says:

      bapak dia bekas pengawal keselamatn, maknanya bukan kerja situ pun. apsal lak dia nak bagi kat bapak dia. sepatutnya dia bg kat guard yg sedia ada di situ atau produser rancangan lah. kepelikan di situ.

      0

      0
      • ddd says:

        tu niat dia…tak sempat buat pun..belum keluar dr bilik persalinan pun lagi..nk bg terus kat guard ke sape2 pun kne keluar dr bilik persalinan tu dulu..tp kalau belum keluar da kena tgkap, ape lg yg die boleh ckp…nk defend diri sendiri pun xboleh..kita org malaysia dah tak boleh baik sgt… kena wat buta wat pekak je pasni.. kalau ade org nak kena rogol depan mata tolong la jgn ditolong..kang tak pepasal yg membantu kena tuduh balik..mcm dah jadi budaya baru kt malaysia ni

        0

        0
        • musykil says:

          mana ko tau dia belum keluar dr bilik persalinan?

          0

          0
        • miss ynwa says:

          dahhh…sudahhh…kesimpulannye cume..org yg perangkap tu mmg busuk hati..yelahhhhh kannn farah ni ntah2 keje kt situ disukai bos sbb reputasi dye baik ke..pastu dpt lak laki kaya wohoo….thennn yg si pelaku nk jatuhkn farah ni sakit hati la kennn…tu yg buat2 mcm ni..yelerrr dah nama pon ..hati busuk!

          0

          0
        • anti fanatik retis says:

          berangan je ko ni. perangkap sbb dia disukai? kan dah tulis kat atas tu perangkap tu sbb baju asyik hilang?

          0

          0
        • minah jambu tukar kaler merah biru says:

          betol kau cakap tu ddd minah jambu sokong…buat bodoh pon cantek kan..

          0

          0
      • hikarikurangprihatin says:

        HaiiiiLa… lain kali baca bagi faham dlu, bru blh menilai… kan ker dia ckp (Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa) …ngko ni bru lpas UPSR ker… main sondol jekkk,,, Choooiiii, x kosa mak nakkkkkk….!!!

        0

        0
        • jenab zen says:

          tu tak logik. buat apa bagi kat orang luar yg kenal dgn ramai pengawal, baik bg terus kat pengawal yg ada. bukan farah tak boleh jumpa pengawal. bapak dia bukan ada dlm bangunan pun, farah tu pun ulang aluk penang-KL sbb mengacara. bapak dia kat penang rasanya.

          0

          0
        • anti fanatik retis says:

          tu semua org tau. kalau bapak dia pengawal keselaman TV9 mesti lah dia cakap, ni dia cakap bapak dia BEKAS pengawal keselamatan. buat apa dia nak cakap BEKAS tu?

          0

          0
        • nana says:

          pasal bapaknya manager die…

          0

          0
      • anon says:

        bapak dia bekas pengawal keselamatan tv3 as stated there. tv3 dgn tv9 kan under media prima. media prima tu kan satu tempat. bukan satu kat utara satu kat selatan. logikla die nak bgtau kat bapak dia. main employment mesti under 1 management yg sama which is media prima dan who knows bapa dia tau guard tv9.

        0

        0
    • Akus says:

      macam aku pun sama prnh kena tuduh..ms tu nk solat & masuk bilik solat kt tmpt keje ternmpk gelang tngn member kat lantai bersebelahn tmpt dia brsolat..mulanya aku heran jgk tpi aku fikir ” biarlah org punye harta wt pe sibuk”..jd aku pun brlalu prgi & mula solat..sememngnya aku adalah org yg terakhir dlm bilik solat tu..stelah 2 jam brlalu …kwn aku mula mnegelabah cari gelng dia..dgn penuh prihatin aku pun mnjwb yg aku terlht gelangnya kat lantai..lalu dia menuduh aku yg mngmbilnya..alasannya aku adalh org yg terakhir dlm bilik solat tu..sungguh keji penghinaan tu..smpi dia pegi jumpa BOMOH sbb nk cari gelang yg hilang..aku sungguh kecewa ada manuisa spt itu..menunuh tnp usul periksa..bukti pun tiada..

      0

      0
  11. ....................... says:

    Haiii…no komen la..tpi dgr cite bukan kes ni j kan…bnyk lagi kes seblm ni…kalau dia btl atau salah itu antara dia dgn ALLAH la..bulan pose ni malas nk komen lebih2…

    0

    0
    • leman says:

      betol betol. ak dengar cite jugak kt suria.fm katenye pengacare tu kategori mampu +kaye raye.

      masybe die tekene pnyakit suke amek brg org, kan ade penyakite mcm tu, org putih kaji die jumpe wlaupown mampu, memg jni ssuke amek brg org la.

      0

      0
  12. ahkak puaka says:

    ORG BERTUDUNG X SEMESTINYE HATI BERSIH. AKU BKN NK CKP PSL FARAH TP RANDOM. KALAU KO TGK YG BYK LAHIRKN ANK LUAR NIKAH IS PPUAN BERTUDUNG. URMMMM~ POKOK PANGKAL HATI MASING2 LA…

    0

    0
    • kepada ahkak puaka says:

      mmg la btl tu wahai akak puaka..tapi ak tngok muka dye nie xde nk mencuri la
      bknnye suami dia miskin sngt nk bg sejumlah wang..pelik la ak rakyat malaysia nie
      nie sume pakatan nk busukkn nama dia je

      0

      0
      • nana says:

        ko tahu kenapa yg beranak luar nikah bertudung? pasal nk kaver perbuatan die..pastu sok2 dikatakan la pompuan bertudung ni x elok… mcm yg ko ckp tu…

        0

        0
        • lalalal says:

          betul,yg mengandung tu,tiba2 je pakai tudung labuh…pastu salahkan org tudung labuh sosial..padahal dia pakai tudung labuh nak coverline je..

          aku ada classmate free hair and sexy,dia salah potong rambut ,so dia pakai tudung ,tapi masih sexy…
          orang akan igt dia ni jenis bertudung tapi sexy…padahal niat dia just nak pakai tudung rambut x cantek je..
          bukan ikhlas pon

          kalau ikhlas kerana tuhan jarang buat hal..

          0

          0
        • balas komen lalalal says:

          ye xikhlas btudung…tp btudung tu wajib…xkirala tpaksa ataupun tidak…

          0

          0
        • Lembu Gemok says:

          Pakai tudung…sia-sia. Perangai cam setan. Fakka sungguh.

          0

          0
  13. SH says:

    Ujian berat ini hadiah Allah. Nabi Ayub (as) diuji sehingga papa kedana dan tinggal tulang temulang. Sabar…

    0

    0
  14. mak temah cili api says:

    mak temah pernah tertinggal hp dalam taxi. tapi taxi tu pulangkan kat pengawal keselamatan pejabat mek temah. mak temah rasa bersyukur dan doakan semoga dilimpahkan rezeki terhadap pakcik taxi yg pulangkan hp mak temah yang mahal ni. xde pon mak temah kutuk2 pakcik tu.

    0

    0
  15. kakicagu says:

    bleh pulok ko ckp ko terlalu baik hati utk memulangkn??????
    wak luuuuuuuuu…………………………………………………………………………………….????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Salam…
    1. Perangkap cuba dibuat ketika pengadu betul-betul yakin bahawa OKT adalah suspek utama.(Pengadu adalah rakan sekerja di mana mungkin pengadu telah lama memerhati gerak geri suspek sebelum ini).
    2. Perangkap dibuat semasa suspek menukar baju di bilik persalinan – Perangkap yang telah dirancang.
    3. Dalam keterangan suspek, beliau telah nampak wang tersebut tetapi berfikir untuk menyerahkan wang tersebut kepada bapanya (BEKAS PENGAWAL KESELAMATAN TV3) – Mengapa suspek nyatakan ‘berfikir’? Mengapa tidak berikan jawapan seperti ‘mahu menghubungi dan bertanya kepada bapanya, di manakah perlu serahkan wang tersebut’. – Persoalannya mengapa perlu ambil wang dan serahkan kepada bapanya? Sedangkan bapanya telah pun berhenti kerja. Dari situ kita lihat seolah-olah suspek memang berniat untuk mengambil wang tersebut. Mengapa tidak terus hubungi pihak stesen sendiri? Ataupun paling busuk pun, panggil sahaja orang-orang berdekatan kalau ada dan maklumkan terus penemuan wang itu. Contoh ayat..”woi woi woi, aku jumpe duit laa, banyak ni, nak buat camne ek?”.
    4. Akhir sekali. Ya, setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya, dalam kes ini mungkin suspek sudah lama lakukan aktiviti mencuri ini dan Maha Suci Allah beliau tertangkap. Atau sebaliknya, dugaan kepada suspek pada bulan yang mulia ini kerana terlalu baik hati. Wallahualam..
    5. Jika ada pendapat lain selain daripada di atas, dialu-alukan untuk anda berikan. Sekian, terima kasih. Selamat beramal.

    0

    0
    • Anonymous says:

      puhhhhyoooooo cam detektif conan la kau..hahaha…
      yupp ulasan yg baik..pgulas yg hebat bg kes di atas…ape kate g jumpa farah..
      kita xyah duk pk die buat ke die xbuat ke niat die baik ke jhat ke..ckap cni je wtpe baik ckap dkt yg handle kes ni…tp aku tertarik ngn cara pengolahan ko buat..yg no.3 btul jgk ko ckap..
      andai kata die salah skalipun xyah la kita usahakan buka aib die..smua yg jd Allah Taala je taw niat farah..

      0

      0
  17. havang taste says:

    u olls…
    panjang tangan ni sometimes bukan sebab kaya raya..but it just habit!!!….hollywood pun lagu tu ie lindsay lohan., yg duit berkepuk dlm bank tu.
    In this case, malas nak comment sebab bulan puasa gi…!!
    takpe la farah.. anggap ini satu dugaan. Ada hikmah di sebalik nya.
    To all of us, its a lesson that jangan la terfikir utk buat jahat, lambat laun akan mungkin terjerat jua, giteww..!!

    0

    0
    • loli says:

      aku stuju.bkn psal xmampu ke ape.psal habit.ms aku tggal asrama ade sorang bdak tu mcm ni la.mak bapak kaye raye tp sk mcuri.bile org knapa curi dia kata hobi.btw dlm kes fara ni xtau nk ckp pe.sblom ni pon mmg ade yg crita psal dia ni.xsemestinye pkai tudung mst baek..

      0

      0
    • 2424 says:

      mungkin benar ianya penyakit (habit mencuri tu sebenarnya penyakit) mungkin juga mmg benar2 mencuri..wallahualam..kita takde kat sana, kita pun tak kenal Farah, kita pun bukan staff TV3 yg mengetahui lebih lanjut..jadi ada baiknya, zip mulut..itu lebih baik :)

      0

      0
    • debah debab says:

      betul tue, winona ryder pun sama , penyakit ni dipanggil kleptomania , walaupun orng tue kaya tapi bila nampak barang orng lain, akan ada suatu perasaan hasutan yg suruh dia merembat barang/wang tersebut…Jngn tengok org tu bertudung/ low profile dia tak boleh jadi kleptomaniac

      0

      0
  18. mak jemah hot says:

    Sabarlah Farah..Allah sentiasa bersama org-org yg benar..Yakinlah pd Allah..Doa org-org yg teraniaya makbul..Bersabarlah :)

    0

    0
  19. 50/50 says:

    Farah,
    Yg mengetahui kebenaran itu hanya anda dan Allah taala… ambik berkat sempena bulan yg baik ni… berdoa… kalau anda dianiaya..Allah akan membantu anda.. kalau sebaliknya… jdikan ni pengajaran utk anda… apa2 semoga anda tenang dan sabar..kesilapan masih boleh dibetulkan…

    0

    0
  20. senang cengini jer….biar org yg busuk hati perangkap ko tu cium jer jubo ko yg Wangi tu.baru padan muka dia

    0

    0
    • Anonymous says:

      Allah….xpasal2 aku dpt dose mencarut bile bc statement ko..kuang jaq btol la….bln pose ke x same je ko buat eah??hormat ckt derr bln mulia ni..

      story kt ats ini hanya Allah S.W.T n farah je yg tahu…kita yg xtaw lnsung xleh nak kate itu xleh nk kate ini..doakan moga Farah d permudahkan urusanya..diri die tahu mn btol mn salah…die boleh nilai yg mn baik n x..kalau org kate die xbyr hbs time knduri nape org tu nk canang 1 m’sia..nape xtuntut ngn farah?manusia ni mcm2 gaya..xleh nk agak niat manusia ni..n yg kate pmpuan bertudung xsemestinya baik kn..mmg la tp kurang2nye die tahu itu aurat die..die tahu Allah perintahkan pmpuan menutup auratnya ngn sempurna..yg pmpuan xbertudung mcm mn lak?smoga kita terpelihara dr fitnah dunia akhrat..jauhkn dr fitnah dajjal..aaminn..^__^

      0

      0
  21. Pelik says:

    Kalau aku jadi dia pun, aku akan ambil duit bersepah tu dan simpan sebelum dipulangkan. Tapi kalau baju yang bersepah, lantak lah. Unless orang tu pencuri baju, memang dia akan ambil baju tu. So, kalau selalu kehilangan baju, perangkaplah dengan baju juga, bukan duit.

    0

    0
  22. yang says:

    selamat berpuasa semuanya

    0

    0
  23. miss9009 says:

    agak kelakar cerita farah ni..katanya dituduh..tapi org lain buat perangkap sbb banyak kehilangan baju sebelum ni (dan mungkin kebanyakan nya disedari selepas farah keluar dari bilik persalinan..manalah kita tahu kan)..duit yang dijadikan bahan perangkap tu mesti dah diambil no. sirinya dan dimaklumkan kepada pihak ketiga..jadi tak semestinya diperangkap semasa di dalam bilik persalinan sebab itu tak adil pada sesiapa juga yg masuk ke bilik tersebut..jadi pada pandangan saya, mereka yg memerangkap semestinya membuat check pada beg duit staff termasuk farah..dan bila no. sirinya dimaklumkan, tahulah siapa yg mencuri..

    tambah pulak alasan farah tak logic kalau nak serahkan duit tu pada bapak dia yang merupakan BEKAS guard di TV3..apa perlunya beri pada bapak dia? kalau nak beri pada bapak dia, maknanya dia kena bawak balik duit tu ke rumahnya..lagipun adalah tidak logic apabila seorang yg berakal normal seperti farah utk tidak memaklumkan kepada pihak2 berkaitan di TV3 tentang penemuan duit tersebut..atau sekurang2nya sekadar buat pertanyaan umum kepada rakan2 sepejabat samada ada sesiapa tertinggal duit dalam bilik tu dan mintak dinyatakan jumlahnya (supaya tak ada org lain menipu utk claim duit tu), susah sgt ke nak buat mcm tu? Sendiri dakwa diri sendiri baik hati? hahaha..lawakkkk..lawak

    sorry, pada saya, MEMANG JELAS FARAH NI BERNIAT MENCURI SEMASA MENJUMPAI DUIT TU..rasanya dah selalu sgt berlaku kejadian tak diingini berkait rapat dengan Farah..jadi sekarang mmg dah kena buku dengan ruas..tu pasal org2 tua dulu buat seloka/pantun Siakap Senohong tu..dalam maksudnya..jadi sekarang Farah memang dah terkena akibat perbuatan/tabiat buruk diri sendiri..terimalah sejujurnya..dan sila ambil iktibar serta perbaiki diri..

    0

    0
  24. orangez says:

    Bagi kami, mungkin lebih baik jika pada masa itu Farah bertemu dengan orang atasan stesen televisyen tersebut atau penerbit rancangan untuk memulangkan wang tersebut bagi mencari siapakah tuannya. Mungkin disebabkan beliau tidak berbuat demikian, salah faham itu telah menjadi menjadi semakin serius.

    Sebenarnya, isu duit tersebut sudah selesai. Tuan empunya duit tersebut sangat bersahaja.

    nak tulis pn bacalah dlu…dia dh ckp pn dh settle…

    0

    0
    • tak sekolah ke? says:

      Alamak orangez..itu comment Abg Nara lerrr pasal Farah tak bagi duit tu pada pihak sepatutnya..apa punya lembab la kau ni!!

      0

      0
  25. rama rama says:

    Hahaha xyah nak propa la farah.. Org Media prima dah lama dah perati ko.. Ko xcite plak kat kosmo ni, ko claim duit tu ko kuar kat airport? Bile kantoi trus terdiam… Xyah dok fefeeling org nak jatuhkan kau..ape la motip alasan nak bg kat bapak.. Normally org jumpe duit akan bgtau org yg ade kat sekeliling..ni ko diam2 je bile jumpe duit..kuar dgn muke xbersalahnye…

    Don’t judge a book b cover.. Agaknye kalau pamela anderson malaysia yg dituduh, komen2 kat sini penuh ngn laharan je..kalau yg bajet good2, sume xmo caye…

    0

    0
    • azwanali says:

      dlm bulan pose..kita jangan menabur fitnah..kita xnmpk..jd xleh ckp apa2

      0

      0
    • Lelaki Sejati says:

      abg xkan fitnah pamela anderson malaysia sbb die xde ciri panjang tangan.die sesuai utk isteri ke3 abg,dan abg akan bimbing die ke jalan yg benar.hai……xtido malamlah jwbnye…

      0

      0
    • Lindsay Lohan Malaysia says:

      komen rama2 ni bunyik mcm dia tau je crita yg sbnrnya kan. tp ye la kan…kalau dh namanya pencurik, dia akan cari mcm2 alasan utk kaver diri sendiri smpai kdg dia tak sedar crita dia tak masuk akal.

      aku pnah gak jumpa hp dlm tandas opis lama aku. masa jumpa tu punya la aku nervous sbb takut nnti bila kuar je dr tandas n tgh pegang hp tu org pikir aku nk curik hp tu plak. so bile kuar je dr tandas aku trus pg kat department aku n bgtau kat rakan sama team yg aku jumpa hp n aku nk pulangkan kat tuan dia. kompeni tmpt aku keja masa tu agak bsr. staff pun dlm 1000 org. nk pg carik security pun malas sbb opis dorg jauh. so apa yg aku buat…aku check contact list org tu n tjumpa nombo mak dia. aku pon call mak dia n bgtau hp anak dia ada kat aku. punya la hepi mak dia dpt tau hp anak dia selamat. hehe…

      so kesimpulan nya…kalau kita jumpa brg bharga yg bukan brg kita, n kalau niat kita baik n mmg nak pulangkan, jgn d tangguh2. trus bgtau n tanya org sekeliling….sbb bila kita tangguh2 tu la org akan syak sbnrnya…dh tau bukan brg kite..buat apa nk simpan lama2? sengaja nk cari nahas ade la….

      0

      0
  26. yati says:

    asal aku rs cam dia nye alasan tu x make sense ek..xpe la nak tgok dia ada lagi tak jd pengacara dlm sebulan 2 ni, kalau maintain je mmg xde bnda la kot

    0

    0
  27. wait says:

    Saya kenal Diana. Peribadi baik. Dia bukan orang macam tu. Mungkin perangai dia yang lurus tu buat orang ambil kesempatan pada dia. Semua keluarga Diana pun orang baik2. Kesian dengar dia kena macam ni. Tak apa Diana, Ini dugaan, Allah nak kasi ujian. Sabar.

    0

    0
  28. mohamadazwan says:

    kekadang bila aku baca komen2 hentam nie..kelakar gak..bila tau ke kebenaran org 2 xsalah..tetap hentam..walaupun bukti org 2 xsalah kuar pn..dia tetap hentam..aku ase mmg dia nie xreti nk terima kenyataan

    0

    0
  29. MakJemah says:

    agak kelakar cerita farah ni..katanya dituduh..tapi org lain buat perangkap sbb banyak kehilangan baju sebelum ni (dan mungkin kebanyakan nya disedari selepas farah keluar dari bilik persalinan..manalah kita tahu kan)..duit yang dijadikan bahan perangkap tu mesti dah diambil no. sirinya dan dimaklumkan kepada pihak ketiga/keempat dan sebagainya..jadi tak semestinya diperangkap semasa di dalam bilik persalinan sebab itu tak adil pada sesiapa juga yg masuk ke bilik tersebut..jadi pada pandangan saya, mereka yg memerangkap semestinya membuat check pada beg duit staff termasuk farah..dan bila no. sirinya dimaklumkan, tahulah siapa yg mencuri..

    tambah pulak alasan farah tak logic kalau nak serahkan duit tu pada bapak dia yang merupakan BEKAS guard di TV3..apa perlunya beri pada bapak dia? kalau nak beri pada bapak dia, maknanya dia kena bawak balik duit tu ke rumahnya..lagipun adalah tidak logic apabila seorang yg berakal normal seperti farah utk tidak memaklumkan kepada pihak2 berkaitan di TV3 tentang penemuan duit tersebut..atau sekurang2nya sekadar buat pertanyaan umum kepada rakan2 sepejabat samada ada sesiapa tertinggal duit dalam bilik tu dan mintak dinyatakan jumlahnya (supaya tak ada org lain menipu utk claim duit tu), susah sgt ke nak buat mcm tu?

    sorry, pada saya, MEMANG JELAS FARAH NI BERNIAT MENCURI SEMASA MENJUMPAI DUIT TU..rasanya dah selalu sgt berlaku kejadian tak diingini berkait rapat dengan Farah..jadi sekarang mmg dah kena buku dengan ruas..tu pasal org2 tua dulu buat seloka/pantun Siakap Senohong tu..dalam maksudnya..jadi sekarang Farah memang dah terkena akibat perbuatan/tabiat buruk diri sendiri..terimalah sejujurnya..dan sila ambil iktibar serta perbaiki diri..kalau berpenyakit (suka mengebas hak org sekiranya berpeluang), bawak2lah jumpa doktor..

    0

    0
    • Anonymous says:

      ko nak copy paste sampai 5 page ke? skali je x boleh?

      0

      0
    • Anonymous says:

      naknye buke aib org..naknye canang aib org smpai rela copy paste n tmbh ayt ckt..hurmmm….farah sa;ah ke tak sape kite nk war2kn pd org rmai??kes dh settle pun…law farah salah mmg niat nk mencuri ade hkmah la bnda ni kantoi..nk beri pngjaran..spndai2 tupai lompat xcdent jgk nanti..tetapi andai kate die xde niat xke 1 fitnah namanya…dosa fitnah ni lbh berat dr dosa membunuh taw..

      0

      0
    • Mak Jemah takde pendapat says:

      hahaha..Mak Jemah copy paste Miss9009 ye? Tambah perisa sikit..Mak Jemah takde pendapat sendiri ke Mak Jemah? hahaha

      0

      0
      • MakJemah says:

        alaa..MakJemah sebenarnya setuju dgn Miss9009 tu..copy paste sikit2 pun nak kecoh ke..kan MakJemah ada tambah2 sikit tuu..kira ok la kannn..huhuhuhuhu

        **Sorry ek Miss9009..Selamat Berpuasa, Selamat Hari Raya in advance dari MakJemah :-)

        0

        0
  30. no says:

    aku xpcaya farah buat keje gini.

    0

    0
  31. Sue says:

    Kalau jatuh kat saya lah kan…memang saya akan terus panggil pekerja/sape2 yang saya nampak masuk bilik persalinan tu sebagai saksi sebelum ambik duit tu dan bawak jumpa pihak yang bertanggungjawab (kalau takut duit tu hilanglah). Kalau rasa was-was nak buat, biar je duit tu kat situ. Berdoalah supaya tuan punya duit jumpa balik. Itu bahagian dia. Jangan cepat menunding jari kepada orang. Biarlah mereka siasat. Kepada yang pasang perangkap tu, saya cuma nak bagitau itu bahagian kau. Antara kau dan Yang Esa. Memerangkap orang untuk melakukan kesalahan tidak membezakan kau dengan dia pun. Sama-sama berdosa.

    0

    0
  32. l says:

    saya pernah masuk toilet then nampak ada purse tertinggal. niat baik, nak bawak keluar purse pulangkan pada service centre ke so that diorg boleh buat announcement. buka je pintu toilet ads perempuan tunggu muka mcm marah terus ambil purse tak ckp pape. mesti dia igt sy nak amik purse die. sedih juga tapi Allah tau niat saya.

    0

    0
    • kak chah says:

      kejadian mcm tu tak boleh disamakan mcm kes farah ni..dia kes lain..fakta berbeza, modus operandi pun berbeza..apapun, perkara tak nampak depan mata, so bersangka baik aje dah la..kalau betul dia curi, then semoga kejadian ini dijadikan pengajaran supaya tak buat lagi..kalau difitnah, ada balasannya kelak..

      0

      0
  33. FARAH says:

    Sah sah ak panjang tangan..:) kau ada???

    0

    0
  34. Akus says:

    macam aku pun sama prnh kena tuduh..ms tu nk solat & masuk bilik solat kt tmpt keje ternmpk gelang tngn member kat lantai bersebelahn tmpt dia brsolat..mulanya aku heran jgk tpi aku fikir ” biarlah org punye harta wt pe sibuk”..jd aku pun brlalu prgi & mula solat..sememngnya aku adalah org yg terakhir dlm bilik solat tu..stelah 2 jam brlalu …kwn aku mula mnegelabah cari gelng dia..dgn penuh prihatin aku pun mnjwb yg aku terlht gelangnya kat lantai..lalu dia menuduh aku yg mngmbilnya..alasannya aku adalh org yg terakhir dlm bilik solat tu..sungguh keji penghinaan tu..smpi dia pegi jumpa BOMOH sbb nk cari gelang yg hilang..aku sungguh kecewa ada manuisa spt itu..menunuh tnp usul periksa..bukti pun tiada..

    0

    0
  35. panjang sedepa... says:

    aku mmg xcaye lsg si frah sggp buat pkra tktuk ni..
    clake sial mana yg tgmak nak aniaya pmpuan baik cam frah..
    in prson aku knal dia camner..
    sbar frah ni sume ujian allah..
    jgn bdiam dri bktikan anda diphak yg bnar..

    0

    0
  36. panjang sedepa... says:

    clake sial mana yg tgmak nak aniaya pmpuan baik cam frah..
    in prson aku knal dia camner..
    sbar frah ni sume ujian allah..
    jgn bdiam dri bktikan anda diphak yg bnar..

    0

    0
    • berdepa-depa panjangnya says:

      kalau cara kau bercakap mcm org takde agama mcm ni, aku boleh bayang farah tu mcm mana pulak..kawan2 ni selalunya sekufu..kau baca statement kawan kau tu, takke statement nak memutar belit tu? nampak benau la farah tu kaki selebet barang org..silap2 kau pun sekali..kawan la katakannnnn

      0

      0
  37. famil says:

    Jangan serik membuat kebajikan, jika beliau berada dipihak yang benar. Kebenaran akan terbukti.

    0

    0
  38. guli pecah says:

    bulan baik hari baik…berperasangka baik jak lah. Berani kerna benar. Harap2 farah sabar.

    0

    0
  39. abcd says:

    komen2 lagi panas n sensasi dari crita farah..

    0

    0
  40. izara busuk terkankang says:

    sah2 la die!mcm la org tau

    0

    0
  41. Apa2jew ler says:

    Ini ada habit…….seseorang wlupn kaya….mampu tpi klau ada sikap nk curi mmg die wat jgk…prnh trjdi isteri boss suka mncuri…..yg pelik nya wanita ni mampu mmbeli tpi da ada sikap panjang tgn jdi nk jgk mncuri…..klau die mncuri ada satu kepuasan big nya…..

    0

    0
  42. nia says:

    tk tw la nk ckp pe ..hnya ALLAH S.W.T yg thu sgalanya2…niat buruk,bulan baikk mmg akn dpt cash….if niat baik..org yg fitnah la akn terima padah……

    0

    0
  43. Anonymous says:

    first time baca, tertarik dengan kenyataan dia yang ni,
    “Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini.”
    kenapa cakap bulan Ramadhan je? selalunya orang kalau tak pernah buat akan cakap tak pernah buat langsung seperti apa yang diperkatakan orang lain. hurm…tah, maybe aku je kot yang terlebih fikir ayat dia tu.

    0

    0
  44. aaaajs says:

    dsafs

    0

    0
  45. Beautiful narong says:

    Salam..sy bersetuju dgn beberapa pndapat diatas dimana yg farah mmg ada niat utk mencuri..sy berkerja di shoping kompleks,mmg biasanya mmg ada pencuri tegar yg biasa dtg mencuri..dan besenye mmg org yg sama..kami mmg kena aim dulu,kdg2 smpai bulan2 dan rugi smpai beribu ringgit..bila betul2 dah ada bukti,baru boleh tgkap n bawa ke bawa ke balai…walaubagaimanapun sy tgk dr peribadi farah,bertudung,dan biasanya kita mmg memandang tinggi dgn org bertudung,,harapnya klu betul farah buat,harap dia insaf lah,klu die betul x buat, mintak Allah tunjuklah siapa yg buat pkara x elok ni,,apapun kite doakan yg tebaik utk farah…

    0

    0
  46. ABANG NARA says:

    TO ABANG NARA!!!!!

    Aku cuma nak bagi nasihat.. nasihat kepada abang nara sebagai penulis blog gosip artis.. sudah-sudahla tu aibkan orang lain bro.. orang yang ko aibkan tu ada keluarga, ada maruah dan ada hati dan perasan.. cuba sekali waktu ko menulis, ko letakkan diri ko dalam situasi artis tu.. ingat bro.. apa yang ko tulis pasal farah ni.. aku rasa dalam hal ni ko yang bersalah dalam mengaibkan nama farah dan aku rasa ramai lagi artis lain dah berjaya ko aibkan melalui gosip2 yang lepas… kenapa aku cakap camtu??

    SEBAB…. ko ‘HEBAT’ bro sbb ko org pertama yang tunjukkan siapa artis wanita yang ditangkap stesen televisyen kerana mencuri ni… ko yang tunjukkan artis tersebut ialah farah… congrats bro.. ko memang hebat dalam mengupas isu untuk membuatkan orang ramai membaca blog ko ni disamping BERJAYA mengaibkan seorang anak, ahli keluarga, isteri dan ibu… fikir bro.. benda ni jadi pada 3 ramadhan.. skrg dh 16 ramadhan… selama tmpoh tu, xde sorang wartawan pon yang sebarkn farah ialah artis tu… kosmo pon berlapik.. sebabnya farah ada hubungan baik dengan semua wartawan.. kerana wartawan hormati sikap baik dia… farah hanya dikutuk dan dihina oleh masyarakat selepas ko sebarkan gosip tu ialah farah… tak cukup ko siarkan di blog… ko post pulak di fb ko… ko memang hebat abang nara… ingatlah dan muhasabah diri anda bro.. aku hanya bagi nasihat sebab dah lama aku perhatikan cara ko menulis.. kalo berita gembira, ko akan puji artis tu melambung.. dan kalo ada gosip pulak ko akan menghentam sehingga artis tu jatuh.. yes ini blog ko.. ko ada hak.. tetapi artis2 juga punya hak… hak sebagai manusia,insan dan makhluk ALLAH yang punya hati, perasaan , dan maruah diri dan keluarga yang perlu di jaga…

    P/S : maaf kalo kata aku menyinggung.. hanya menasihat

    0

    0
  47. hantu raya says:

    muka nampak macam baik…

    0

    0
  48. nak raya says:

    ramai pulak yang cerita kebaikan sendiri kat sini..hahahaha

    0

    0
  49. halalan toiyiba says:

    NAK BAGI DUIT TU PADA BAPAK KAU YG BEKAS JAGA KAT TV3??? SOALAN AKU –>> .ARE YOU A 5 YEAR OLD??? TAK RETI NAK FIKIR SENDIRI KALAU JUMPA DUIT ATAU HARTA ORG LAIN??? ALASAN TAK MASUK AKAL LA FARAH..ALASAN YG NAMPAK SGT BOHONG MCM NI MENUNJUKKAN KAU MEMANG KAKI KEBAS..KAN DAH KANTOI.. PATUTNYA KAU MALU DENGAN PERBUATAN SENDIRI DAN AMBIL IKTIBAR, BUKANNYA MENIPU BERBELIT2 MCM NI..INGAT2LAH AWAK TU ADA AGAMA..JGN BERSELINDUNG DI BALIK AGAMA UNTUK LAKUKAN PERBUATAN SALAH..ISLAM TAK HALALKAN MENCURI..

    0

    0
  50. saloma says:

    kalau aku ada anak yg perlu disusukan, ada anak utk dipakaikan lampin dan dibelikan baju raya, ada rumah utk dihiaskan dengan kain langsir baru, persiapan nak beli kuih-kuih raya……rasanya aku rasa pun terdesak utk ambik duit yg banyak depan mata..walaupun aku bertudung…

    0

    0
    • minah jambu tukar kaler merah biru says:

      ape yg kau cakap kn ni tk salah tapi semua Nye betol belaka……duit duit duit kenape laaaaa minah jambu tk jumpa duit sebanyak itu ??????????? kalau jumpa kan bagos !!!

      0

      0
  51. saloma says:

    Maksud aku logik je kalau farah sanggup mencuri..kita tk pasti bila seseorg terdesak. Nampak berduit, hutang piutang dia mana kita tau

    0

    0
  52. Peragut says:

    Negara ada undang undang.. Bukan dok dalam hutan pun.. Ko buat salah atau ko tak bersalah, biar mahkamah tentukan… Ada bukti, maka ko salah.. Takde bukti, maka ko tak bersalah.. Ko sepatutnya tak menangis bagai kalo ko di pihak yang benarrr…

    Peace Yooo… Sila dislike komen aku.. Kui kuikui

    0

    0
  53. Bujang terlajak says:

    Wahai Farah breep breep. Dulu kami peminat setia awok. Tapi lepas kejadian awak menipu kami dengan memutar belit cerita labur wang atas nama power roots . Kami teringin nak meludah muke awk farah breep breep.

    0

    0
  54. abc says:

    Salam kepada semua, di bulan ramadhan ni, bulan baik, bulan mulia, jangan lah sibuk2 hal orang boleh? farah tu manusia jugak, kalo die salah, sure nnt mmg ade hukuman dia, sama ada tindakan pihak tertntu or dr Allah Swt. Kalau die tak salah pulak, pasti jugak akan diketahui kebenaran dia. Allah itu Maha Melihat dan Mengetahui. Sapa kita nak judge dia? sudah2 laa tu, sia2 je puasa nnt tauu :) peace.

    0

    0
  55. wawa says:

    erm.. nk caye pun xleh..xnk percaye pun xleh gak..sbb nye mmg ade jenis org yang even die kaya tp jenis yg suke mencuri..aku pernah kenal ngn org mcm ni..die ni kontraktor yg men biz ratus2 riban..tp bile g umah org, nmpk bju cntik ke pinggan mangkuk cntik die akan amek.. padahal duit die yg melambak tu leh beli pinggan yg 10x lagi mahal dr yg die curi tu…

    0

    0
  56. Ozil says:

    Banyak yang jadikan isu bapanya sebagai BEKAS pengawal keselamatan disitu dan mengapa tidak diberikan kepada pengawal terus. Ya betul bapanya bekas pengawal keselamatan disitu, tapi bapanya juga masih pengawal/manager kepada Farah ke mana saja Farah pergi untuk berkerja walaupun sudah berumahtangga. Jadi, apabila Farah mengatakan dia hendak beri kepada bapanya, ketahuilah wahai mereka yang tidak mengetahui bahawa bapanya berada di Media Prima juga.

    Untuk pengetahuan, kes tersebut selesai pada hari kejadian setelah Farah dan management Media Prima dan sponsor baju bertemu di satu bilik dan selesaikan hal ini. Dimaklumkan pihak yang ideanya meletakkan RM500 sebagai umpan juga tururt meminta maaf dr Farah.

    Kalau betul Farah mencuri, mengapa Farah yang harus membuat report polis? Agak bodoh komen sesetengah pihak disini apabila tidak punyai ilmu dalam undang-undang tapi gaya berlagak seolah ilmu penuh didada. Penuduh haruslah membuat laporan polis bukan tertuduh. Mengapa tiada laporan polis? Mengapa sampai sekarang rakaman CCTV tersebut masih tidak ditunjuk? Saya staff Media Prima dan saya berada ditempat kejadian! Nyata perangkap itu dilakukan untuk menangkap org yg sering mencuri pakaian di wardrobe. Bilik persalinan artis boleh dimasukki oleh sesiapa sahaja, pintunya sentiasa terbuka. Even kalau pengacara tgh on-air sekalipun bilik itu terbuka pintunya.

    Disini bukanlah tujuan saya hendak mempertahankan Farah, tetapi hanya mahu berkongsi sedikit kebenaran agar kita tidak terjerumus dalam budaya fitnah/aib yg mendatangkan dosa. Percaya atau tidak terpulang, tapi pada yang kononnya ada bukti dan sebagainya, sila laporkan kepada pihak berkuasa, bukannya beri perspektif negatif terhadap umum.

    0

    0
  57. Just says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: 0 0

    0

    0