Runtun hati ini apabila membaca “tweet” yang ditulis oleh anak Ketua Pramugara MH370, Maira Elizabeth Nari selepas pengumuman mengenai kehilangan pesawat itu di Lautan Hindi. Menerusi akaun Twitternya @Gorgxous_, Maira telah berkongsi gambar ayahnya dengan caption “We love you, but He loves you more. * hugs *“.
Sebelum ini Maira sering dilihat menulis kata-kata positif dan sabar menanti kepulangan ayahnya. Sesungguhnya hanya Maira sahaja yang tahu bagaimana rasanya mendengar berita terkini mengenai MH370.
Pengacara dan deejay HotFM, Fara Fauzana turut berkongsi beberapa perbualannya dengan Maira. Abang Nara terharu dengan usaha Fafau yang cuba menceriakan hati Maira. Satu usaha yang murni dan harus dipuji.
Tulis Fafau di akaun Instagramnya:-
ini cerita 15 hari sebelum hari ini.. mcmana sy bole follow Maira? sama seperti kamu, semuanya disebbkan kuasa RT. saya follow Maira kerana mahu tahu sampai mana tahap kecekalan gadis berusia 18thn ini.
benar… ada ramai lg keluarga diluar sana tetapi dek kerana si anak muda & dunia media social tdk dpt dipisahkan maka Maira kelihatan spt ‘mewakili’ suara & rasa keluarga yg lain.
tepat sekali, Maira sgt cekal! sgt positive! kdg kala saja terdengar dia mengeluh. niat dihati mahu berkongsikan sesuatu utk tatapan dia sahaja maka saya memberanikan diri utk DM (bukan apa, takut ketika dan waktu yg tdk mengiznkan bakal mengundang benda yg tdk baik dipihak dia) … dibalas? yes with a positive respond spt yg dijangka
fyi – saya menggunakan cara yg sama kpd beberapa rakan celebriti yg mungkin anda ingat kami saling kenal mngenali namun realitinya tdk. DM pernah saya gunakan kpd mereka, alhamdulillah kami berkwn spt kenal sejak kecil (u knw who u are my dear friends)
anda nak follow cara saya … terpulang kerana saya juga sama seperti kamu
Diharapkan Maira dan ahli keluarga lain terus tabah dan cekal menghadapi dugaan ini. Berikan kata-kata semangat anda kepada Maira menerusi akaun Twitternya di @Gorgxous_. Semoga kata-kata positif kita sedikit sebanyak akan memberikan semangat kepadanya.