Fara Fauzana Bakal Berkahwin Dengan Ahli Perniagaan?

Hiburan

Fara Fauzana Bakal Berkahwin Dengan Ahli Perniagaan?

Rasanya ramai bukan yang ingin melihat Fara Fauzana mendirikan rumah tangga? Iyalah, beliau sudah berjaya didalam kariernya dan peminat juga mahu beliau bahagia didalam kehidupan bersama insan istimewa.

Advertisement

Terbaru, menurut laporan Kosmo! Online, Fara dikatakan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dalam masa terdekat.

Ini kerana, Fafau dijangka bakal mengadakan satu sidang media khas untuk mengumumkan berita gembira tersebut hari ini.

Malah, kad undangan yang dihantar kepada media pada  hari Jumaat lepas tertera perkataan RSVP untuk sidang akhbar itu sehingga ia mula mencetuskan spekulasi tentang pengumuman kahwin Fafau.

Benarkah Fafau bakal berkahwin? Jika ya, tahniah kami ucapkan kepada beliau. Apa-apa pun, kita nantikan pengumuman lanjut mengenai berita ini daripada Fafau sendiri nanti.

Sumber Berita : Kosmo! Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...