Written by Bella | March 3rd, 2016

Hampir 10 tahun tercalon dalam Anugerah Juara Lagu, dan memberikan gimik persembahan yang cukup menarik seperti piano terbakar dan cuba melepaskan diri didalam air, Faizal Tahir mengumumkan beliau tidak akan lagi bertanding dalam AJL bermula tahun hadapan.

Faizal menjelaskan beliau tidak berkecil hati kerana kurang berjaya dalam AJL 30 lepas tetapi beliau mempunyai sebab lain dan berharap agar peminat menerima serta faham dengan keputusan yang dibuat. Malah, Faizal juga meminta agar peminat terus menyokong kariernya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Assalamualaikum itu pernah mencipta sejarah apabila memenangi tiga kategori sekaligus  iaitu Vokal Terbaik, Juara Kategori Balada dan Persembahan Terbaik menerusi lagu Sampai Syurga pada AJL 27.

Nampaknya kemunculan beliau pada AJL 30 yang lalu adalah yang terakhir buatnya. Walau apa pun kami pasti ramai yang akan tetap menyokong anda diluar sana. Teruskan membuat lagu dengan mesej positif dan anda sememangnya antara penyanyi yang cukup berbakat di Malaysia.

Sumber Berita : Harian Metro

15 responses to Faizal Tahir Umum Tidak Akan Sertai AJL Mulai Tahun Hadapan

  1. Really??? says:

    BUt whyyyyyy????

    Tapi quality AJL pun dah macam hambar je lately…. penaja que putih ber-mecury… dah hilang prestij nya…. pengacara pun entah apa-apa tah… penyataan lampu koyak… TV3 kena revamp format AJL…

    0

    0
    • kul says:

      Sokong
      Really???
      says: March 3, 2016 at 12:40 pm
      Memang sya pun dah lama x tengok AJL…sejak tahun 2000.
      dah x mcm dulu2,,pastu yg memang pulak org yg sama lagu ntah pe2.
      low betul.

      0

      0
      • Anonymous says:

        bagus la..sejak tok pink panther tu taja…AJL dah x de klass. semoga ramai lagi yg undur. buat malu je.

        0

        0
      • AKU SOKONG KAU FAIZAL TAHIR!!! says:

        Aku dah lama agak dah. Sorry to say lah tapi sejak Akim & The Mejistret tu menang AJL baru2 nih, Aku rase AJL nih dah hilang standard n quality. Kalau Dayang Nurfaizah menang tuh aku xheran ok, dia dah dekat 20 tahun dalam industri nih. Kalau Faizal Tahir menang pun aku xheran sebab semua org tahu perjalanan karier dia dan quality lagu2 dia. Tapi Akim & The Majistret nih grup masih baru dan lagu2 mereka pun agak “Mee Segera”.(kalau kat indonesia byk grup band baru mcm nih wujud setiap masa). Golongan remaja jer yg fanatik sangat dgn mereka nih. Award sepatutnya dinilai berdasarkan quality dan standard bukan berdasarkan siapa yang paling banyak sorakkan peminat2 remaja.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Bukan saja lagu2 hambar, mutu dan kualiti produksi pun dah mula menurun. Penaja pulak menyemak majlis. Sayang seribu kali sayang.

          0

          0
  2. pemekik AJ not AJscreamers says:

    Berita gembira untuk Ayda Jebat

    0

    0
  3. cik nin says:

    comel2 anak FT…pasal AJL tu hmm aku pon dh hilang minat nk tgk..ntah hape2 jer

    0

    0
  4. ., says:

    Awal nye give up…

    0

    0
  5. Sabri Ali @ Nick says:

    Baguslah tuh.. Walau tanpa Faizal Tahir, JUARA LAGU tetap tak macam dulu-dulu lagi..

    0

    0
  6. Lah says:

    AJL beberapa tahun lepas nampak mcm Anugerah yg x berprestij. Dulu aku ternanti-nanti skg…x tengok pun rasa x rugi. Lagu2 x sedap!

    0

    0
  7. qu hangit says:

    AJL best bila ada kategori2 dulu lagu sedap2 artis best2 ajl …lagu sekarang x best kalau makcik dr palsu qu puteh x menyemak pun ajl takkan best macam dulu

    0

    0
  8. blinklily says:

    rindu zaman2 AJL time siti nurhaliza,noraniza idris,m nasir,ziana zain..meriah sgt & nampak sgt kompetetif sebab semua lagu yang ke final mmg betul2 berkualiti..dengan takde penaja yang over-exposed,pengacara yg bersahaja,semuanya nampak perfect..silap2 haribulan,lepas faizal tahir ni,dayang nurfaizah pulak tarik diri..

    0

    0
  9. FT says:

    NO!!!!Alahaii..aku kalau bab2 AJL ni memang aku tengok kalau Faizal Tahir yg bertanding..ni kalau dah dia tak join mmg tak lerrr aku nak tengok..lagi2 kalau Akim join..bosannnn!!nyanyi mcm kena rasuk je.. -_-

    0

    0
  10. salman says:

    faizal ni orang agama.. dia tau mana buruk baik.

    0

    0