Written by Bella | May 11th, 2015

Fahrin Ahmad menjelaskan beliau mempunyai alasan tersendiri untuk  merahsiakan hubungan percintaan beliau dan enggan komen secaa lanjut mengenai beberapa spekulasi yang melanda dirinya dan isteri Elena  Hani walaupun belum satu hari mereka bergelar suami isteri.

Sejak saya umumkan yang saya akan berkahwin, timbul macam-macam tekaan dan dakwaan kononnya bakal isteri saya cikgu, pramugari dan janda beranak satu. Tapi saya bukanlah bersikap prejudis pada wanita janda atau kepada mana-mana pihak sekalipun.

Namun, itu sudah menimbul cerita yang bukan-bukan. Jadi, langkah terbaik untuk membendung daripada terus timbul macam-macam lagi cerita, saya rasa elok saya berahsia.

Bukan mudah untuk menyimpan rahsia yang agak besar apatah lagi jika memegang status sebagai seorang selebriti. Fahrin bagaimanapun merasa syukur dan berterima kasih kepada keluarga dan rakan baik beliau kerana memahami keadaan beliau dan tidak pernah menceritkan rahsianya kepada umum.

Kerahsiaan itulah yang membawa kepada kelancaran majlis kami pada hari ini dan ia penting untuk kami menjaga hati banyak pihak.

Saya perlu menjaga hati keluarga mentua saya yang mana mereka tidak biasa terdedah dengan dunia saya sebagai seorang selebriti. Jika saya beritahu yang saya akan berkahwin pada tahun ini, saya rasa tentu situasinya mungkin tak terkawal.

Dalam tempoh setahun itu, bukan mudah sebenarnya untuk menyimpan rahsia ini. Saya akui, bukan tidak ada yang tahu tentang hal perkahwinan saya ini kerana ada yang tahu saya pergi kursus kahwin. Allhamdulillah, saya nampak hikmahnya sangat besar. Saya bersyukur, kerana di kelilingi ahli keluarga yang sangat amanah.

Bercerita mengenai perkenalan mereka, Fahrin dan Elena mengikuti jurusan yang sama ketika melanjutkan pelajaran ke UiTM tetapi tidak pernah rapat sebelum ini. Setelah beberapa tahun membawa haluan masing-masing, terdetik di hati Fahrin untuk bertanya khabar dan kemudian berkawan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Sementara itu, Fahrin memberitahu mereka tidak merancang mengadakan resepsi dalam masa terdekatini memandangkan dia dan Elena sibuk dengan jadual kerja yang padat.

Hari ini, Fahrin akan mengikut isterinya yang bertugas sebagai pramugari Emirates Airlines  pulang ke Dubai dan kemudian mereka akan pergi bercuti bulan madu ke dua lokasi kegemaran Elena iaitu ke Venice, Itali dan Nice, Monte Carlo.

Siapa sangka pertemuan selepas 17 tahun berpisah nyata jodoh telah mempertemukan mereka kembali. Kepada Fahrin Ahmad dan Elana Hani semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Malaysian Digest

9 responses to Fahrin Ahmad Terbang Ke Dubai Bersama Isteri

  1. elkyra says:

    tak habis lagi ke kisah fahrin ni.. NEXTTTTTTTTTTTTT

    0

    0
  2. meah says:

    cantik memang cantik sangat sepadan … xbekenan 1 ja… masa nikah tu napa kuku bkaler2……..

    0

    0
    • ntah pape says:

      rasanya mcm wife fahrin tu tak pakai ape2 inai atau kaler warna warni pun kat kuku dia masa nikah tu..atau sy salah pandang…ermmm

      0

      0
    • Anonymous says:

      Ahmad Maslan mengamuk, label penfitnah ‘bangkrap’ moral…. Anyway, tahniah kpd DYMM Sultan dan kerajaan negeri Johor yg akan memansuhkan GST. Kerajaan yg peka dgn rintihan rakyat nya dengan menyerap semua kos GST oleh kerajaan pusat.

      Daulat Tuanku !!!

      0

      0
  3. Khan says:

    Erm mcm tk hbis2 je cite si fahrin ni. Dah kawin dah selamat ok le tu. Sakinah dgn ramona pun senyap dah, tpi yg cite fahrin ni asyik bape kali tah klua.. Ye kami dah fhm yg die org ni mmg sengaja simpan story bcinte diam2.. Dah la tu

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Bella/nara, Nice tu dekat France, bukan Monte Carlo.

    0

    0
  5. aku says:

    doakan terbaik utk mereka

    0

    0
  6. kerabu manggis says:

    Huntung la dpt g Dubai dgn orang rumah…kalau kawin dgn ezreen, agknya gi Dengkil je lerrr.

    0

    0