Written by serenity | September 9th, 2014

Dua tiga hari ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Fahrin Ahmad yang dikatakan intim dengan pelakon Zara Zya. Khabarnya, kedua pelakon itu berbalas komen di Instagram.

Ada peminat yang memerhati dan mengusik mereka berdua. Boleh dikatakan ramai juga yang suka jika pasangan ini benar-benar bercinta. Maklumlah, keduanya sama kacak dan cantik dan dianggap sesuai berpasangan, bagai pinang dibelah dua begitu.

Namun hari ini, melalui mStar Fahrin menafikan yang dia berhubungan intim dengan Zara, malah katanya, bertemu Zara pun dia tidak pernah. Keluh Fahrin:-

Susahnya jadi Fahrin Ahmad, pantang sahaja menegur atau cuba membuat kawan dengan mana-mana perempuan terutama selebriti kerana pasti akan ada sahaja yang jadi bahan cerita.

Bagaimanapun, saya terpaksa juga terima kerana ia adalah lumrah yang perlu ditanggung sebagai seorang artis yang mana peminat sentiasa ingin tahu.

Tiada apa yang ingin dikomen kerana saya hanya mengenali Zara Zya sebagai pelakon baru yang sedang meningkat naik dalam industri melalui drama-dramanya.

Secara peribadi kami tidak pernah berjumpa atau terserempak di mana-mana acara hiburan, malah saya tidak mempunyai nombor telefon dia pun untuk berhubung.

Hanya beberapa komen di Instagram yang bersifat umum kami sudah dikira mempunyai hubungan mesra.

Saya akui mungkin kerana ramai peminat kami yang suka berseloroh dan menyakat.


Menurut Fahrin lagi dia sering kali dikaitkan dengan ramai wanita walaupun sekadar bertegur sapa.

Bukan apa tu, peminat sudah tak sabar-sabar hendak melihat Fahrin bergandingan dengan pasangan. Itu yang semakin galak mereka mengusik, manalah tahu, satu hari nanti usikan jadi kenyataan. Lagi pun ada jua di kalangan peminat Fahrin yang mengimpikan bergandingan dengan Fahrin tak gitu?

Apa pun semoga Fahrin akan menemui pasangan yang diimpikan satu hari nanti. Doakan yang terbaik.

25 responses to Fahrin Ahmad Nafi Punya Hubungan Intim Dengan Zara Zya

  1. Mirai Suenaga says:

    Wartawan kan vangang.
    Kalau Fahrin tegur makcik cleaner pun dikatakan ada hubungan

    0

    0
  2. xde keje kat ofis says:

    semoga fahrin cepat2 bertemu jodoh.amin

    0

    0
  3. Zara Sapiah says:

    I suka ..
    Zara pun cantik orgnya..
    Love u both.

    0

    0
  4. ina says:

    X bebas idup.. Bertegur or komen pn org dh kta ada hubungan… Tu blom lepak2 minum2… Ntah lg dorg ckp..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Lepak minum, di cop bertunang.
      Lepak makan, kahwin.

      Katapun wartawan. Kadang2 bukan wartawan official, blog2 gossip ni yg melebih sudu dari kuah. lols

      0

      0
  5. nok gebuzzz says:

    nama pun selebriti,sentiasa jadi perhatian orang…terima dgn hati yg terbuka jer la…mana tau lama2 boley jadi kenyataan.

    0

    0
  6. ramleeposmen says:

    Hahahaha purple kali ahhh.

    0

    0
  7. Anon says:

    ahh teknik pemasaran, skrg kn tgah tayang drama FA kt TV3 yg xbrapa dpt smbutan tu. apa lg sepakat la si FA n si wartawan ni nk bg panas nama FA..pasni kuar plak cerita Sara si heroinya.

    0

    0
  8. zara says:

    “Susahnya jadi Fahrin Ahmad, pantang sahaja menegur atau cuba membuat kawan dengan mana-mana perempuan terutama selebriti ”

    tegur saya. saya bukan selebriti. kah!

    0

    0
  9. Mek Ti says:

    Muka Zara Zya ni aku tgk mcm versi Zizan jd perempuan. erkk betul ke ayat aku?? >.<

    0

    0
  10. Xoooyyyy says:

    Ramai sgt ke peminat Zara Zya ni? Nampak gedik je,, selfie dlm keta dan nganga2. Ni baru typical melayu selfie. tak la terus video Fahrin suruh kawan tanya bila nak ajak date.

    0

    0
  11. lol says:

    knp aku tngk beria2 si farin ni komen kat ig zara..entah2 dorang ni sama2 gatal..kawin kan jer..habis citer

    0

    0
  12. Dulu muda2 dulu, minat gila dgn fahrin ahmad ni :)

    0

    0
  13. chatplaza says:

    Having friend with girls that you like is so much easier due
    to the emergence of several social networking sites. s discuss a few tips
    which will help you zeroing out your preferred dating for disabled site.
    Hangouts is video chatting on social networking done
    right and offers quick-streaming live chat, works
    great with Google+’s Circles feature which allows communicating with specific groups of friends, supports multi-chat, and
    even switches between different friends — depending
    on who is talking at the time.

    0

    0
  14. azwan ali dijangka masuk syurga says:

    Yesss…fahrin adalah artis llaki yg bergigi paling cantik di malaysia…

    0

    0
  15. LINA says:

    sweet laa fahrin .. yess gigi cantik .. hansemnya ..

    0

    0
  16. Kajol Malaysia says:

    Kalo ada jodoh apa salahnya..da lama sgt2 tunggu abg Fahrin naik pelamin..Amin3..

    0

    0
  17. lady says:

    fahrin.i pn single jgk..chinese look n free hair…i minat u..hpe u ble bimbing i ke jln yg benar.
    klu taste u yg mcm i ler.klu taste u yg muslimah xper la…

    0

    0
  18. juju says:

    Alaa apa salahnye..dua-dua pun bujang..fahrin nampak matang (tua) dlm citer terbaru kat TV3 tu…cepat2 la kawin…tumpang bahagia…

    0

    0
  19. Redvine says:

    xmungkin rase nye…

    0

    0