Written by Bella | March 6th, 2015

Fad Bocey yang dikhabarkan mempunyai kekasih ekoran beberapa foto mesra bersama seorang gadis cantik  tersebar di Internet bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya pada tanggal 14 Mac ini.

Majlis pernikahan  akan diadakan di Jitra, Kedah iaitu kediaman kekasihnya Nur Syahirah yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi. Majlis resepsi perkahwinan mereka pula bakal berlangsung di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur pada tanggal 23 Mei 2015.

Saya akan melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac ini dengan kekasih saya iaitu Nur Syahirah di kediamannya di Jitra, Kedah.

Insya-Allah semua persiapan berjalan lancar dan pada majlis tersebut kami akan bertunang di sebelah pagi dan akad nikah berlangsung pada sebelah petangnya.

Fad yang menyifatkan kekasihnya seorang yang memahami dan mudah untuk dibawa berbincang  kali pertama bertentang mata dengan Nur Syahirah apabila menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013, dimana kekasihnya itu merupakan adik angkat kepada Jihan Muse.

Kami kenal sudah dua tahun iaitu ketika dalam MLM2013, dia selalu datang ke program MLM2013 untuk menemani Jihan Muse dan daripada situ saya sudah mula terpikat.

Menerima restu daripada ibu bapa pihak perempuan, Fad dan Nur Syahirah membuat keputusan untuk berkahwin meskipun baru 5 bulan menjadi pasangan kekasih .

 Tahniah kami ucapkan kepada Fad Bocey dan kekasihnya. Kahwin di usia muda adalah satu perkara yang baik sebenarnya, sudah tertulis jodoh kalian untuk  bersama lebih awal. Semoga perkahwinan anda berdua akan kekal bahagia selamanya. Tolak ansur dan jujur kepada pasangan adalah kunci utama kebahagiaan.

Sumber Berita: mStar Online

27 responses to Fad Bocey Nikah 14 Mac Ini

  1. MYUK says:

    hmmm…sapa dorang ni?

    0

    0
  2. Linzy Longkang says:

    huduhnya mamat ni tak kenal next

    0

    0
  3. lala says:

    agaknya2 org2 kat atas yg x kenal fad bocey ni xde astro kat rumah sebab x tengok maharajalawak mega. hehehe nways, x perlu la nak cakap org hodoh, tu makhluk ciptaan Allah.. siapalah kita nak judge muka org.. *peace*

    0

    0
  4. mak jemah says:

    untunglaa muke x seberapa pon bole dpt bakal bini cantik. dah rezeki and jodoh kan. zaman skrg asal ade duit je, pompuan lekat..

    0

    0
    • Anonymous says:

      memang lah mak jemah..kalau ensem kerjanya mengabihkan beras je…tak gune…beli beras tak nak!…ada duit..bini happy..bini happy keluargapun happy

      0

      0
    • elisa says:

      memang lah mak jemah..kalau ensem kerjanya mengabihkan beras je…tak gune…beli beras tak nak!…ada duit..bini happy..bini happy keluargapun happy

      0

      0
      • eerkk says:

        betul tu… kebanyakan lelaki yang ada rupa tahu membuta jerr (Zaman la ni)… baik cari yang berduit biarpun x de rupa. boleh sara anak bini. bukan tahu makan tanggung, berak cangkung!

        0

        0
  5. lu'lu says:

    sama gak ngan laki…asal cantik je rembat….memilih n nak yg lawa2 je…xyah nak kate pompuan la….

    0

    0
  6. whatever says:

    aku pelik…mcm2 komen…patutnye ucap je tahniah walaupun x kenal…lg satu,sekurg2nye die ade niat nak kwin…bkn mcm zizan n emma bajet sepadan,cantik n hensem bagai tp smpai skrg asyik kontroversi…bkn xde duit nak kwin pun…respect gak dgn fad sbb muda2 trs tunang n kwin…ni skrg baik sekejap putus….gosip je lebih sape yg suka…

    0

    0
    • Anonymous says:

      betul…yg saiful zero tu ntah bile gamaknye….yg menang last dpt rm15k,bahagi 3 sorg rm5k pun dh nak kwin siap ade tarikh…

      0

      0
  7. brader says:

    bang nara oiii…bakal wife fad ne xda la cantik..besa2 je..xpya nk bodek sgtt…anyway tahniah

    0

    0
  8. som says:

    tak habis2 jaga tepi kain orang, ugly nara

    0

    0
    • cerry berry says:

      Kalau dah tau UGLY NARA yang kau masuk dok skodeng blok dia dah nape???
      Lebih baik dok rumah baca quran banyak gak pekdahnye…mulut manusia memang xleh nak tutup lantak la dia nak kawen dengan sapa2 pun asalkan jangan dengan nenek kau udah ler!!

      0

      0
  9. melati says:

    Lawak pun terjerit2 cam kelam kabut pun ader pompuan minat???…nasib lah ko Wahai pompuan …jap lagi jadi mcm Umi Aida..,,tapi takper pompuan ko masih muda..jadi janda pun ader sudi lagi…tapi Umi Aida???

    0

    0
  10. ros rossa says:

    ko ni kan melati…tk de kena mengena dgn Umi Aida…..ko sakit ati dgn umi ni dh kenapa? Tak seharum melati ko ni kan melati.
    Ucap tahniah udah lah..

    0

    0
  11. beby ieyla says:

    Tahniah fad… Smga brbahagia…

    0

    0
  12. Hida says:

    Aku ni x la minat fad ni. tp aku x rasa dia hodoh mcm korang duk ckp. ok je manis muka. apsal. kalau kawin nak kena muka mcm brad pitt baru kira handsome ke. aku ada kawan ni lawa la, husband biasa2 je smp skang org duk banding2. dua tu bahagia anak 3 dah aku tgk. mental la masyarakat kdg2. benda mcm ni pun issue…

    0

    0
  13. mojo says:

    Kalau dia handsome dah lama dah dia ada awek.Nie sebab dia berduit.tu pun terpaksa cari adik angkat jihan.tu jelah yang nak layan dia.tu pun tak tahu.

    0

    0
  14. nonoi says:

    tahniah fad dan syahirah…semoga kekal ke jannah…
    nice and beautiful couple…
    peduli ape orang kata..jodoh dariNya..
    rupa paras bukan ukuran..
    hanya pinjaman dariNya..

    0

    0