Written by Bella | December 14th, 2015

Tanggal 11 Disember lepas merupakan detik paling bermakna buat Fad Bocey apabila isterinya Nur Syahirah selamat melahirkan bayi lelaki kembar di Darul Ehsan Medical Center (DEMC) kira-kira jam 11.30 pagi.

Mendengar berita gembira tersebut ramai yang mengucapkan tahniah atas kelahiran orang baharu dalam hidup pasangan tersebut. Namun, ada juga pihak yang tidak berpuas hati selain merasa kecewa apabila Fad langsung tidak berkongsi foto anak kembarnya.

Jelas Fad, beliau bukan sengaja ingin menyorok bayi kembarnya tetapi mereka dilahirkan tidak matang dan sedang ditempatkan di inkubator buat masa ini.

Anak kembar saya lahir di minggu yang ke 34 dan masih belum matang. Jadi, mereka ditempatkan di inkubator terlebih dahulu. Sebab itulah saya tidak berkongsi gambar anak-anak saya. Mengenai nama pula, saya akan kongsikan kemudian. Buat masa ini, saya mahu memberi tumpuan kepada kesihatan anak kembar saya dan saya mohon doa yang baik-baik untuk mereka.

Nur Syahirah sebenarnya ingin mendapatkan nasihat doktor untuk bersalin secara normal, tetapi kedudukan bayi ketika itu membuatkan Nur Syahirah terpaksa bersalin secara pembedahan bagi mengelakkan beliau merasa lebih sakit.

Pada awalnya, kami dapatkan nasihat doktor kerana isteri mahu melahirkan bayi secara normal. Namun begitu, kedudukan bayi pertama saya sudah berada di bawah dan bayi kedua sudah berada di atas. Untuk mengelakkan isteri saya merasai kesakitan sebanyak dua kali, doktor nasihatkan untuk isteri saya menjalani pembedahan caesarean.

Mengakui terasa agak kekok memegang bayi, Fad bagaimanapun sedang cuba untuk membiasakan diri dengan keaadan tersebut.

Sebenarnya, saya rasa agak kekok ketika memegang bayi. Walaupun saya sukakan kanak-kanak, saya tetap rasa takut untuk memegang bayi. Bila sudah ada anak sendiri, saya kena biasakan perkara tersebut dan saya harus menjaga mereka sebagaimana bapa saya menjaga saya.

Tidak mengapa Fad, kami pasti semua orang boleh tunggu  untuk melihat bayi kembar anda ketika mereka dalam keadaan sihat. Doakan agar kesihatan mereka membaik.

Sumber Berita: Astro Gempak

3 responses to Fad Bocey Jelaskan Sebab Tidak Kongsi Foto Anak Kembarnya

  1. nok gebuzzz says:

    seronok dpt anak 1st kembar…tahniah fad

    0

    0
  2. anak nogori says:

    eloklah tu fad, sekurangnya biarlah anak tu kuar dr inkubator dulu…. apapun tahniah….

    0

    0
  3. melati says:

    Pelawak suam2 kuku pun dpt Bini lawo…bodoh nya pompuan tuuuu..

    0

    0