Written by Bella | August 19th, 2015

Beberapa hari lepas, hubungan  teman tapi mesra di antara Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah khabarnya sedang berantakan akibat orang ketiga. Malah, Ezzaty juga ada mengeluarkan kenyataan agar tiada sesiapa yang mengaitkan dirinya bersama Azwan lagi.

Memperjelaskan situasi sebenar, Azwan memberitahu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ezzaty berpunca daripada salah faham gara-gara beliau memuat naik foto bersama artis baharu MIG, Natasha Charmaine Rickson ketika sama-sama menghadiri KLFW 2015 baru-baru ini.

Saya ada baca kenyataannya itu tetapi saya tidak menyalahkannya kerana mungkin berkata demikian kerana masih marah dan merajuk ekoran saya memuat naik gambar bersama Natasha di Instagram.

Kami masih bersama sebagai kekasih cuma saya sedang berusaha memujuknya yang masih marah.

Tambah Azwan, beliau sama-sekali tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Natasha dan hanya berkongsi pengurus yang sama.  Malah, pertemuan  mereka berdua di KLFW 2015 hanya kebetulan sahaja.

Jujurnya Ezzaty tahu saya pergi ke FWKL tetapi tidak mengetahui saya hadir dengan siapa. Bagaimanapun pertemuan dengan Natasha bukan dirancang sebaliknya berlaku secara spontan. Dia adalah artis baharu dibawah MIG dan kami sama-sama berkongsi pengurus yang disediakan oleh pihak syarikat, hubungan kami sekadar teman artis sahaja.

Walaupun sebelum ini tidak pernah mengakui mereka sedang bercinta, Azwan bagaimanapun merasa selesa dengan Ezzaty dan sudah mempertemukan aktres tersebut bersama keluarganya. Buat masa ini, mereka berdua masih lagi mengenali hati budi masing-masing dan tidak mahu terburu-buru dalam percintaan.

Perempuan ini memang akan rasa cemburu kalau teman lelaki mereka bersama wanita lain, apa yang penting Azwan Kombos harus pandai ambil hati Ezzaty Abdullah dan memujuknya kembali. Sekarang lah masa untuk kenali perangai pasangan anda dengan lebih baik.

Sumber Berita: mStar Online

24 responses to Ezzaty Keluarkan Kenyataan Itu Kerana Merajuk Saya Muat Naik Gambar Bersama Natasha – Azwan Kombos

  1. kering says:

    payah dpt kekasih kuat cemburu.. cari yg lain je laa…

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Aiyoh, kenapa aku kalau nampak nama diorang ni naik mesti sebab gosip sampah semua ni. Ish

    0

    0
    • Lara says:

      TAk kenal la dorang ni, and tak nak kenal pun. TAk payah la uokan gosip2 budak sekolah bercinta lagu ni, buat bazir tenaga I scroll down and bazir ruang kat BN ni jer.

      0

      0
  3. Mimi says:

    sesama artis pun tak memahami kerjaya ke?

    0

    0
    • Anonymous says:

      ni bkn psl tak memahami. apa perasaan ko klu tetiba bf ko upload gmbr dgn perempuan lain mesra plak tu. klu azwan bgtau awl2 mungkin semua ni tak akn terjadi. azwan pun satu, dia ptt terangkan terlbh dahulu supaya tak berlaku slh fhm dan ezzaty akn fhm

      0

      0
  4. baby says:

    sampah masyarakat

    0

    0
  5. Anonymous says:

    mamat ni bakat suam2 kuku je pun..ceritera cinta je yg lebih..
    aritu ngan nad zainal..ni ngan ezaty pula.
    pastu ezaty x kuar statement ape2 dia plak kuarkan statement berani mati,pastu nnt kuarkan la statement “saya redha jodoh tiada”.lulz.

    0

    0
  6. kiah pekasam says:

    Artis sendu…sblm ni kau ckp xde apa2 just teman now ckp kekasih..mmg sendu betul nak raih populariti…

    0

    0
  7. lara tak lara says:

    hadoii beautifulnara si bella ni cari cerita pelakon yg suam2 kuku berlakon tak seberapa ek tah siapa dua org ni. kalau cerita artis hebat, aku nak jugak baca.
    ada aku kesah?

    0

    0
    • anon says:

      Bila bella je yg tulis artikel, mesti ade pengomen dengki & tak puas hati…. Kalau kau tak nak tau psl mana2 artis, takyah bacalah. Kdg2 nara pun siar artikel mengarut jgk tapi takde pulak yg komen. Tu ha mcm artikel psl apek penjaga gol tu, sape nak tau psl dia, bkn artis pun. Tapi takde yg kondem…. Ni mesti kes dengki kat bella. Biasalah perempuan selalunya dengki dgn perempuan lain, kdg2 takde sebab pun…

      0

      0
      • lara tak lara says:

        biarlah aku yg baca, ko yg panas pehal. ko pun dengki kat aku – capy paste ~~ Biasalah perempuan selalunya dengki dgn perempuan lain, kdg2 takde sebab pun…uhuk uhuk

        0

        0
  8. ezzaty says:

    janji aku pelakon.

    0

    0
  9. McDonald Trump says:

    Payah, gmbr kt public camtu pn cemburu. Tk professional lgsung. Apapn…aku dh muak bc kt harian metro plakon prempuan suam ni asyik sbut psl ptunangan dia dlu adlh satu ksilapn lh, sbb btunang pngarah tk mau ambik dia blakon lh…hello! Ko nk kta badi ptunangan? Yg nk btunang dlu kn kau jgak. Plakon lain…bkn stakat tunangan org, tp bstatus bini org, mak org, jnda, nenek org…pn still dpt job. Tau psl apa?….bakat, disiplin dan professional.

    0

    0
    • serene says:

      Kalau bf or gf kau upload gambar mesra dgn yg opposite sex kat insta baru kau tau mcm mana rasenya. Jgn kondem org, tak kene kat batang hidung sendiri kita tak tau….
      Banyak sngt songeh, senang2 takyah bacalah blog2 gosip ni…..takde org paksa pun.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Betoi.apa kes pi upload gambar dengan pompuan tu.bukan glemer pun.lain la ambik gamba ngan ct ke…ziana zain ke…awek dia comfirm tak jeles.

        0

        0
      • Al Khawarizmi says:

        Nk baca blog gosip tu hak msg2. Nk komen…kondem ke, nara dh bagi ruang. Lain org lain pndpt. Knapa ko plak buang masa nk emo bagai? Byk songeh awk ni, bkn pjm lappy awk pon. Tk curi wifi awk pon. Ada betulnya apa yg mcD ckp…klau jnis yg cemburu mbuta ni elokla cr bf/gf dr klgn bkn artis.

        0

        0
      • Mike Tyson Beckford says:

        Ngok! Artis suam2 kuku yg buat prangai kebudak-budakkan pon gigih nk back up. Tk mbina lansung.

        0

        0
    • dady says:

      ko ni xpernah baca ke y die kata ex tunang die sekat die dari berlakon,kongkong die xbg buat itu ini,cemburu buta bagai,sebab tu dia kata pertunangan tu satu kesilapan,

      0

      0
  10. siti says:

    suam suam kuku mana ni

    0

    0
  11. lala says:

    cantik gefren diaaaa! lebih cantik daripada nad zainal. toinnkkkk!

    0

    0
  12. CHA says:

    yang mana satu ezzaty mana satu natasha? tak kenal la artis suam kuku nii

    0

    0