Erul AF9 – Cakap Minat KPOP, Sebut Annyonghaseyo Pun Tak Betul?

Hiburan

Erul AF9 – Cakap Minat KPOP, Sebut Annyonghaseyo Pun Tak Betul?

erul af9

Ok Abang Nara tengah bengang tahap gila-gila sekarang ini. Rage tahap gaban. Baru lepas habis tengok konsert Tirai AF9 dan sangat marah dengan si Erul AF9. Selaku seorang yang pernah belajar di Korea, Abang Nara sumpah kecewa apabila si Erul yang mengaku minat K-POP tapi sebut “Annyonghaseyo” pun tak betul langsung. Memang salah 100%.

Advertisement

Dan tambah membengangkan ialah apabila si Erul ini menyanyi lagu Korea untuk persembahannya. Apa kejadahnya? Dah tak ada lagu Melayu ke? Dah la sebutan sepatah haram pun Abang Nara tak faham. Kalau tak reti tak payah la. Buat sakit telinga je. Atau ini cara Erul untuk pancing undi peminat KPOP Malaysia? So cheap kalau betul ini cara pancing undian.

Lain-lain pelajar persembahan ok-ok sahaja. Paling menyerlah sudah tentu Miza. Macam Beyonce. Kepada Erul, tak payah la cakap Korea. Buruk bebenor. Buat malu diri sendiri je.

P.S: Maaflah kalau rasa ayat Abang Nara agak over the limit. Masa tulis agak emosi. Tapi sekali lagi nak terangkan. Suara Erul memang OK. Sedap. Package pun ada. Cuma tak perlulah guna bahasa Korea. Kalau anda kata anda minat KPOP, at least sebutan “Annyonghaseyo” yang basic tue pun wajib tau sebut dengan betul-betul. Baru betul minat KPOP dan bukan sekadar hanya propa. Tak gitu?

P.P.S: Ada orang kata Abang Nara riak sebab nak tunjuk pernah belajar cakap Korea. Aih. Kalau Abang Nara tak cakap Abang Nara  pernah belajar kat Korea dan tiba-tiba tegur si Erul sebutan bahasa Korea salah, nanti korang cakap Abang Nara poyo. Nanti korang cakap Abang Nara pun tak pernah belajar bahasa Korea ada hati nak tegur si Erul. So camner tue?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...