Written by Bella | April 9th, 2015

Mereka sudah lama berpisah, namun Erra Fazira dan Engku Emran tidak bermusuh dan masih lagi mesra bersama ketika menyambut ulangtahun kelahiran anak mereka Engku Aleesya yang ke 6.

 Tetapi, ramai pihak yang telah salah tafsir kemesraaan mereka dan hal ini membuatkan Erra sedikit tertekan kerana ramai mahu mereka kembali sebagai suami dan isteri. Buat Erra, hubungan mereka adalah semata-mata demi membesarkan anak mereka.

Saya akui ada sedikit tertekan bila apa yang kami lakukan disalah anggap oleh segelintir masyarakat. Kami masih berbaik adalah semata-mata demi Aleesya dan bukan untuk hidup bersama kembali (sebagai suami-isteri).

Orang ramai tidak tahu kenapa kita berpisah, ia sudah tentu kerana ada sebab tertentu dan bukan suka-suka.

Erra sebenarnya ingin mengubah pemikiran masyarakat bahawa pasangan yang sudah bercerai tidak semestinya bermusuh dan boleh mengekalkan hubungan sebagai teman untuk menjaga anak-anak.

Saya mahu mengajar dan menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya yang turut melalui perkara seperti ini untuk berbaik demi anak mereka.

Alhamdulillah, ramai juga yang beri reaksi positif dan nampak apa yang cuba saya sampaikan daripada melihat ia sebagai berbaik untuk kembali sebagai suami isteri.

Jelas Erra lagi, beliau akan meneruskan perhubungan tersebut walaupun jika kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing suatu hari nanti.

Kami setuju dengan kenyataan Erra Fazira, ini kerana jika pasangan yang bercerai tentu sekali anak-anak yang akan menjadi mangsa.  Jadi lebih baik untuk kita tidak bermusuh diantara satu sama lain demi kebaikan anak-anak.

Sumber Berita: mStar Online

19 responses to Erra Fazira Tertekan Hubungan Baik Bersama Engku Emran Disalah Anggap

  1. orked ungu says:

    aku yang pengkritik tegar ni ta pena terpikir nak kritik pasal ko gan ex ko yang lepas cerai berai tu korang berbaik ka bertelingkup ka.. ke ko yang bajet2 rasa org bercerita pasal ko???

    fefelin ratu kaedahnya ko ni erra? tertekan konon.. psaiko sorang2 jaaa…

    0

    0
    • Mira says:

      Minah ni sakit jiwa ke apa??? Dugaan org salah anggap pun nak tertekan…. weiii rilek sudahla….. bukan org mati pun kalau korang berdua berbaik, takde apa2 efek langsung… yang gatal sgt nak stress2 no ape pasal!!!

      0

      0
    • Anonymous says:

      Tulah melata pla cik kak ni..Emran pun dah x heran la dgn ko..plzzz laaaahhh!

      0

      0
      • ninano says:

        3 komen ni dari orang yg sama kan?? Kesian sgt lah dekat kau. Hati busuk gila!!! Mcm erra tu ada buat hal beri masalah kacau hidup kau. Ke kau ni berangan nak ambil alih tmpt erra?? Jealous apa yg erra ada dpt kau takde. Mengidam kan si engku tu. Hahahaha. Kesian sgt lah kau ni. So pathetic!!! Get a life lah. Simpan sikit cuci busuk hati kau tu sbb org boleh bau ok. Ke kau ni jenis yg tak tau malu?? Kemaruk sgt ambil tau kisah hidup org. Hahahaha..

        0

        0
  2. poo says:

    da nama pon pelakon … da bcerai nampk lak tehegeh hegeh … buat ank makin keliru …masa cerai xpk psl anak .. pentingkan diri …puii ..!! ..

    0

    0
  3. Nun says:

    Alhamdulillah, baguslah demi tanggungjawab ke atas anak

    0

    0
  4. Nora Majidin says:

    Tak salah berbaik dengan ex untuk kebaikkan anak. Anak2 perlu perhatian dan kasih sayang dr kedua ibu & bapa.. Keep it up!

    0

    0
  5. gatai says:

    udah lah tu erra…u nak tunggu sapa lagi,nak glamour apa lagi,anak dah nak besar..bersara saja… buat bisnes,I’m sure erra will success in business,lagi2 kalau ‘team up’ dgn engku….seriously tgok dia skrng..pity her what a waste!

    0

    0
    • roke says:

      pity? baik u pity diri sendiri. dia ada kedudkan sendiri dlm industri. ko ada apa. keyboard warrior je lebih. nama pun gatai.

      0

      0
  6. Mat K says:

    Masa sorang-sorang, tak teringin ke? Ke guna timun?

    0

    0
  7. pink says:

    kaler biru ni cantik..
    ble wat tema kawen utk yg blm kawen..
    maaf, off topic

    0

    0
  8. gatai says:

    sama la dgn ko stupid roke.. btw pasal aku la nak komen apa pun,dah memang bila baca ‘leave a comment’ ,anyway i dont think its an insult if u aim it well enough…’slow-witted’!

    0

    0
    • Anonymous says:

      Then pasal dia la nak komen kau apa? Yg sentap mcm mak nenek gila meroyan kenapa?

      0

      0
  9. anon says:

    Tak habis2 lagi ke pasal nenek kebayan bohsia ni…….eee meluatnya.

    0

    0
  10. Peminat apa aje says:

    apa salahnya jika bersatu semula sebagai suami isteri demi anak. buang yang keruh ambil yang jernih. kedua-duanya sama padan, jangan ego sangat dah le tu nak ape lagi???

    0

    0
  11. nobody says:

    Kenapa rasa yg komen-komen “bernas” atas ni dari org yg sama. Ayat lebih kurang sama je. Busuk hati jaki betul dgn EF. Anything news about EF ada je muncul komen busuk nya tu. Ingat org tak perasan ke. Let her be with her own life. Jgn suka sgt mengata sibuk hal org nnti aib sendiri yg terlondeh. Doakan yg baik sudah lah.

    0

    0
  12. mojo says:

    Tertekan takpe..jgn kena tekan.

    0

    0
  13. Jojo says:

    Aleesha mempunyai dua ibu bapa yang bercerai tapi berbaik bila berjumpa lebih baik dari mempunyai dua ibu bapa yang hidup bersama tapi asyik bertelingkah setiap hari. Kanak2 faham apa yang berlaku disekililing mereka.

    0

    0