Written by AbangNara | December 21st, 2012

Satu perkara yang Abang Nara perasan daripada dulu ialah kelebihan menjadi selebriti di Malaysia ini ialah wajah yang tidak dimamah usia. Kemungkinan besar ini kerana mereka memakai produk penjagaan muka yang berkualiti tinggi. Contoh terbaik ialah Erra Fazira, memang menawan daripada dulu sehingga sekarang.

erra

Abang Nara tertarik dengan tajuk “Sudah Lali Diduga” yang dibincangkan oleh Erra di dalam majalah Seri Dewi & Keluarga edisi terbaru ini. Pasti ada menyentuh hal rumahtangga Erra. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh dapatkan majalah ini di kedai buku berhampiran anda hari ini juga.

P.S: Anda juga boleh membeli dan membaca majalah ini secara online menerusi laman web Emall Karangkraf. Pembelian boleh dilakukan menerusi website Emall Karangkraf dan pembacaan boleh dibuat menerusi smartphone atau gadjet anda. Harganya jauh lebih murah berbanding pembelian fizikal.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 responses to Erra Fazira Menawan Hiasi Muka Depan Majalah Seri Dewi & Keluarga

  1. taeminnie says:

    ni sume photoshop je, sebab tu nampak licin and muda jee..

    0

    0
    • fedap says:

      aktress fazurina telahpun berkawin secara senyap di Penang petang semalam.

      cepat bang nara! dapatkan isu hangat ini!

      0

      0
      • 123 says:

        Sape fazurina?????

        0

        0
      • MINA says:

        KPD CIK FEDAP
        TOKSAHLE SUH ABGNARA DPTKN CITER TU…TGGU ABG NARA BACE KT BLOG OR PAPER NANTI, BARULAH DIA UP ENTRY KT BLOG DIA NIE…
        ABGNARA, BETUL KE ABGNARA MMG FULLTIME BLOGGER/TAKDE KEJE LAEN KE?SUMBER PENDAPATAN LAEN SELAIN DUIT DR NUFFNANG? MAKSUD SY, DUIT UTK SARA KELUARGA? ABG NARA PERNAH TNYE USTAZ/AHLIBIJAK PANDAI TTG AGAMA PSL PENDAPATAN DR BERBLOG TAK?

        0

        0
    • bukan peminat artis murahan says:

      I dh jumpa erra face to face kat luar… muka dia mmg cantik & kulit muka dia pun mmg licin.. tak nampak sebarang kedut pun…. Yang gambar tu edit mmg la edit, tp hakikatnya mmg dia lawa pun…

      0

      0
      • Puteri says:

        i juga pernah jumpa erra in person. mmg dia cantik wpun tanpa make-up. takyah nak ckp erra nampak cantik sbb dah di photoshop/edit, erra ni mmg naturally cantik..

        0

        0
        • hani says:

          asal aku jumpe erra in person rase x same mcm korang ar? aku rase mcm die cantik…kulit biase la artis mmg mekap2 tebal ..kebetulan ade interview pun mase tu..pastu aku rase ‘kekurangan’ die bile die tersangat la tinggi n bahunye bidang… xmcm perempuan melayu biase..kalu skali pandang n org xtau die tu erra, mungkin org ingat die ladyboy thailand kot…

          ni bkn kondem…tp jujur drp mata aku..die lg cantik lam mgazine..sbb nmpak kecik sket..

          0

          0
        • joyah says:

          joyah pun pernah jumpa erra live.. mmg dia cantik, masa tu dia x makeup, muka agak berpeluh dan pakai lipgloss je.. nmpk sgt natural.. tak nmpk umur dia yg hampir ke 40-an..

          0

          0
        • bukan peminat artis murahan says:

          Ader jer yg nak komen bnda buruk… tak pnah nk bg penghargaan atas anugerah rupa cantik yang tuhan bg kat dia… dia mmg naturally cantik pun.. tak pyh make up tebal2 pun mmg dh lawa… tak pyh la nk hati busuk kat org..

          0

          0
    • miera says:

      ok yg ni best ckit sbb die xpkai wig…hihihi

      0

      0
  2. Rita vs Ayu says:

    Respect dgn Erra yg menghormati suami dan mertua sbb xpernah buka cerita masalah rumahtangga dia. Sedaya upaya dia sembunyikan dan tunjuk keceriaan depan khalayak ramai.

    0

    0
  3. Amier says:

    Tentu banyak set rambut palsu yang ada kat rumah

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Set rambut palsu x apa gak..jangan dia palsu menipu peminat sudah…bukan ap..erra ni pandai membuat org berteka teki….

    0

    0
    • hatta pondan hazab says:

      dia jaga maruah keluarga, suami, mentua. bukan kewajipan pun utk erra canang kt semua apa jd kt family dia. kau yg bodoh sgt sibuk teka-teki. kalau kau dh kawen esok tibe2 kuasa Allah ko cerai / ada problem dgn pasangan ko nk announce 1 dunia ke?
      even kalau erra ni bahagia n xde problem dgn husband die, die ade hak utk keep it to herself. hal rumahtangga ni bkn isu hiburan laa bedul!!

      0

      0
  5. peti sjok says:

    jge maruah pe klo tyang body sne sni, tnjuk kcantikan kt org len.peace^^

    0

    0
  6. Diana says:

    suka Erra sbb dia jenis yg look forward dan tak suka cari pasal dgn orang. soal rumah tangga dia tu org lain yg dok sibuk2 buat cerita mcm2, bukan Erra sendiri yg suka bikin teka-teki. lagipun tu rumahtangga dia, tak payahla nak sibuk2 nak jaga hal rumahtangga orang. jaga rumahtangga kau sendiri sudahla !

    0

    0
  7. Anonymous says:

    PRODUK PENCERAHAN KULIT SECARA SEMULA JADI…JANJI DITEPATI!

    …Kata orang, saiz bukan ukuran. Begitu jua produk pencerahan organik saya yang mungkin bersaiz kecil tetapi memiliki keberkesanan yang jauh lebih besar. Usah segan untuk menikmati kebaikannya memandangkan anda tidak terikat – Tiada paksaan, Tiada diskriminasi jantina, Tiada kesan sampingan!

    Cantik adalah bergantung pada mata yang memandang dan hati yang menilai; namun, anda pasti merupakan orang yang pertama merasai perubahannya. Begitupun, diri akan berasa lebih teruja tatkala mendengar orang lain memuji rupa paras yang menawan… sebagaimana saya merasainya semenjak itu!

    Turuti rasa ingin tahu anda dengan menghubungi 772shine@gmail.com untuk milikinya dengan segera!

    0

    0
  8. nafies says:

    oklah photoshop dari cucuk botox. janji original lawa.
    eh. salah page.
    nak komen kat zila tadi.

    lalala

    0

    0
    • Aishu says:

      betul tu. better photoshop ler dari cucuk botox. sian tgk artis2 yg cucuk botox, nampak pelik dan semua dah jadi muka ‘se-pesen’ je…

      0

      0
  9. Akula says:

    Erra ni mmg cantik.tp yg aq xbleh blah tgk gmbq Raja Emma masa dia hias muka dpn majalah apatah aq da lupa..mmg nmpk Muda siut sbb byk sgt edit..alih2 aq tgk citer kt TV9 Raja Emma ni blakon mmg nmpk bkedut n
    Nmpk tua..masa aq tgk majalah tu mati2 aq ingt Raja Emma nmpk muda..realitinya edit semata2..akakkkk juga yg tertipu..

    0

    0
  10. JHuddd says:

    macam tu lah artis sejati jaga personality, gaya dan rupa baru orang respek dunia artis mesia pon ada class tersendiri, dorang jaga diet, exersice dan tak main product murahan untuk kekak cantik, photoshop sikit tu biasalah semua mags buat aper. So korang dengar sini, jadi artis orang nak tengok dan dengar dorang, so dia pake wigs ker botak ker itu seme perlu untuk imej artis lainlah kalo dok jaga anak kat rumah saper pon tak peduli.

    0

    0
  11. dida says:

    Kepada hani, yeke erra tersangag tinggi n dada bidang? I jumpa erra xdela tersangat tinggi pun n dada dia pun x bidang mana, kurus n cantik n sedang elok je bdn dia, kot u tersalah jumpa org lain kot?

    0

    0
  12. Sis as says:

    Mmg cantik dulu n skrg tp masa mula blakon dgn awie tu x lawa
    sgt cm skrg kan…

    0

    0
  13. pengat ubi says:

    dlu masa dengan awie tak ckup cantik sbb wajah dia xmatang lagii u olls.. kematangan wat wajah dia cun

    0

    0
  14. Raja minah jambu merah / biru says:

    ape2 pon yg terjadi ngan erra kt dlm gambar yg kt atas erra tetap class tinggi n cantek..

    0

    0
  15. Raja minah jambu merah / biru says:

    ada separuh artis yg muka dia jambu cantek n ayu tapi tk macm erra tinggi…lov u erraaaaaaaa..

    0

    0
  16. what the? says:

    oh just a lighting ..

    0

    0
  17. suraya says:

    Tak ada yang ori , semua buat muka kat luar negeri . Baik erra , umie aida, siti, zahida now all beauty job was done in Korea. Sbb skg Korea pakar dengan mengconstruct rupa hodoh jadi cantik ,lihat aje artis K Pop mereka , bandingkan rupa asal dan rupa sekarang. Artis kita banyak gi sana buat muka sebab Korea pakar dalam hal ni skg ni dan tengah hot . Mereka suka naik Air Asia sebab kurang dikenali oleh pramugari yang kebanyakn chinese , lain lah kalau naik MAS. Tak payah nak kelentong lah , saya staff Air Asia ,ada yang cover muka pakai topi lagi takut dicam .

    0

    0
  18. […] Erra Fazira Menawan Hiasi Muka Depan Majalah Seri Dewi & Keluarga (31) […]

    0

    0