Written by AbangNara | November 9th, 2010

erma fatima letak jawatan dalam natrah

Akhirnya berkuburlah hasrat peminat-peminat teater Natrah. Berdasarkan Harian Metro hari ini, Erma Fatima khabarnya telah meletakkan jawatan daripada menjadi pengarah untuk teater Natrah musim kedua.

Kemungkinan besar punca penarikan diri Erma Fatima ialah kerana tidak tahan dikritik hebat oleh pengkaji sejarah Natrah, Datin Fatini. Kata Erma:-

[note]Bayangkanlah jika usaha dan kejujuran saya dalam menterjemahkan naskhah Natrah ini tidak henti dikritik dan diperkatanya. Saya tidak mahu ada pihak sengaja menumpang publisiti atau mengambil peluang menyelitkan namanya dalam kerja saya seperti dilakukannya sekarang. Hanya ingin melariskan buku biografinya, pelbagai agenda mula dilakukan termasuk mengkritik karya sentuhan saya.[/note]

Dari apa yang kami baca, Datin Fatini tidak berpuas hati dengan satu scene di mana tanda salib ditunjukkan dengan besar dan jelas semasa pementasan Natrah yang pertama dulu. Kami tak tahu pulak macam mana scene tersebut sebab tak sempat pergi tengok teater Natrah dulu. Kata Erma lagi:-

[note]Sakit hati dengan dakwaan dan kenyataan daripadanya (Fatini). Mengapa dia tidak sudah-sudah mempersoalkan hasil kerja saya sejak pementasan siri yang pertama tahun lalu. Kononnya saya tidak sepatutnya meletak salib besar dalam pementasan sedangkan fungsi dan simboliknya benda itu langsung tidak pernah dia tahu.[/note]

Apa pendapat anda pasal perletakan jawatan Erma ini? Nak gak tau.

158 responses to Erma Fatima Letak Jawatan Dari Mengarah Teater Natrah

  1. syurga itu indah says:

    aku x penrah tgk natrah..tapi aku yakin sentuhan erma fatimah mmg ade bisa nya….

    • syurga itu indah says:

      korang rase kalu bukan die sape lagi yg bole mengarah ganti tmpat die?? pls suggest u olsss……….

      • try SURUH SI PENGKRITIK 2….
        DIE LEH KER ARAH???
        KER TAU CAKAP N HENTAM JEW….

        HAISH………. MACAM -MACAM

        • pinky-minky says:

          sesetengah hal pengkritik harus ada untuk menyalurkan kritikan dan pendapat. tapi kenalah ada alasan2 yg kukuh kenapa sesuatu hal tu di kritik. takdela seseorang individu tu dok syok sendiri berkarya.. amik mana yg betul, mana yg salah perlu dibidas balik so that pengkritik tak rasa dia je yg betul..

        • syurga itu indah says:

          betul juga…mgkn erma sentap selama ni die x penah kene kutuk mcm tu sekali..mgkn die xleh terima kutukan yg sgt pedas…tp ape2 pn kite kene pk positif..mgkn pas dpt kritikan die bole hasilkan karya lg baik dr skg..who knows??

        • gediksantai says:

          btllah seliparjamban…aku sokong saranan ko tue…

      • masood says:

        mengatuklah

      • lova says:

        penah baca komen kak erma ada maksud disebalik lambang salib tu.kalau tak silap,salib tu maksudnya agm kristian yg smakin dkat dgan Islam.realitinya mg btulkan,mayb erma nak bg peringatan kat kta spaya brhati2 ngan dkwah kristian skang ni..

        • kurus says:

          di akhir zaman, kalo tk silap org “tu” yg lebih tahu tntang Islam dari org Islam sendiri..
          kalo aku cilap..g taw..k

      • fit says:

        suruh ajer datin tue mengarah plak,,,,,

    • Toblerone says:

      aku tringin sgt nak tgk teater natrah sejak dulu lagi..
      wpun aku tak berpluang tgk tp aku pun rasa sentuhan beliau best..

    • jc says:

      napa erma fatima mgaku kalah ngn kritikan hr tu ckp pkara biasa xle puaskn hti semua…

      • budi says:

        Erma tak harus mengaku kalah..

        • buek says:

          betul betul!

          yelah mana2 org yg buat movie/theater dari adaptation or biografi org yg real mesti akan kene kritik punya dari peminat/pembuat asal. mcm byk movie or pementasan kat broadway selalu kene kritik kaw kaw sebab pengarah tambah2 cerita untuk wat lagi menarik. boleh difahamila kenapa marah,sebab mcm kalauu kite baca buku angels and demons, skali tgk movie dia hancus berterabor lain dari novel,sape tak bengang.kot ni yg di rasai oleh si dr tu selain dari isu tanda salib ni..

          tp erma tak sepatutnya back down sebab dia director ape,kalau income masok, buat je la…tapi,on the other hand, we’re not in her shoes, jadi tak leh ckp byk sgt la

    • biskut says:

      salam, aku ade tgk natrah kat tv1, bagus juga jalan ceritanya,
      dan aku penah tgk satu forum ttg natrah, si fatini ni jadi tetamu undangan, mak oii aku rase cam die melampau, rasa sakit hati tgk forum tu sebab si fatini ni dok hentam2 orang dulu kala + termasuk la pengacara n jemputan lain, cam xhormat orang.
      no wonder jadi cam ni, die jual buku natrah, tp aku fed up la orang negative mcm die ni, asyik n hentam n komen org je, die je la yg betul! bengong~~~

  2. gugu says:

    betul tu..sabar je la…

  3. MeLIA says:

    Tak kisah la kalau dia nak letak jawatan pun… Tak suka sejarah di komersialkan…

    • jane says:

      cerita natrah bukan sejarah…cuma a true strory

      • buek says:

        tanpa teater natrah ni, berkubur le cerita sebenar or sejarah natrah ni kat generasi muda yg sibok dgn wonder girls ngn justin bieber nya…atleast ade teater ni,walau diorg tak tgk,diorg tau or dgr gak wujudnye benda ni

  4. liyana says:

    org hanya tahu kritik saje. bukan nak tampil dengan solution yg lbh baik

  5. nani says:

    bila erma letak jawatan sape yg akan amik alih tempat dia yer,,, tp aku suka la arahan erma mmg best siot!!!

  6. Oden says:

    Oden tak mbik port la teater ni…

    tumpang lalu jer…hehe

  7. RiRi says:

    arahan ERMA mmg best..x sbr tgu telemuvi KARMA SALINA …

  8. fadah says:

    erma fatima memang berbakat jika dia mengarah…..tapi kenapa dia letak jawatan plak

  9. kritikato says:

    kalo aku erma, peduli apa! kalu nak sensitif sangat dgn kritik2 ni semua memang tk jadi apa. biarla dia kritik nak kata apa. teruskan usaha je. masing2 ada pandangan masing2. Ini versi teater la,bkan buku sejarah!

  10. silentgirl says:

    cam best je natrah ni..erma ni pgarah yg berbakat..n die pndai plih plakon yg berkualiti untuk drama, filem n teater arahan die..xpelah erma, sbr ye~

  11. setiap karya memang la perlu kritikan…
    baru la mantop dan menjadi hasilnya…..
    di setiap kesilapan dapat diperbetulkan…
    erma patutnya kena laa betahan…
    jgn la menyerah sblm kalah….

    bg yang kritik 2 bagus sgt ker ko??
    cube ko arahkan…. try tgk…..
    mmg la sejarah paling susah tok di pentaskan
    sbb die melibatkan FAKTA… tp erma da mencube..
    setidaknya anak2 mude sekarang tau SEJARAH 2 pernah wujud dan dapat gak tgk ngn mata kepala sndiri..
    wlpn hanya lakonan…. tp FAKTA 2 kan ttp ade :) :) :)

    majulah teater untuk NUSA dan BANGSA

  12. kassim tak selamat says:

    oh tidakkkkkkkkkk!!aku sudah membeli tiket penerbangan ke kuala lumpur pada hujung bulan ini semata-mata mahu menonton natrahhhhhhhhh!!ERMA PLS COME BACK!the show must go on!!!!!!!!!!!! :(

  13. norzainuriah says:

    aku pun tak tengok natrah musim pertama. pada pandangan aku, pandangan Datuk Fatini tu ada benarnya. tanda salib tak sesuai digunakan, sensitive pada orang islam. sedangkan tengok tanda salib tu je kita kene beristifar 3x (bagi orang islam). takut nanti orang islam dah kurang sensitive pekara2 macam ni. jadi untuk akan datang apa kata kita guna pendekatan yang lebih halus untuk menggambarkan pekara2 seperti itu. contohnya selain meletakkan salib, mungkin ada benchmark lain yang tak terlalu ekstrem untuk menggambarkan situasi atau keadaan tersebut.

    • buek says:

      habis tu huruf t? jk jk

    • benci general statement says:

      aku benci komen2 yg tak sudah2 kata nyentuh sensitiviti umat islam. apa? lemah sangat ke org islam ni sampai tanda salib pun takut? kalau betul kita kuat, berdepan ajelah dgn cabaran. ini tidak, sikit2 nak ban, sikit2 nak censored. nampak sgt umat kita ni pengecut. teater is an art… bukannya erma sibuk bagi salib utk semua org pakai masa tengok teater dia! grow up la.

    • MANJE says:

      MACAM TAK YAKIN DGN IMAN SESAMA MUSLIM…BIAR PUN LAMBANG ITU ADA TAPI KITA TEGUH DGN IMAN KITA SEBAGAI PENONTON. BUSUK HATI DAN RENDAH IQ DAN IMAN PUN X ELOK DIAMALKAN. ..ORG YG TENGOK TEATER NI SEMUA NYA PECINTA SEJARAH DAN PASTI SEMUANYA CERDIK PANDAI.

  14. kiter aja says:

    baguslah dipentaskan…org akan lebih tau sejarah…:)
    pada erma sabarlah….

    • norzainuriah says:

      betul tu!…sejarah tu pun sebenarnyer sebuah cerita…bukan senang nak arah filem unsur sejarah dengan baik.

    • pinky-minky says:

      mmg bagus dipentaskan tapi kenala jaga sensitiviti org islam.. mungkin erma kene perjelaskan kenapa ada salib besar tu so that org ramai tak salah sangka..

  15. norzainuriah says:

    tapi rasa kecewa bila erma fatima tarik diri. seme orang tau keupayaan dia memang tak dapat disangkal. pernah dengar monolog natrah kat suria fm…seram seh bulu roma…sampai ke hati gitu…

  16. shera says:

    uissh dengki khianat macam2 lah..dah tak puas hati cuba dye arahkan tngok cm mana,.

  17. salmia says:

    mengarah dan menulis itu bidang berbeza.. masing2 ada cara tersendiri.
    huuuu… sapa lak la nak jd pengarah nnt?

  18. sini says:

    xkisah

  19. toto i comel says:

    ada aku kesah?

  20. aries_april says:

    jgn pts asa akak…
    biarlah sapa pn nk kritik…
    yg psti cra yg ingt kita smpai tu smua orng yg blh trma….

    4 me…
    natrah the best teater after rokiah ronggeng n red kebaya

  21. anonymous says:

    lerr jgn lerr tgk salib tu..org melayu ni cepat gelabah tol aa..adoii…

    • aries_april says:

      tu la….
      i ni ari2x tngk salib….
      church tu pling bsar kat asia..
      dkt ja ngan umh..
      xda heran pn..
      smpai ank sedara tnya….
      knpa huruf T tu bnyk sngt kat rmh kita ek?
      kita orng islm x leh p kan tmpt tu?
      bdk 6 thun pn x..
      skli explain ja…

      maybe orng tu jeles kot dia yg kaji citer tu..
      erma dpt nma coz mngarah..
      coz…b4 ni..sapa pn xtau citer tu klau erma x ambl bt teater…
      coz orng muda skrng dh x ambl thu sngt…
      tu citer brpa pluh thun pnya…
      n i thun pn bla time erma bt statement dia nk arah natrah last year..
      after 23 bru i thu natrah ni siapa..
      klau dia x show @ war2x kan citer ni….citer ni trkubur cam tu ja

      • Kasih says:

        mira, btl tu…. bab alib tu bkn nya 1 isu besar sbb just ditunjuk kn sbg simbolik kepahaman.. pd yg salah paham xkn nk salahkan erma lak kan…

        dn bg ank2 muda zaman skarang, drg dh x heran ttg sejarah sbb tu komen pun ntah pape kt sini, ntah lah, ada aku kesah lah, aku x layan teater lah, tp jgn lupa tnpa sjrah sapa sbnrnya kita ni smer…

        krn erma lah ramai org tau wujud nya citer Natrah nie.. kalo x dipentaskan thn sdh, jwp nya smp ari ni org xtau wujud nya citer nie….

        • aries_april says:

          thanks kasih…tul tu..
          \mira pn br thu kwjtan natrah ni…coz time blajo sjrh kat sek dlu xda lak ksah ni…

          bla erma nk arah citer ni..
          mira tnya mak cik dkt rmh…sapa tu natrah…bru dia citer ksah natrah ni..
          last year ja mira tau…
          kbtln anne dsilva yg sllu drop kmen kat sni pn citer yg nama dia natrah tu di ambl smpna natrah tu…bpa dia ska sngt kat kisah hdp natrah

      • haha..gitu ke aries..

        papapon erma pengarah terbaek
        dgn sentuhan berbisanya..
        dia lau bikin kerja memang
        serius aku tabik sama erma..

  22. toto i comel says:

    MAMAMIA LAGI BEST!

  23. sueann says:

    aku beli tiket teater nih pun sbb erma yg arah dan sbb aku mmg suka sejarah..bagi aku biar la sapa nak kritik pun..septutnya erma teruskan ajer usaha dia..orang boleh cakap macam2 ….sepatutnya d.fatini melihat salib tu dari segi simbolik seni dalam teater tersebut…..sedih la….pada kak erma…tarik balik la perletakan jawatan tuh

    • Toblerone says:

      a’ah sueann.. tak yah letak jawatan sbb kritikan 2.. tak sokong lah dia letak jawatan.. erma pengarah yang best..

  24. Reena says:

    Interpretasi manusia berbeza..asalkan jgn keterlaluan sudah. Takkan kerana tanda salib tu jer semua kensel.

  25. Miss pocO says:

    salib…?

    kes berat ni…

  26. Ika says:

    Sabar kak.Erma… dugaan dan cabaran pasti ada bila kita nak buat sesuatu perkara baik. jangan mengalah, teruskan usahamu.. jgn biarkan org terus merendah2kan usaha murni ini. biar ada cabaran baru bererti kehidupan
    dan kejayaan pasti milikmu…ini adalah permulaan promosi teater “Natrah”

  27. nightmare says:

    nak buat tak reti
    pastu kritik orang punya
    kalo pandai sget
    buat ler… menyambah golongan yang suka kritik kerja orang sedangkan dia tiada hasilkan apa2
    cari publisiti murah la tu.. iskh benci betul

  28. mrs n says:

    hurmmm…should be no issue..sebab dlm citer lain ade jer psl agama lain…citer melayu citer tamil ker org putih ker sure ade la psl tanda2 keagamaan..
    1 malaysia kan..xkn la sensitive sgt…
    take it as +ve way…

  29. nazim nasri says:

    sy pernah tonton pementasan teater Natrah ni kat TV1 .
    sy agak terkejut dgn penampilan Bront Palare jadi paderi dan terpampang tanda salib yg sgt besar dibelakangnya.

    Bront tu Islam ke? boleh ke Islam berlakon memegang watak paderi kristian?

    im so sorry kalau apa yg nk ckp ni disalahertikan.

    • aries_april says:

      bront islm…
      nm dia yg btul pn cam orng islm…
      cma dia dduk kat boarder antr siam n kedah..
      blh le ckp siam…

      • Miss pocO says:

        kalau islam mana bleh bawak watak org bukan islam siap pakai salib lg…

        astaghfirullahaladzim…

        buat drama, kene tanya pakar agama dulu…

        • rakyatMalaysia says:

          setuju tu…psl ingat lagi dulu masa allahyarham Hani Mohsein (al Fatihah buat beliau) berlakon jadi sami Buddha..byk pihak yg bersuara…x silap smpi ada keluar statement dr majlis agama ckp diye kena ngucap syahadah balik sbb dh dikira murtad…wallahualam

          mmg bagus nk bg pengajaran n teladan melalui drama or filem or teater sekalipun…cumanye cara tu mesti kena..lagi satu, kalo pun ada msj yg nk disampaikan, biar la dgn cara yg org blh paham…kalo terlalu simbolik sgt smpi org pun x paham x guna jugak…lgpun x luak kot kalo saiz salib tu dikecikkan…

          p/s-aku tengok kut natrah musim pertama..bukan nk kata apa la…bese2 je..tengah jalan siap terngelamun kot..nasib x tido je…..aku tgk teater since form 1, time tu istana budaya pun x wujud lg…byk lg teater yg berkualiti….terlalu dikomersialkan dh teater skrg…mcm filem plak…baik g tengok kt panggung wayang….

        • MANJE says:

          X KOMERSIAL..X LAKU LA TEATER..SIAPA NAK BAYAR BIL2 ISTANA BUDAYA TU???.KOMERSIAL LA BAGUS BAGI RAMAI ORG MINAT NAK TGK.

  30. diya says:

    btul ke isu tanda salib SAHAJE?? mana nara baca?? btul xda isu lain yg dikritik?? mase pementasan natrah yg 1st, salib tu dlm gereja..

  31. ahm says:

    makcik ni merajuk ke?

  32. zuanzuan says:

    hmm….karyawan kite lately da xbh tegur @ kritik….

  33. Bkn isu salib je punca dia…. ade lai ni. tp aku xtgk le plak 1st siri tu.. teringin gak nk tahu cite dia. se lai nk kompare2 ngan versi mak aku crita. (org kmn dulu2 kenal apa Natrah yg petah ckp trg gtu)
    kenapa tak erma sit down ngan Datin.. kan bagus..

  34. esparanza says:

    saya pnh tgk live kt istana budaya. actually mmg sy pn xsetuju dgn salib besar tu. nak2 ble ade paderi2 perempuan pakai salib dalam 4 5 prg. muka semua melayu. then maya pulak menangis d bwh tugu salib tu. sy jg ada baca buku natrah. bg sy mesej xbrapa nk sampai. selaku org yg berpuluh tahun bt research pasal natrah, bg sy xslh datin fatini mengeluarkn pendapat. penat lelah dia mencari asal usul natrah, keturunan dia, terbang mencari suami natrah, surat2 cinta natrah n suami yg berabad lama disertakan sekali, interview semua. naskah nukilan dia last2 xsmpai kat audien, xseperti yg diharapkan. cuma xperlula dia bgtau semua org. direct terus kt pengarah sudah. & sama2 usaha bg lg bagus. datin fatini pn silap, suppose follow up la… ni tak, bila dah siap bru xsetuju, xpuas hati. tindakn erma tarik diri pn blh diterima akal. sapa xbengang hasil kerja dikritik, dijaja kelemahannya.

    • helme says:

      Saya setuju dengan Esparanza. Saya membaca Dewan Masyarakat (beberapa siri) sekitar tahun 90an dahulu, memang mengkagumi Datin Fatini yang menjelajah ke seluruh dunia mencari Natrah untuk memaparkan kisah hidup beliau. Memang beliau berhak untuk memberi kritikan kerana beliau lebih rapat dengan Natrah di penghujung hidup Natrah sendiri, berbanding Erma. Jadi, kepada Puan Erma, anda tidak berhak berkata Fatini menumpang glamor anda yer..

      • sha says:

        ya…setuju dgn awk berdua..sy pun bca buku biografi natrah tu..bg sy dtn fatini xslh keluarkn pndptnya..sebab dia lbh rpt dgn natrah & dia lbh tahu apa sebenarnya yg terjadi..tntg plkn melayu yg ada berpakaian salib atau yg seumpamanya..bg sy yg tu lgsg xblh diterima..haram!!!berdosa besar krana memakai pakaian yg menyerupai pakaian keagaam sesuatu kaum…cari pelakon bkn melayu la..sensitiviti msyrkt pon kena juga jaga..xkan la erma xpeka lgsg hal ni…benda terang terangan di depan mata..itulah kuman di seberang laut nampak..gajah di depan mata xnmpk lak

        • esparanza says:

          wah…… byknya komen kt bawah. bagi saya, xpayahla dibahaskan siapa salah, siapa betul… kisah natrah dan kebangkitan orang melayu tu yang kena dipersembahkan, diceritakan, diperkenalkan kepada orang ramai. kisah natrah 1 FAKTA SEJARAH yang xramai yg tahu, yg jarang2 kita dengar. setakat ni, selaku penggemar teater, mesej kisah natrah kurang sampai pd pendapat sy. but still, penggunaan salib yg dipakai “sisters melayu” tu, sgt sy xsokong.

  35. mike says:

    ah, tu dia SJ sebijik in the natural utk yg mati2 kata dia ni cantik natural la…hehehehe

  36. nazim nasri says:

    halal tk duit berlakon mengikut kehendak skrip? :)

    satu filem berjuta ringgit habis. mahal tuu.
    akhlak mereka murahh sgt2..
    dunia akhir zaman. biasalah. nk kena gulung bumi, baru tergadah.

    peribahasa baru:
    selagi tidak dihentakkan kaki kebumi, manakan bumi bergulung, selagi tk dapat harta duniawi, selagi itu mereka berpakaian seperti duyung.

  37. ieda says:

    sokong erma..letak ja jawatan tu.bg org yg banyak komplen tu arah sendiri.tengok sebaik mana dia boleh buat.

  38. XOXO says:

    x sangka erma kalah dgn kritikan… ari tu beria-ia mengata filem Magika memang, filem x bagus la, filem fantasy lah.. memang la Magika bukan terbaik.. tetapi xplak KRU bengang dgn kritikan dia.. Tp bila part erma kena kritik..pandai plak tarik diri.. x pro langsung..

  39. apa ada pada nama... says:

    gimik Erma ka letak jwtn ni utk hangatkan teater NATRAH?…Ellie Suriati kot boleh gantikan tmpt Erma….biasalah org melayu kan?….bukan datin fatini ja yg kritik..aktor khalid salleh pun kritik dan beberapa org lagi…well..selagi pihak agama dan kerajaan tak haramkan pembikinan teater ini apa nak takut….erma….

    kalau pihak berwajib senyap maknanya ok lah tu….rasanya sebelum ini ada juga filem2 melayu yg melibatkan scene menyembah patung cth filem melayu klasik Nur Islam…tiada mslh pun….namanya juga berlakon kan?…..

    kepada datin yg mengkritik tu…bukalah minda sikit…cerita itu bukan milik awak seorg….semua org boleh menginterpretasikannya mengikut cara masing2…..

    Untuk Erma…saya pasti anda akan tarik balik keputusan itu kan?…..

    • biskut says:

      yeah, datin fatini tu rase die sorang je la yg tau pasal natrah tu. :P nak tegur n kritik pun cara baik la.xla org marah. perangai dah macam tu mmg la.

      aku menyampah lak perkataan datin ni coz ade yg dapat datin ni orngnya sgt kurang diajar..

      • miss lana says:

        x bermakna pihak berkuasa x haramkan teater ini maknanya teater ni betul… x bermakna erma gunakan lambang salib dalam teater ni dia tidak sensitif pada islam, tidak bermakna datin fatini beremosi maka dia bersalah, Fatini menghabiskan byk masa menyelami cerita sebenar Natrah, Erma menggunakan pengalamannya mengintrepetasi cerita Natrah mengikut pandangan dia.. Datin Fatini tidak menggunakan saluran salah, beliau memberi kritikan secara terang-terangan, Erma tidak patut berundur klu dia yakin dengan pendiriannya..

  40. ziraabubakar says:

    tak tau nak komen apa..apa2 pun m’sia ni ramai alim ulamak. mintak nasihat dan pandangan diaorg supaya lebih jelas, terang dan telus. jgn bt assumption sendiri..

  41. wan says:

    saya penah tgk teater natrah di istana budaya dulu…erma sgt bagus dalam mengarah teater…yg tanda salib tu mmg besar…agak terkejut juga masa tu..dengan biarawati lg..

  42. sape2 aje says:

    KATE@ PERANSANG UTK ERMA :

    ‘CONTOHILAH DR. ROZMEY!!!”

    rilek je mamat tu kne kutok+kritik bertalu2..hahaha..

    rilek r erma..i know u can do it!

  43. sitipah says:

    ada haku kesah??

  44. helme says:

    Saya sokong kritikan Datin Fatini Yaacob tue.. Beliau yang sebenarnya yang mengkaji sejarah hidup Natrah selama2 bertahun2 dan focus.. Yang si Erma ni pergi cilok dari pembacaan sana-sini dan claim kata dia buat research sendiri.. Piraahhh…

  45. Rooney says:

    Siapa Datin Fatini Yaacob tu?

    Apsal tak pernah dengaq langsung nama dia?

    Grand ka dia?

    Apa accomplishment dia? Pencapaian dia?

    Pelik aku sebab tak pernah langsung aku dengaq nama si Datin Fatini ni.

    FATIN UK TAU LA!

  46. mocha says:

    suruh aje ‘si pengkritik’ tu arah teater klu die bijak sgt…….
    kak erma jgn cepat melatah, kene kuat terime kritikan, jgn peduli sgt…..ape pon sentuhan dr emma fatimah msti gempaq…

  47. dahlia says:

    aku rasa datin fatini paling layak mengarah teater tersebut.
    dia yang buat research pasal natrah mesti dia lebih arif.
    lepas tu kita compare, mana yang lebih sampai kat hati.

    • hmmmmm says:

      datin hanya arif dlm membuat research… membuat biografi… bukan dlm bidang pengarahan teater…. a depth knowlegde about an issue/ matters doesn’t make you a good director…. but it’s a plus for a director who knows a lot about what she/he is going to direct….

      if Datin has good intent to make the piece better, she should just see Erma and brief Erma what is Natrah is all about… get her to know better, as Datin claims she knows better…. and let Erma interpret it, as a director, as the best she can, because that is her forte and she’s damn good at it.. full stop!

  48. HambaAllah says:

    juz wanna share… Haram hukumnya shooting di Mekah, dosanya adalah 160 ganda. drama last saturday sgt membuatkan kami istighfar… dr buang duit n menambah dosa..baikla shoot kt negara lain…

  49. real says:

    research berpuluh2 tahun pun x guna kalau moral dan pengajaran tu x dpt disampaikan.. tujuan teater ni adalah untuk generasi baru ni kenal sapa sebenarnya natrah, apa sebenarnya yg dh terjadi, ape iktibar yg boleh kita ambik..

    x semua org yg minat membaca, x semua org minat tgk teater.. so sepatutnya dua individu berkenaan duduk semeja, berbincang mcm mana iktibar dari tragedi natrah ni dpt disampaikan kepada umum, melalui medium kepakaran masing2.. jgn la tau nk mengutuk je.. yg mengkritik tu jgn la melampau sgt, guna saluran yg betul, bgtau apa pembetulan yg patut dibuat. yg kena kritik tu jgn la cepat mengalah, kaji balik dari sudut mana yg mereka kritik, so performance sebelum ni boleh dibaiki lg..

    p/s kepada mereka2 yg x kisah, x peduli tu.. sila main jauh2. x perlu nk bgtau satu malaysia. ;p

  50. athirah says:

    salam
    aku baru je tengok teater natrah arahan erma fatima. honestly, memang best gile. she’s definitely a brilliant director to be presenting such kind of performance. plus, the awesome actors and actress. Remi Ishak, Maya Karin and Umi Aida did a brilliant job.

    and pasal datin dgn erma ni, i think it was the matter of different level of point of view. erma pandang ‘natrah’dari sudut lain. datin fatini pulak pandang ‘natrah’ dari sudut yang lagi satu.

    apa-apa pun, kita kena ambil iktibar dari ‘natrah’

    semoga ALLAH bantu kita. kuatkan iman kita.

    insyaALLAH.

  51. lady gaga says:

    dulu aku nampak erma fatima ni shopping dkt giant ulu klang beb live tu…. hahaaa…

  52. ciku masak says:

    aku dah beli tiket woiii…..4keping lagiii……ala jgn ler x jadi….if org lain yg direct,nanti x tau jadi apa plakssssss……

  53. hmmmmm says:

    owh owh…. Natrah 1 saya tgk!!! saya suka!!! Datin Fatini tu mengada2 jek…. ye lah.. bila Erma lagi popular dari dia… hangin le takde org sebut nama dia bila Natrah 1 meletop!! hmmm… kalo Erma tarik diri, takmolah tgk Natrah 2….

    kritik pun, biarlah menunjukkan kecerdikan kita dlm memberi pandangan… salib dlm scene tu takde nya sensitif2…. benda mcm tu pun nak dikritik… erma tu lebih ‘superior’ dlm kerja2 teater neh… org buat biografi duk senyap2 jelah.. tak ske, jgn gi tgk.. sudah… kami2 yg membeli tiket ni, nak tgk teater yg bermutu… yg kreatif.. yg ada idea tersendiri.. yg unik… bukan ikut buku semata2… kalo nak ikut buku, kami beli buku baca kat umah saje… :P

    • miss lana says:

      bila populariti lagi penting dari agama… betul kata Datin Fatini..

      • mamaIzzah says:

        erma superior??? are u sure??? cuba u deal dgn dia secara langsung.. u kenal la sape dia kelak..

        cakap sembrono ni menjejaskan iman tau tak..
        Salib takde rasa ape-ape..itu namanya hati dah rosak.

        tak perlu baca kitab-kitab agama..cuba cari kat “google’ je..apa jadi kalau kita tengok salib bagi orang Islam..

  54. Annedesilva says:

    apesal sume dok ckp nama saya?
    patotla tersedak2 saya dbuatnya…hihihihihihih

  55. bad says:

    Actually..SALIB tu mmg xde maksud apa2 pun bg yg memahami jalan cerita kehidupan NATRAH..Jgn hanya nk kritik psl sentiviti agama sj SEBAB Msia ade bbilang bangsa dan agama..X yah dsebut psl agama2..Kite pun tahu shingga ke akhir hayat nyer NATRAH tetap kembali memeluk KRISTIAN..kerna itu la ditunjukkan SALIB kerna itu mlambangkn agama yg dia anuti..takkan nk letak masjid sedangkan dia KRISTIAN..SALIB la yg sebetulnyer..

    • kurus says:

      ha a..tu la kan kan..

      • kina says:

        xberhak langsung ckp mcm tu…mcm na awk tau natrah tu kristian atau islam..awak xberada di smpg dia…hanya dia dan Allah saja yg tau

        • bad says:

          Laaa..kina..awk x tau ke kisah natrah ni..sepatut nyer awk bc dulu kisah natrah nie..bru awk bole bc komen..dh terang2 awk masih lg nk pakai suluh..itu la org kite..setiap insan bhak bg pendapat..hrp awk faham ye kina..

  56. Deqnor says:

    Kalau nak mengkritik karya org lain biarlah kritik yang membina bukan menjatuhkan kreabiliti seseorang….kalau dia (datin) rasa karya dia yg terbaik suruh dia sahaja mengarah teater natrah yg ke 2….kita tengok hasilnya…

  57. beauty91 says:

    erma memang ska kontrvsi sblm filem dia d tyngkan… hihihi kn slalu g2… tgk la,sgelintir filem nye msti je ade kontrvsi yg brlku sblm filem menyusul kuar.. kta kn 1ms`ia… hihi cba kalo org kristian yg wat taeter 2.. then ltk msjd time pementsan… 1 dunia.. gempar kut?? msti smua bla..bla..bla.. x sensitif agama ler.. ape le…

  58. kurus says:

    ok..aku dah baca seme kt sini..
    jadi kesimpulannya:
    pengarah ni tk nak berundur dari ‘ego’nya..kerana nak tanda tu AMAT2 BESAR, sedangkn boleh jugak dibuat dgn BESAR yg kecik sikit..

    pengarah ini nak plot cerita terus..STRAIGHT TO THE ‘END’ POINT, dan mahukan ianya THE BIGGEST STATEMENT..sbab di akhir cerita budak tu balik semula ke agama asal.

    si penulis novel pulak, nak KESELURUHAN PLOT diberi PENEKANAN..supaya orang semua FAHAM..
    the 6W’s..who what when why where and how..
    ALL PUT TOGETHER in one PIECE OF THEATER..

    okay.. i get it..

    yg sorang..macam ni lah..
    kalau kita pergi restoran..kita terus tanya HARGA.

    yg sorang lagi..
    kalau kita pergi restoran..kita tanya jenis masakan, makanan berkhasiat, tempat duduk, dan harga berpatutan.

    yg mana korang rasa SEPATUTNYA??

    • kurus says:

      anyway..natrah adalah seorang atheis akhirnya..mengikut cerita sebenar..that s why fatini tk suka fatima memberi gambaran yg berlainan

  59. nobody says:

    dua2 nya bagus dlm bidang masing2..mcm mana kak erma nk interpretasikan natrah dari sudut seni theater, tak perlu dipertikaikan selagi jalan ceritanya betul dan mengikut sejarah..

    Aku ade beli buku fatini yaacob tu lepas pi tgk theater natrah.. Datin tu ade jual buku tu kat luar pentas, aku tgk dia tu cam sombong sket, nk ambik gambar pn mcm tak frenly, senyum pn tak, masam jer… aku beli gak la buku dia sebab teringin nk tahu sejarah yg betul ttg natrah.

  60. puteri maple says:

    sape diorg nak kutuk keje yg org da buat…
    kalau da buruk sgt naper ader siri ke-2???
    nmpk sgt cter natrah nie best…
    g pun, tgk cter2 arahan kak erma memg best..

  61. kora-chan says:

    lorrr apsal jadi camni..baru nak call tecket centre tu hr ni nak book tiket..yg natrah 1 hr tu x sempat book dah sold out…heee

    k.erma, sabar ye…dugaan nie..kami sokong k.erma..alaa, datin tu, biasa laaaa..die nak bolot sorang je kot..xpun nak cr publisiti.hihihi

  62. Miss pocO says:

    ape kes…

  63. non says:

    cian erma..nak kritik2 pun membina laaa…bukan mudah nak jadi pengarah, mengarah..kene ko mengarah, kot tercari2 arah..cube bekerjasama..dah sama2 melayu, sama2 bahasa, sama2 pandai, klu sowang pro pasal sejarah natrah mcm pernah ade kat tempat kejadian , bgtaulah erma tu so xdelah dia tersalah mengarah..ish ish ish

  64. apa ada pada nama... says:

    Milik KRU?

    Oleh azian aziz

    MELIHAT trailer Hikayat Merong Mahawangsa yang dihasilkan KRU di internet menyebabkan penulis buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, Datin Seri Fatini Yaacob terus tertarik dengan hasil kerja kumpulan adik-beradik itu.

    Ini kerana kebolehan dan kepakaran yang ada pada KRU dalam menghasilkan filem epik itu dapat membantunya memfilemkan sejarah Natrah.

    Malah kata pengkaji sejarah Natrah sejak 20 tahun lalu itu, bakat pengarahan Yusry dengan bantuan imej janaan komputer (CGI) berjaya mengurangkan bajet ke tahap yang rendah, namun hasilnya sangat mengkagumkan.

    “Hasil kerja mereka cantik dan saya tertarik apabila mereka berjaya menggabungkan elemen mistik dan artistik dalam filem sejarah itu.

    “Teknologi yang digunakan juga canggih apabila mereka dapat menghidupkan suasana perang yang melibatkan puluhan ribu tentera.

    “Sekiranya diguna elemen biasa, pasti melibatkan bajet yang besar untuk membayar sekian banyak pelakon tambahan.

    “Filem Natrah nanti pasti tidak dapat lari daripada hakikat ini kerana begitu banyak orang Melayu yang terlibat pada masa itu,” katanya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

    Bagaimanapun kata Fatini, beliau masih belum membuat sebarang keputusan atau perbincangan rasmi dengan mana-mana pihak termasuk KRU sendiri.

    Ini kerana katanya, semuanya memerlukan kajian, perancangan dan perbincangan yang teliti agar ia tidak menjadi filem tangkap muat yang hanya memaparkan nilai komersial dan hiburan semata-mata.

    “Pada saya bukan mudah menghasilkan filem sejarah yang benar-benar bermutu dan mampu menarik ribuan penonton ke panggung wayang.

    “Ini kerana semua pihak yang bertanggungjawab dalam pembikinan filem tersebut perlu memastikan apa yang bakal dipersembahkan tidak lari daripada apa yang sebenarnya berlaku.

    “Mereka juga perlu bijak menggunakan kecanggihan teknologi agar penonton dapat merasakan mereka benar-benar berada di zaman tersebut.

    Nilai pokok

    “Hanya kemampuan yang ada pada penerbit dan pengarah seperti KRU mampu menghasilkan filem sejarah yang benar-benar bermutu,” ujar beliau.

    Fatini menjelaskan, Natrah adalah kisah sejarah negara di mana berlaku kebangkitan rakyat yang terbesar dalam sejarah 500 tahun penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dalam Rusuhan Natrah 1950.

    Beliau memberitahu, ketika itu beratus ribu masyarakat Melayu tanpa mengira fahaman politik bangkit bersatu untuk menebus maruah Islam apabila akhbar pro penjajah Singapore Standard dan The Straits Times menyiarkan gambar-gambar dan berita mengatakan Natrah memeluk Kristian sebagai provokasi yang disengajakan terhadap Islam.

    “Kebangkitan orang Melayu yang penuh semangat untuk membela Islam dan Natrah, turut menarik simpati serta mendapat pertolongan hebat bangsa lain seperti Cina, India dan Serani yang sanggup menyokong dan bertaruh nyawa menentang British.

    “Jika filem ini diserahkan kepada mereka yang hanya pentingkan keuntungan, ia akan menjadi filem biasa dan pengorbanan nyawa dalam membebaskan agama dan tanah air oleh orang-orang Islam dan bukan Islam dalam sejarah Natrah mungkin tenggelam,” tegas beliau.

    Tambah Fatini, beliau yakin walaupun Natrah filem sejarah ia juga mempunyai nilai komersial jika diarahkan oleh pengarah yang tepat.

    Apa yang penting ujar beliau, nilai positif di sebalik kisah cinta tidak kesampaian Natrah dapat diketengahkan dan mampu menyentuh jiwa rakyat Malaysia terutama orang-orang Melayu untuk bersatu menentang sebarang bentuk penjajahan di negara ini.

    Dalam pada itu kata Fatini, pada masa ini beliau turut memberi tumpuan kepada teater bergerak Natrah versinya yang bakal di pentas di seluruh negara tahun depan.

    Karyawan Tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu memberitahu, skrip teater itu telah disiapkan dan hanya perlu dikemaskan dengan olahan kreatif.

    “Mengikut perancangan, teater Natrah ini akan dipentaskan di seluruh negara. Bagaimanapun pengarah dan para pelakonnya masih belum boleh diumumkan buat masa ini kerana masih dalam peringkat pemilihan.

    “Yang penting teater Natrah ini akan memaparkan elemen-elemen yang sepatutnya iaitu sejarah, nilai Islam, penyatuan rakyat selain kisah hidup Natrah,” katanya.

    Disamping itu katanya, selain teater bergerak, sessi ceramah juga akan diadakan bagi menerangkan bagaimana isu Natrah ini memberi kesan yang mendalam terhadap penyatuan kaum dan penyatuan Melayu.

    Mengulas mengenai pementasan Natrah sebelum ini, Fatini berpendapat, pengorbanan dalam membebaskan agama dan tanah air dalam sejarah Natrah sepatutnya menjadi nilai pokok dalam mana-mana karya Natrah yang dihasilkan baik teater, filem, drama dan sebagainya.

    Menurut Fatini, nilai pokok itu jauh lebih penting dan hebat daripada kisah hidup atau kisah cinta tidak kesampaian Natrah.

    “Rasionalnya nilai pokok ini perlu diangkat kerana ia memaparkan semangat murni dan pengorbanan nyawa demi agama yang luar biasa dengan Natrah ditakdirkan Allah sebagai pembangkit semangat itu.

    “Dengan membuang nilai pokok ini, kita membuang masa yang sangat bernilai untuk mengalirkan semangat pembelaan terhadap agama iaitu dengan bangkit menyatakan kebenaran walau apa pun keadaan,” kata beliau.

    • rakyatMalaysia says:

      actually setuju sgt dgn komen fatini ni…bukan apela…1st time aku tau psl natrah…aku baca kat paper…time tu aku baru nk msk sekolah rendah…ada ruangan kat mingguan malaysia kalo x silap…bila baca tu…terasa semangat perjuangan Islam tu meluap2…kiranye bile aku kenangkan natrah, ape yg aku bygkn ialah semangat org melayu masa tu yg sanggup nih bersusah payah dtg dr jauh dengar keputusan mahkamah atas nama Islam…tapi bila aku g tengok teater arahan erma ni, yg nmpk jelas ditonjolkan ialah adegan cinta si natrah dgn mansur adabi…bab2 lain tu adela cubit sini sket, sana sket…lebih kepada monolog dalaman si natrah…mmg la interpretasi masing2…mungkin erma lebih bminat dgn natrah punye personal feelings whatsoev…tapi bila naskah sejarah mcm ni (when i say sejarah, i’m not referring to natrah, aku ckp psl kebangkitan org melayu Islam zmn tu) diangkat ke istana budaya, matlamat tu biarla lebih meluas…utk menerapkan nilai sejarah n kesedaran pd org ramai…bukan semata2 menunjukkan camne sorg gadis penah seronok bercinta yg kemudian terpaksa murtad sbb keadaan…masa aku tgk natrah itu ari, balik2 bab cinta…part yg diorg ramai2 g wat kecoh kt mahkamah tu, kejap je….x melekat kat ati pun….serupa cam aku tgk citer hindustan…patutnye pihak kementerian or IB kena la pantau benda2 camni…amik kira la pendapat ahli sejarah ke…ni tau nk untung jek…

      kepada si MANJE…ko ingat kalau teater2 ni pengisiannye xditukar n dikomersialkn, org x g tengok teater ke? aku byk kali je g tgk teater bajet rendah…x msk paper pun, tapi ramai je yg tengok…pastu mesejnya jelas, sampai…x perlu nk dimuzikalkan…memang teater erti kata sebenar…nmpk sgt ko ni bukan peminat teater yg sejati…psl ko minat tgk yg femes2 je…n 4 ur information, IB byk lagi acara lain utk tampung byr bil diye. bukan teater je…IB akan still beroperasi…bil letrik api suma ade source of income diye…pastu ade lg subsidi dr kementerian…aish…lain kali bertanya dulu sebelum ckp n sesat jalan….

      • Rooney says:

        LOL si Manje ni sangat cetek pemikiran nya.

        You ingat teater ni is all about commercial ke?

        Let me ask you.

        How many times kau pergi menonton teater dekat belakang stor buruk DBP tu?

        Kau tau tak most of the pelakon hebat nowadays datang nya daripada stor buruk tu?

        Pasal nak bayar eletrik tu, kau jangan risau lah.

        Tuan besar punya IB tu banyak connection dengan menteri-menteri so sumber duit tu agak luar-biasa sikit jadi jangan lah engkau risau sebab bukan duit engkau pun yang membayar bil bil letrik and what so ever bil bil luar-biasa ni.

  65. Bom aTOM says:

    Yang sebenarnya Datin Fatini ni rasa kisah Natrah adalah hak eksklusif dia sorang je. Jadi, kalau nak buat apa2 pasal Natrah kenalah ikut telunjuk & kemahuan dia.

    Mungkin Datin ni dah lupa kot, kisah & peristiwa Natrah ni melibatkan ramai org..jadi, mestilah ada bermcm2 versi…
    mcm cerita Hang Tuah.

  66. don says:

    post panjang menjele2 ni org tk baca la!

  67. Rooney says:

    Oh Datin Fatini, how i wish you are reading this.

    Kau lah perempuan tua yang tak sedar diri, tiba tiba je kau cakap kau kata KRU aje yang boleh buat teater Natrah ni.

    Why? Kau nak letak celah mana CGI effect ni?

    Teater Natrah is about playing with emotion not with CGI you stupid perempuan Tua.

    How the hell you dapat title datin which Menteri yang engkau tackle pun aku tak tahu.

    Well CIK FATINI, you bukan nya Natrah pun and NASKAH you tu pun tidak cukup untuk mendalami NATRAH it self sebab you bukan Natrah.

    By the time u tulis buku Natrah ni pun, Natrah dah tak ada kat dunia ni lah!

    LOSER!

    • mia says:

      nauzubillah..xbaik ckp mcm tu pd orang..kalau xbetul apa yg awak ckp tu,suatu hri nnt psti tuhan akan bls perbuatan awak sebab memalu dn menghuna org lain..nauzubillah

  68. Rooney says:

    Oh anyway,

    Dia ingat KRU tu bagus sangat ke?

    Lagu intifada tu pun korang ingat KRU ke yang tulis sebenarnya? It was somebody else when KRU bought the song and change the ownership.

    LOL, jangan ter tipu lah!

  69. sab says:

    Assalamualaikum..
    Ape yg Datin Fatini Yaakob komen memang ada kebenaran..saya dah miliki buku Natrah ‘cinta, rusuhan & air mata’, terlalu berbeza dgn teater Natrah itu sendiri..apa yg dapat saya simpulkan, Erma kurang melakukan penyelidikan & mesej yang ingin disampaikan dalam teater Natrah 1adalah gagal ..
    Datin fatini bukan menulis berdasarkan pengamatan semata-mata..beliau mengkaji secara menyeluruh melepasi benua mencari & berhadapan arwah Natrah sendiri..
    Sebagai profesional Erma tidak wajar letak jawatan..jelas la beliau tidak rela dikritik & tidak suka dikritik..sedangkan kritikan selalunya membina..

    • Rooney says:

      Well,

      Kalau nak masuk kan satu buku ke dalam teater tu susah lah.

      Macam cerita Lagenda Budak Setan jugak, dia cuba nak masuk kan all stories dalam filem tu sampai filem tu jadi rushing semacam sebab nak cover all stories.

      Jadi Erma Fatima ambil langkah yang bijak dengan menyelit kan certain stories sahaja.

      Tapi point sekarang bukan pasal story, tetapi pasal Si Bedah Fatini ni kata Erma kurang ilmu.

      So siapa yang kurang professional sekarang? Nama je Datin, celah Datin mana aku pun tak tahu. Datin yang suka menjaja nama suami, bercakap bodoh sombong serta meninggi diri di hadapan orang ramai adalah kut.

  70. gg says:

    merajuk ah tue..tp cube justify ikut masing2 laa..baca artikel kat utusan 11/11/10..luahan dri datin fatini..timbang2kanla..

  71. pemerhati says:

    Fatin kena look at the whole thing from a different perspective. Kenapa ada salib dan unsur2 Kristian purposely being highlighted. Kita kena lihat dari banyak perspective, kalo dia kaji sejarah 2lah climax sejarah ni, antara Islam & pengaruh Kristian dia…jangan terlalu bias. kalo rasa2 dah pandai, jadi lah Director and lets see if dia boleh menterjemahkan sejarah yang telah diwar-warkan. Mungkin ini publisiti murahan untuk Fatin melakukan lagi jualan buku dia, wallahualam!!

  72. mamaMIA says:

    team kak erma..!!!

    datin fatini ni la contoh mentaliti segelintir org malaysia ni..
    x flexible..

  73. mamaIzzah says:

    tunggu tayangan Natrah versi TV di astro nanti. Natrah ini melibatkan Datin Fatini.

    Kita mmg kenal erma fatima sbb dia dr dulu berlakon dan mengarah.
    Tapi, tidak boleh mempersoalkan apa kata Datin Fatini sbb dia antara kamus hidup tentang Natrah.
    Kalau baca buku Natrah karangan beliau atau mana-mana cerita tentang Natrah, kita takkan nampak nilai Hindustan seperti yang Erma paparkan dalam teater.

    Budaya lagu dan tarian yang ditonjolkan itu, budaya melayu atau islam kah? Bukan Datin Fatini saja yang akan mengkritik.. Orang awam bahkan ahli-ahli sastera pun mempersoalkan cuma kita tak nampak..

    Yang kita nampak, Erma teraniaya. Walhal tidak pun.

    Orang Malaysia terus-menerus perlu dibudayakan dengan ILMU dan PEMBACAAN…bukan hanya perlu pendengaran semata-mata. Jika tidak, kita akan salah menilai..

    Untuk komen selanjutnya, baik kita baca buku dan tengok teater n TV.Baru kita tahu kebenarannya..