Engku Emran Diberi Hak Penjagaan Engku Aleesya

Hiburan

Engku Emran Diberi Hak Penjagaan Engku Aleesya

Masih lagi bercerita mengenai penceraian Erra Fazira dan Engku Emran. Hasil perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 5 tahun. Berdasarkan persetujuan bersama, Engku Emran diberi hak penjagaan sepenuhnya anak mereka. Manakala Erra Fazira selaku ibu diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan. Keputusan ini dibuat tanpa sebarang pertikaian.

erra fazira

Advertisement

Untuk makluman, Erra Fazira dan Engku Emran telah pun berkahwin pada Oktober 2007. Hari ini, lafaz cerai telah dilakukan oleh Engku Emran di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kira-kira jam 12.50 tengah hari. Erra kelihatan tenang ketika lafaz cerai talak satu dilakukan sementara Engku Emran pula nampak sebak. Erra telah hadir dengan bertopeng muka ke mahkamah ditemani rakan baiknya, Umie Aida dan Erma Fatima.

erra fazira

Erra menjelaskan yang permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu. Erra juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada suaminya. Kata Erra yang dipetik menerusi Mstar Online:-

Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai

erra fazira

Kalau sudah tertulis jodoh sampai ke sini saja, apa lagi yang mampu kita lakukan? Semoga tanggungjawab selaku ibu dan bapa kepada Engku Aleesya tidak akan diabaikan oleh Erra dan Engku Emran. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka. Takziah atas penceraian ini. Hanya mereka yang tahu apa yang terbaik.

P.S: Lelaki tawarkan badan sendiri untuk dijadikan makanan harimau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...