Written by AbangNara | May 11th, 2015

Pelik sungguh dunia zaman sekarang ini. Apabila ada lelaki yang enggan menyentuh wanita bukan mahram, perkara tersebut pula yang menjadi isu dan dipandang dipelik. Sedangkan ia adalah satu tuntutan dalam Islam. Kesian sebenarnya menjadi Izzue Islam yang cuba mengelak diri daripada melakukan perbuatan berdosa. Selaku seorang pelakon, sememangnya ada babak bersentuhan dengan pelakon wanita lain, namun Izzue Islam mengambil keputusan untuk meletakkan syarat tidak melakukan babak tersebut di dalam mana-mana drama atau filem lakonannya.

izzue islam

Sepatutnya sebagai sebuah negara Islam dengan majoriti penduduk beragama Islam, perbuatan Izzue Islam ini disokong dan mendapat sokongan ramai. Sayangnya ia menjadi satu perkara yang menjengkelkan bagi sesetengah pihak sehingga Izzue dituduh berlagak alim. Kata Izzue Islam:-

Saya tidak memilih watak tetapi meletakkan syarat terhadap sesuatu watak yang ditawarkan kerana ia adalah untuk kebaikan serta menjaga adab lelaki dan perempuan. Sebelum menerima sebarang tawaran saya akan berbincang dahulu bersama pengarah supaya tidak melakukan adegan berpegangan tangan atau ‘body contact’ sebaliknya ia ditukar dengan cara lain.

izzue islam

Banyak lagi cara lain untuk menyerlahkan sifat romantik atau penyayang di dalam sebuah lakonan. Tak perlu nak pegang sana-sini pun. Buat Izzue Islam, teruskan dengan pendirian anda. Abang Nara yakin ramai peminat yang menyokong tindakan anda ini. Buat para pengarah, mungkin sudah tiba masa untuk anda cuba menjadi lebih kreatif dalam menghidupkan drama/filem lakonan anda. Abang Nara percaya pada masa akan datang lebih ramai pelakon lelaki serta wanita yang akan mempunyai kesedaran sebegini. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 responses to Enggan Bersentuhan Dengan Wanita, Izzue Islam Nafi Berlagak Alim

  1. melati says:

    Gay …lew ko yer…

    0

    0
    • yirt says:

      owhhh takut bini.. bini pulak tak takut dengan suruhan Allah..

      0

      0
    • karim bin zema says:

      Pelik dunia sekarang ini? Awak lupe ke perjuangan rasul2 terdahulu mcm mane? Dalam menegakkan kebenaran terlalu banyak halangan yg harus ditempuh. Bertabahlah kerana kemenangan itu pasti tiba

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      boleh di tukar ngan cara lain..cara lain yg macmana tu izzue? cara bebeual2 kt atas katil eh boleh ? janji tk bersentuhan gitu ? jangan nk mengarot sangat lahhhh kalau gitu izzue berlakon watak abang atau bapak la ..atau pon watak jadi ustaz ke watak pak haji ke ok pe ! lagi pon u dh kawin dh tk layak nk jadi hero lagi banyak lagi pelakon hero yg lain huh ! eh helo ! lu jaga bini lu suda laaa..

      0

      0
  2. zietafus says:

    Baru baru ni seorang pengacara dr indonesia berusia 30 an meninggal dalam keadaan yg sngat mengujakan semasa hidupnye memeluk perempuan dan berpegangan tangan dngan wanita yg bkn muhrim setiap hari malahan mencium pipi dahi dan sebagainye masih di angkat darjatnye oleh Allah kerna keikhlasan mencari rezki..tetapi die terkenal tidak meninggal kan amalan yg wajib serta manusia yg kuat bersedekah
    Di jemput hayatnye..pada hari jumaat..dan wajah nye berseri seri sangat..ketika masuk ke liang lahat nmpak yg die di terima di sisinye oleh Allah S.W.T…di sini kte wajib tahu yg menentukan segale perbuatan dan ape jua yg kte lakukan klu berserah sentiasa kepadanye dan ikhlas untuk mencari rezki Allah lebih mengetahui nye..wallahuallam..

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      ape yg minah jambu tau pengacara indonesia yg kau cakapkn ni kalau tk salah yoga Shaputra dia memang baik n selalu bersedekah n tk pernah tingal solat..semoga Olga di tempatkn di dlm golongan orang2 yg beriman dn di sayangi Allah..

      0

      0
  3. onexox says:

    Good move…

    0

    0
  4. muak bajet alim says:

    bagus lah lepas kahwin dah tak de nak sentuh pelakon wanita lain..atas tuntutan islam katenye…

    cume satu je nak tanye, si isteri bile nak berhijab?

    0

    0
  5. Mak Jemah says:

    bini tak bertudung bukan tuntutan islam ke?

    0

    0
  6. Kiah Propa says:

    Ada satu akhbar cakap pasal izzue ni yang menolak bersentuhan dgn perempuan tetapi isteri nya gigih menyalam lelaki lain,apakah yang cuba dia sampai kan ek?

    0

    0
  7. Anti poyo says:

    Takut bini..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    lawak betul laa izzue ni..dia xnk bersentuhan kerana tututan agama.mmg betul laa tindakan tu…tp yang bini xikut tuntutan dalam agama macam mana pulak tu..xnk nasihat bini ke suruh ikut tuntutan agama..izzue ooiiii…kalau banyak sangat pantang larang , nyanyi je laa..xpayah nk pegang2 sapa2 dah.lagipun asalnya awak tu kan penyanyi..

    0

    0
  9. onestep says:

    sekurang-kurangnyer dia dah mulakan langkah yg pertama, walaupun kecil langkahnya, InsyaAllah besar impaknya…

    0

    0
  10. nur jihad says:

    Nama dia pun ada word ISLAM. Berat tanggungjawab nk jaga nama baik ISLAM ni. Apa dia buat mmg betul so tak perlu lah dipertikaikan. Nobody perfect & sekurang2nya dia dah mulakan sesuatu yg baik. Zaman skrg ni bila nk buat baik mmg bnyk cabarannya. Jihad menentang nafsu diri adalah lebih utama dr berjihad berperang.

    0

    0
  11. mamaqaseh says:

    Sayangkan isteri… Aurat isteri perlu dijaga. Aurat isteri maruah suami.

    0

    0
  12. kiah says:

    suruh isteri ko bertudung dulu lah ye..menjaga adat pulak..

    0

    0
    • matahari says:

      btl la org cakap..bila nak buat baik pon org kutuk macam2. tak pe izzue, tak ramai yg berani bg statement mcm ni sbb takut di salah erti.

      0

      0
  13. N says:

    Ni bukan ke tajuk pasal Izzue Islam menolak bersentuhan degan pelakon wanita? yang siap merapu meraban ckp psl bini dia tu kenapa? yg semua bagi komen2 menghina x ingat dosa pahala tu mcmana?

    0

    0
  14. Nek Bunga says:

    SYUKUR ALHAMDULILLAH ada artis muda yg. MULIA mcm. nak Izzue Islam ni! Tabahkan hati nak – pengikut SYAITAN kan berlambaq; dan depa sebenaqnya PENAKUT dan TAMAK! Nek baru tengok artis lawak Melayu kat TV, pompuan pula tu, ketawa TERBAHAK-BAHAK dgn. mulut luas TERNGANGA, lepas tu buat lambang kepala SYAITAN pula, Baphomet, akibat terpengaruh melulu, budaya Barat-Zionis mcm. si BANGANG!

    0

    0