Empat Wanita Tampil Dakwa Dirogol Pelakon Popular Korea, Park Yoo-chun

Hiburan

Empat Wanita Tampil Dakwa Dirogol Pelakon Popular Korea, Park Yoo-chun

Dakwaan serangan seksual terhadap pelakon popular Korea Park Yoo-chun- 30, semakin bertambah apabila dua orang lagi wanita tampil dengan dakwaan telah dirogol pelakon itu. Yoo-chun kini dikatakan telah merogol empat orang ‘mangsa’.

Media Korea melaporkan, menurut polis pada 18 Jun, pengadu ketiga dan keempat telah tampil untuk memfailkan pertuduhan berasingan terhadap Yoo-chun. Seorang wanita mendakwa Yoo-chun merogolnya dalam bilik air di sebuah pusat karaoke pada Februari 2015, manakala seorang lagi mendakwa dirogol Yoochun di bilik air rumah pelakon itu pada Jun 2014.

Kes-kes ini muncul hanya beberapa hari selepas seorang wanita berusia 20-an memfailkan laporan polis ke atas penghibur itu pada 10 Jun, mendakwa diserang secara seksual oleh Yoo-chun awal bulan ini dalam bilik air sebuah bar yang merupakan tempat kerja wanita itu.

Advertisement


Walaupun selepas itu wanita itu menarik balik pertuduhan, mengatakan ‘tiada paksaan dalam melakukan seks dengan Yoo-chun’, polis memberitahu akan meneruskan siasatan, memaklumkan bahawa yang dituduh masih boleh berhadapan pertuduhan jenayah. Polis turut memaklumkan pengadu boleh dihukum sekiranya membuat dakwaan palsu.

Walau bagaimanapun, pemfailan pertama membawa kepada kesan domino, di mana wanita kedua mendakwa dia akhirnya menemui semangat untuk membuat laporan polis setelah mengetahui tentang siasatan yang sedang dijalankan terhadap Yoo-chun. Wanita kedua memberitahu Yoochun menyerangnya secara seksual di sebuah bar tempat dia bekerja di Gangnam–serupa dengan dakwaan wanita pertama.

Sementara itu, lukisan berupa kartun sebuah tandas, seorang lelaki, serta beberapa watak dan objek yang tidak dapat dikenal pasti, dipercayai dilukis sendiri oleh Yoo-chun beberapa tahun lepas, telah menjadi viral di media sosial. Begitu juga dengan imej komen yang dibuat oleh seorang peminat luar Korea yang menulis, “kenapa Yoo-chun suka sangat lukis gambar tandas, LOL, apa motifnya?”

Yoo-chun merupakan seorang pelakon sangat popular di negara Asia, antaranya Jepun dan China.

Pegawai dari agensi bakat beliau, C-JeS Entertainment, terus menafikan tuduhan terhadap Yoo-chun, mempertahankan yang pelakon itu tidak bersalah. Mereka berkata tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah Yoo-chun secara lisan mahupun bertulis. Mereka berkata Yoo-chun memberitahu akan meninggalkan dunia hiburan sekiranya ada antara tuduhan ke atasnya didapati benar.

Yoo-chun buat masa ini sedang berkhidmat sebagai penjawat awam di Pejabat Gangnam-gu di Seoul kerana menjalani khidmat ketenteraan.-beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...