Emma Maembong Nafi Dirinya Kekasih Zizan Razak

Hiburan

Emma Maembong Nafi Dirinya Kekasih Zizan Razak

Setelah Zizan Razak mengakui yang hatinya sudah dimiliki oleh seorang wanita, banyak pihak yang membuat spekulasi mengenai identiti wanita bertuah itu. Terbaru, nama Emma Maembong dikaitkan kerana kehadirannya ke majlis hari jadi Zizan baru-baru ini.

emma maembong

Advertisement

Kalau Emma Maembong jadi kekasih Zizan, memang sama cantik sama padan. Namun Emma telah tampil menafikan perkara tersebut. Menurut Emma, mereka berdua hanya rapat kerana dirinya berada di bawah syarikat Zizan. Kata Emma kepada Sinar Harian:-

Bagi yang tidak tahu, saya sebenarnya berada di bawah pengurusan syarikat milik Zizan. Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan. Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu. Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya.

emma maembongKalau bukan Emma Maembong, siapakah wanita bertuah tersebut? Kaka pun dah nafikan bukan dirinya. Abang Nara rasa, wanita tersebut adalah daripada golongan bukan artis. Mungkin daripada kelab peminat Zizan sendiri. Tak sabar rasanya nak mengetahui identiti wanita yang berjaya mencuri hati Zizan ini.

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...