Written by Bella | March 20th, 2017

Lama juga kan pelakon Emma Maembong dan Kamal Adli berpacaran. Tidak dinafikan, ramai yang suka melihat pasangan ini bersama, kalau boleh biarlah hubungan mereka ini dapat berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Namun, Emma sendiri memberitahu buat masa ini mereka berdua tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Kamal juga mahu Emma memberikan tumpuan kepada kerjayanya.

Sebenarnya susah untuk saya berkongsi tentang perkahwinan. Dia mahu saya fokus kepada kerjaya dahulu. Sejak saya masuk dalam industri setiap tahun akan cerita saya hendak kahwin tapi sampai sekarang tidak kahwin-kahwin juga.

Orang pun mungkin muak untuk dengar, saya sedar mungkin kerana saya terlalu terbuka untuk berkongsi kisah cinta sehingga membuatkan orang mahu kami berkahwin. Tapi jodoh bukan di tangan kita entah-entah saya berkawan sahaja dengan Kamal tapi kahwin dengan orang lain pula nanti.

Berbicara mengenai status terkini hubungan beliau bersama Kamal, Emma hanya menjawab Kamal adalah seorang kawan lelaki paling rapat dengannya.

Dia bukan lelaki istimewa dalam hidup saya kerana lelaki istimewa adalah bapa saya. Jika dia menjadi suami saya barulah boleh dipanggil lelaki istimewa. Buat masa ini dia adalah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya.

Peminat hanya ingin yang terbaik buat Emma dan Kamal kerana kedua-duanya pernah melalui episod duka dalam percintaan sebelum ini. Apa-apa pun, segala keputusan terletak di tangan mereka. Kalau ada jodoh ada lah. Tak gitu?

Sumber Berita : mStar Online

[jetpack-related-posts]

14 responses to Emma Maembong Belum Ada Perancangan Untuk Berkahwin Dengan Kamal Adli

  1. kreuk says:

    ah kamal, masa nk break up la baru buat ayat serius keciwa, padahal asyik hold je. tggu masa nk kena sailang la kalau hold lama2.

    11

    0
  2. ohAku! says:

    Oh ea? mmg muak pon. ko berlakon pon aku dah muak tgk sbb sameeeeee je pembawakan ko. sng cte ko membosankan. bye

    9

    1
  3. CPS says:

    Emma ni muda lagi.. better fokus pada kerjaya dulu..

    5

    0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      betol tu…kalau nak berlakon teruskn berlakon sampai Berjaya menjulang piala kemenangan best actress jadi seniwati yg di ingati ramai..contoh macm seniwati sarimah neng yatimah saadiah dn ramai lagi…ni tak asek2 ada kontolbesiii aje ngan jantan Berjaya ke nama Nye tu ?? yg si kamal pulak dia nak tungu sampai pompan dh basi baru dia nak fikirkn nak kawin ke tknak…itu pon belom tau lagi..

      1

      0
  4. Anonymous says:

    saja bg ayat hint sruh kamal tu cepat sikit.tu pun cpaham2 lg ke kamal

    4

    1
  5. ghadisk says:

    kamal ni sjak dgn intan lg xnk pk psal kawen..last2 kene tggl frust menonggeng..ni wt g..aku tepuk tgn je klau kne tggl skali g..klau xsedia nk kawen xyah bcnta la buang msa je dgn laki yg cmni..waterpark!

    11

    0
  6. Anonymous says:

    Emma muda lg.. Jgn terburu utk berkahwin..kejar cita2 dlu. Emma bagus berlakon cuma nmpk membosankan sbb asyik dpt watak bini or gf yg marah2 je. Lgpn..kalau ko berlakon dgn mana2 lelaki nmpk mcm budak2 sgt. Seolah lelaki tu pedophilia plak bercinta ngn budak2. Mgkn emma boleh cuba nasib berlakon filem mcm narnia, spy kids, jumanji and cerita budak2 yg lain.

    5

    0
  7. anon says:

    Nara , boleh tlg tak ?
    Tlg jgn update ceta pasal Minah Kembong ngan mamat poyo ni…
    x selera lah nk baca …

    0

    4
  8. lara alana says:

    “buat masa ini dia adalah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya”
    – ayat emma
    hehehe, dah kena frenzone la ni
    takkan tak sedar2 lagi kamal adli – hmm
    sudah2la tu
    baca ayat emma pun rasa macam tak serius dia dgn kamal
    lawak la engkorang. kahkahkahkah

    4

    0
  9. aaakulahhh says:

    kamal or jantan lain ramai nk wat romen2 jek ngan ko emma..
    pandai2 la jaga diri tu..
    cari jek la businessman muda2 yg leh jaga ko nnti x yah kerje dah nanti.
    jadi model skali skala cukup la..
    kamal tu aku tengok pn dah tau..jenis x de pendirian nye org..
    time terdesak jek tunjuk itu ini baik …

    baik ko lari cepat sblm nnti ko berkahwin pn sbb si Kamal tu pressure x de org nk kat die n ko jadi last Stock dia jek nnti..
    kawin pn x happy pn…

    better run now or never..

    1

    0
  10. anon says:

    Nasihat utk emma…..cari je jantan lain. Ko cantek, buat ape dgn kamal ni. rupa takde harta pun takde. Ramai lagi jantan2 kat luar sana yg jauh lbh baik & kaya.

    2

    0

Leave a Comment

Optional